Jumaat, September 12, 2008

Dato Ahmad Ismail. Seorang pejuang yang tulen, tapi tersasar sedikit.

Salam sejahtera buat semua.

Pada Rabu, 10 September, ketua Umno bukit Bendera Dato Ahmad Ismail digantung keahlian tiga tahun oleh Umno kerana mengeluarkan statement berbentuk perkauman.  Biarlah ianya menjadi pengajaran buat semua.

 

memang diakui beliau Dato Ahmad memang seorang pejuang melayu.  Tapi sayang, beliau agak tersasar dalam perjuangan.  Beliau seharusnya tidak menggunakan perkataan pendatang.  perlu diingat, kita semua adalah pendatang.  Apabila sampai masanya nanti, kita akan balik pada yang maha esa.  itulah yang sebenarnya.

 

Sudah beberapa kali saya nyatakan, perjuangan mengikut emosi bukan akan memperbaiki keadaan, malah keadaan akan bertambah gawat.  Hak tetap hak, perjuangan, tetap perjuangan.  Tetapi, berjuanglah secara tertib dan penuh hikmah.

 

Ingat, hak melayu akan lebih terhakis jika sekiranya orang melayu terutamanya Umno berjuang dengan emosi dan bukannya diplomasi dan ketertiban.

 

Sekarang ini, apa yang perlu dibuat?

1.  Panggil orang-orang muda.  Buat forum.  Terangkan fakta sejarah kenapa melayu dan bumiputera diberi hak dan keistimewaan di malaysia.  Fakta dan sejarah mestilah kukuh dan kuat supaya tidak ada sesiapa yang dapat mempertikaikan fakta dan sejarah yang akan dikemukakan.  Orang-orang muda ini mestilah pelbagai kaum dan bukan melayu sahaja.

 

2.  Mahukah mereka yakni orang-orang muda hadiri forum itu?

jawapannya, harus kreatif.  Penyampaian harus ikut keadaan.  Penyampaian harus disampaikan secara jujur, berfakta dan rasional.  Penyampaian tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.  Jangan gunakan media perdana untuk semua ini.  penyampaian harus dilakukan secara berdepan dengan mereka semua.  jawab persoalan yang dilontarkan oleh mereka secara profesional dan penuh fakta-fakta yang kukuh.  Tujuannya, supaya ianya tidak dapat dipersoalkan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

 

3.  Apabila menyampaikan sesuatu ceramah, jangan menggunakan emosi.  Gunalah pendekatan fakta dan sejarah.  jangan sesekali menggunakan sensitiviti perkauman.

 

Orang melayu terperangkap dengan permainan pembangkang.  kalau mereka guna perkauman, kenapa kita mesti ikut rentak mereka?  kalau itulah dia, jangan hairan kalau orang terus tolak BN.

 

Kepada Dato Ahmad, terima kasih kerana memahami segala tindakan yang dikenakan.  jadilah seorang pejuang tulen.  janganlah berjuang mengikut emosi.  Tetapi, berjuanglah atas fakta dan sejarah serta ketertiban dan ketegasan.  Ingatlah, kita semua ini, hanyalah pendatang sementara di muka bumi ini.  Bila sampai masanya nanti, kita akan dijemput pulang oleh tuhan yang maha esa.

0 ulasan:





Arkit blog