Isnin, Mac 13, 2017

Teley MAB no. 677.

Teley MAB no. 677
Isnin, 13 Mac 2017
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 1 pengumuman baharu dan 2 pengumuman lama,

1.            Promosi jualan Kad Komuter Link untuk OKU.

KTM sedang memperkenalkan satu sistem tiket yang baharu menggunakan token dan kad prabayar, dengan konsesi sebanyak 50% bagi warga emas, OKU dan para pelajar. KTM akan membuka kaunter di Kafeteria MAB dari 24 hingga 25 Mac (Jumaat dan Sabtu), dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Kad-kad ini boleh digunakan bagi Komuter dan ETS. Untuk mendaftar, sila bawa bersama salinan fotostat Kad Pengenalan dan Kad OKU bersama RM15.00. RM5.00 bagi pendaftaran dan RM10.00 bagi kad. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Jacqueline di samb. 303.

2.            Cabaran Busking MAB.

PETRONITA dengan kerjasama MAB sedang menganjurkan Cabaran Busking pada hari Sabtu. 29hb Julai dan semua OKU Penglihatan dijemput untuk mengambil bahagian. Yuran sebanyak RM30 bagi setiap kumpulan. Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter resepsi dan tarikh tutup ialah pada 1hb Jun. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Siti Huraizah di samb. 120 atau 012-9584197.

3.            Perkhidmatan pemeriksaan mata.

Perkhidmatan ini boleh didapati di Pusat Low Vision setiap Selasa. Sila buat temujanji dengan Pn. Santhana di samb. 170.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi
Cik Roslina Mohamed.

Teley MAB no. 677
Monday, 13th March 2017
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 1 new and 2 old announcements,

1.    Sales promotion of Komuter Link Card for the disabled.

KTM is introducing a new ticketing system using token and prepaid card with 50% concession for senior citizens, disabled persons and students. KTM will be opening a counter at MAB Cafeteria from 24th to 25th March ( Friday and Saturday), from 10.00 am to 5.00 pm. The cards can be used for the Komuter and ETS. To register, please bring along Photostat copy of IC and OKU card, also RM15.00. RM5.00 for registration and RM10.00 for the card. For more info, please call Dr. Jacqueline at ext. 303.

2.    MAB Busking Challenge.

PETRONITA in collaboration with MAB is organizing The Busking Challenge on Saturday. 29th July and all the blind are invited to take part. The fee is RM30.00 for each group. Registration form are available at the reception counter and the closing date is on 1st June. For more info, please contact Ms. Siti Huraizah at ext. 120 or 012-9584197.

3.    Eye check-up service.

This is available at The Low Vision Centre every Tuesday. Please make appointment with Mrs. Santhana at ext. 170.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi
Ms. Roslina Mohamed.

0 ulasan:





Arkit blog