Selasa, Mac 25, 2008

Dari 300 menjadi 100

pagi tadi, aku telah ke bank. Biasalah, tiap bulan, memanglah kena ke bank untuk ambik duit bantuan iaitu elaun pekerjaan sebanyak RM 300 dari JKM. Cumanya hari saja yang tak tentu.



Di samping nak keluarkan duit JKM, aku juga nak masukkan duit gajiku. Setelah aku mengeluarkan duit JKM, kakitangan bank berasa hairan. Mengapa duit elaun JKM hanya RM 100 sahaja untuk bulan ini? Mungkin ada sesuatu yang tidak kena.



Aku dinasihati oleh kerani yang bertugas di bank supaya merujuk masalah ini kepada pihak JKM untuk pemeriksaan segera. Setelah aku pulang ke rumah, aku terus menghubungi JKM daerah Balik Pulau. menurut pegawai yang bertugas iaitu encik Zulkifli, aku harus membawa salinan buku bank itu ke pejabat JKM untuk membuat pemeriksaan. Dan, sebelum datang, aku harus memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu supaya temu janji boleh dibuat.



Hmm, nampaknya, kena ke Balik Pulaulah aku minggu depan. Aku malas nak ke sana sebab jalannya bengkang-bengkok. harap ianya dapat diselesaikan.

0 ulasan:





Arkit blog