Khamis, Februari 19, 2009

Orang islam sembahyang lima waktu, tak boleh majukah mereka?

hari tu adalah terbaca satu komen bodoh dari manusia bodoh=dajai=pelak.  Penulis rasa, dia tak sekolah.  Kalau sekolah pun, kat sekolah cikgu suruh belajar, dia main.

 

Antara komennya, dia kata orang islam macammana nak maju sebab sembahyang lima waktu sehari?  Itu kan komen bodoh=takdak otak punya orang?  nah sekarang, mari kita lihat.

 

Subuh.

Lazimnya subuh ni berlegar dari sekitar hampir jam enam sampailah awal jam tujuh pagi.  Dan, sembahyang subuh hanyalah dua rakaat.  Dua rakaat ambik masa, tak sampai pun 10 minit.  Ha, selepas selesai sembahyang, terus bersiap pergi kerja.  Dapat hirup udara segar.  Betul tak?  Taklah tidur sampai siang-siang buta, baru nak bangun.  Masa tu, orang dah kaut dah rezeki awak.

 

Zuhur.

Ha ini cerita sembahyang zuhur.  Zuhur ni, berlegar dari jam satu tengahari ke atas sampailah empat petang lebih.  Ok, apabila start saja zuhur, pada masa yang sama, masa itu ialah waktu makan tengahari.  Jadi, apa kaitan dengan tak boleh maju?  Zuhur itu, empat rakaat.  Tak sampai pun sepuluh minit.  Kalau business pun, takkan takdak pengganti sementara?  Awat bodoh=bengong sangat?

 

Asar.

Ok cerita Asar.  Asar ni bermula dari jam empat petang ke atas, sampailah senja.  Empat rakaat.  masa ni tengah minum petang.  Buat pun tak sampai sepuluh minit.

 

Maghrib.

Yang ini, akan bermula dari jam tujuh malam ke atas sampai jam lapan lebih.  kebetulan masa makan malam.  Tiga rakaat saja.

 

Isha.

Yang ini akan bermula dari jam lapan malam ke atas, sampailah esok pagi sebelum subuh menjelang.  Empat rakaat.

 

Mungkin dia akan kata, macammana kalau ada mesyuarat penting?  Itulah bodoh.  lain kali, sebelum tanya, pi mengaji.  jangan tanya soalan bodoh-bodoh macam ni.

 

Dalam islam kalau hang nak tau, waktu sembahyang itu boleh digabungkan.  Contohnya, Zuhur digabungkan dengan Asar dan beberapa lagi jenis gabungan waktu sembahyang.

 

Agama hang ni mengajar penganutnya hina agama orangkah?  Agama aku tak ajak penganutnya hina agama orang.  Yang benar, kita cakap benar.

 

Sebenarnya, orang islam juga menyumbang ke arah penghinaan agama mereka.  Orang bagi dah kemudahan surau kat tempat kerja untuk pi sembahyang, tapi dia pi surau, tidur dan kadang tu berasmara.  Orang islam juga kaki ikut.  kalau ikut yang baik ok jugak.  Ni yang tak baik tulah yang diikutnya.  Sanggup berhabisan untuk undi artis melalui SMS, hiburan yang melampau-lampau dan lepas tu, bukan nak mengaku.  Tapi sebaliknya, menyalahkan pihak lain atas semua yang berlaku.

 

Dan sekarang, ada satu lagi perangai buruk yang orang islam ikut.  ianya adalah menderhaka pada raja dan sultan.

20 ulasan:

blogresipi.com berkata...

Susah apabila minda orang sekarang terlalu liberal. Mereka tulis ikut suka sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Salam Sedingin Salju,

Bagi Kumbang tak salah si tukang komen tu jadi bodoh. Tapi salah kalau si tukang komen tu menunjukkan kebodohan kepada kita dengan komen serupa itu.

TokJanggut berkata...

Yeop Sedingin Salju

Teman setuju benor kat part solat boleh dijamakkan tu. Kebanyakan amalan sekarang menjumudkan jamak dan qasar.

apabila keadaan begini selain dari perjalanan jauh.mungkin boleh dijamakkan.

1] Terperangkap dalam kesesakan jalanraya dari lewat petang hingga ke hampir waktu Isyak.

2] Pembedahan , berjam-jam belum selesai.

3] Mesyuarat/ kerja kecemasan dari pagi hingga hampir Asar.

