Selasa, September 09, 2008

Perjuangan dan pengajaran

Salam sejahtera buat semua.

Heboh tentang kes ketua umno Bukit Bendera punya statement.  Apa sudah berlaku?  kenyataan beliau bahawa kenyataannya semasa di suatu ceramah pilihanraya Permatang Pauh telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, memang boleh diterima.

 

Kepada semua, khususnya orang melayu, ambillah pengajaran daripada apa yang menimpa beliau.  memang beliau tidak berniat untuk membangkitkan sifat perkauman.  Tetapi apakan daya,  Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.  Nasi kini, sudah menjadi bubur.  Walau pun kita tidak berniat begitu, tetapi, segalanya telah rosak disebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

Hak melayu, memang wajar diperjuangkan oleh orang melayu.  Tetapi, berhati-hati apabila menuturkan kata bicara.  Ini kerana, apabila tersilap bicara, buruk padahnya.

 

Kepada pejuang melayu, berjuanglah dengan tertib dan tegas.  jangan berjuang atas emosi.  Perjuangan dengan emosi hanya akan lebih menghakis hak-hak melayu itu sendiri.

 

Ingatlah, dulu, orang bukan melayu, tak bising pun tentang hak-hak keistimewaan orang melayu.  Tetapi sekarang, mengapa semua ini berlaku?  Jawapannya, kelekaan dan kealpaan melayu itu sendiri yang menyebabkan semua ini berlaku.  Dan, lebih menggawatkan keadaan, ada peminpin melayu sendiri yang telah bersekongkol dengan anasir-anasir yang tidak mahu melayu terus menikmati hak-hak keistimewaan mereka.

 

Ingat, jangan salahkan golongan muda.  mereka tidak memahami sejarah.  mereka buta sejarah.  Tetapi, salahkan diri sendiri sebab, tidak bertindak menerangkan kepada golongan muda sejarah negara.  Terlalu alpa dan terlalu selesa inilah yang membawa padah.

 

Kepada pejuang melayu, berjuanglah atas dasar keikhlasan terhadap bangsa dan tanahair.  Dekatilah golongan-golongan muda pelbagai bangsa, terangkan apa itu hak-hak keistimewaan orang melayu.  Kalau perjuangan ini dilakukan secara tertib, saya yakin, orang-orang muda akan memahami kenapa melayu dan bumiputera harus menikmati hak-hak keistimewaan mereka.  Janganlah melakukan perjuangan beremosi.  kelak akan hancur semuanya.

6 ulasan:

Cheguman berkata...

Pandangan yang sangat rasional oleh seorang bukan-melayu. Tahniah dan terimaa kasih.

Perjuangan menjaga kepentingan kaum masing-masing tentulah tidak salah malah dituntut oleh Islam. Namun Islam memberi amaran keras terhadap orang yang mengambil hak kaum lain untuk diberikan kepada kaum sendiri. Orang Islam perlu jelas tentang hakikat ini. Jika tidak jangan harap orang bukan-Islam akan menghormati orang Islam.

Tanggung jawab terbesar seorang Muslim apakala dilantik menjadi khalifah ialah mentadbir dunia ini dengan saksama dan tidak boleh sesekali berlaku zalim.

Dalam Islam, setiap kita adalah khalifah. Yakni, istilah khalifah bukan semestinyaa menjadi raja sahaja. Rakyat di bawah kita termasuklah tumbuhan dan semua sumber alam. Tadbirlah dengan berhemah agar kita semua tidak ditimpa bencana.

Teruskan perjuangan saudara untuk negara kita.

Tai berkata...

ya terima kasih. orang yang faham sejarah, akan bercakap dalam keadaan tenang dan sabar.

Cheguman berkata...

Orang politik memang suka bermain api. Kalau dah terbakar nanti, baru padan muka kita semua...

Tai berkata...

So, bila kita dah tau perangai orang politik sebegini, kerja kita, tulis benda yang rasional. Kita jangan ikut rentak depa. Harap blog saya dapat dkpromote kat orang politik Umno. Biar depa mai tengok.

Tanpa Nama berkata...

helo u nie orang kuat umno ke? sejarah apa u cakap? u belajar habis fasal sejarah?

Tai berkata...

Hello encik, apalah hang ni tanya soalan ini macam kat cek.

Cek mana boleh jadi orang kuat Umno? Cek bukan melayu. Cek ni, orang kuat BN saja. yalah, cek kena berterima kasih kat depa pasai depa dah banyak tolong cek. jadi kecik sampai besaq, depa tulung. Kalau depa tak tulung, habeh dah. Cek tak mau macam orang buta hat lain, hat tak reti nak bersyukur tu. hat tu, satu duit pun tak guna.

Sejarah apa cek belajaq? Cek belajaq sejarah malaysia masa sekolah. Hang tak belajaq sejarah malaysiakah? patut hang tak ketahuan. hang tanya pun macam samseng saja encik.

Sejarah tak boleh tukaq. kalau kata hak istimewa, dah kena ikutlah hak istimewa buat apa kita gatai nak pi bantah lagi? Tu tak paham sejarahlah tu.

Dan, kalau nak berjuang, cek dah habaq, kita kena berprinsip dan tegas. Kita tak boleh dok pejatuh orang tu, pejatuh orang ni. Ha tulah nak habaq bagi. Kita patut mau bagi tau mai sejarah dan fakta yang kukuh dan kuat. Mukalau cara lagu tu, semua orang akan paham. Mukalau ada oghang yang tak faham jugak, maknanya, depa tak mau pahamlah tu encik. Oghang semacam ni bolehlah dianggap pengacau.

hang pilah kat cerok negara mana pun, pasti ada sejarah dia yang tersendiri. hat tu, tak boleh nak lari nak habaq bagi kat hang. Cuma kat sini dia belain sikit pasai kat sini, kita ada macam-macam oghang. Ada oghang cina, ada oghang india, melayu dan bermacam. jadi, mukalau nak bercerita hak istimewa, idea mau kreatif, hujah mau bagoih. Fakta dan sejarah kena kuat. Mukalau semua ni dah ada, lepaih tu, buat dengan tertib, bersopan dan berhemah, pasti semua orang sokong.

Yang dok jadi huru-hara la ni pasai, buat ni dengan emosi. hmm, mukalau pakai emosi, jahanam habehlah encik oiii. Bak kata orang, hat dikejar tak dapat, hat dikendong jatuh berderai habeh.

jadi sekianlah penerangan kali ni. Ha, ada pahamkah encik?





Arkit blog