4] Peperiksaan.

5]

Aku betul hangin bila sesuatu terpaksa ditunda semata-mata alasan bersolat.

IPOH MALAY berkata...

orang sembahyang 5 waktu sepatutnya dapat berfikir dengan bijak lagi apabila darah dan oksigen yang mencukupi dapat sampai ke kepala..

orang tak sembahyang macam tukang komen tu tu la yang paling bangang sekali...

angkuh, jumud dan kalau dilanda krisis ekonomi.. lebih sanggup memilih terjun bangunan...

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam Ziarah,

1. Secara peribadi saya berpendapat sekiranya orang sudah tidak menyukai sesuatu itu walau apa pun kita lakukan dia tetap tidak menyukainya dan senantiasa mencari alasan agar pendiriannya itu diterima dan dipersetujui.

2. Begitulah hakikatnya tentang agama kita Islam. Kejahilan tentang Islam sering membawa pandangan negatif kepada yang bukan Islam. Oleh itu, sebagai umat Islam kita seharusnya senantiasa berusaha menyampaikan samada secara langsung atau tidak kepada mereka-mereka ini bahawa Islam itu tidak seperti mana yang mereka sangkakan.

3. Namun begitu, seperti mana tuan tuliskan bahawa keburukan Islam itu kebanyakan bermula dari umat Islam itu sendiri. Ia samada dari segi perbuatan, perkataan malah dari segi pemikiran kita.

4. Oleh itu, saya yakin, sekiranya kita umat Islam bermula hari ini mengubah cara dan pendirian terhadap sesuatu perkara itu dengan lebih positif dan berhemah, insyaallah, penerimaan negatif bukan Islam terhadap Islam itu pastinya akan berkurangan. Tidak perlu usaha yang besar namun harus bermula pada niat kita yang baik.

Insyallah

Jutawan CPO berkata...

mungkin kata org tu x bodoh.. dia berkata menggunakan makrifat kot...

Kebanyakan org Islam pk hanya sembahyang 5 waktu sudah mencukupi... Tetapi apa yg Allah inginkan adalah perlaksanaan diluar solat itu... spt mana kita patuh pd setiap rukun sembahyang itu.. kepatuhan itu jugak laa dilaksanakan didlm kehidupan...

Fahamilah seruan azan... Hayya'alassolahh... hayya'alalfalahh...
Seruan itu dah jelas... Mari solat... mari menuju kejayaan... tetapi solat yg mcmmana yg akan membawa kpd kejayaan..

Hidup ini perlu diisi dgn Ilmu.. pelajari dan mendalami ilmu sebelum kita menemplak org lain.. Allah kasih pada org yg berilmu.. amal tanpa ilmu binasa iman.. sebab itu laa org kafir ramai yg berjaya krn mereka berilmu. Allah maha adil.. Sifat Rahman Nya menyeluruh kepada suma makhluk.. manakala sifat Rahim Nya pd yg bertaraf mukmin shj. Wallahu'alam

singamaraja berkata...

Auuum

Sembahyang yang tidak dapat mencegah perkara fasik dan mungkar maka sembahyang itu adalah di lakukan oleh pengisi neraka walaupun mereka terus bersembahyang

Jeepers Creepers berkata...

hebat hujah ni tapi macam mana saudara boleh tahu...tak apalah..

Tai berkata...

Saya belajar mula 1996.

Tai berkata...

itu yang buat saya marah Kunang-kunang. mereka yang tulis ini sepatutnya tahu serba sedikit tentang semua agama dan tak boleh menghina agama orang.

Tai berkata...

Ya kumbang, itu yang buat saya sangat marah. Sebagai seorang yang beragama, dia tidak sepatutnya hina agama orang. Apa perasaan dia jika agama yang dia anuti itu dihina? So, dia kena faham.

Tai berkata...

ya Imrani. Inilah padahnya jika orang taknak ambik tahu tentang agama lain. Akhirnya, tanpa usul periksa, dia terus menghina agama orang.

Tai berkata...

Betul tu IPOHMALAY sanggup mereka terjun bangunan. mereka sepatutnya, ambik tahu tentang agama lain. kalau tak tau, duduk diam-diam.

Tai berkata...

Ya betul dan tepat apa yang KHAIRUL NAZRI tulis tu. Bermulalah dari sekarang.

Tai berkata...

Terima kasih Jutawan CPO. Sebenarnya, rumah saya letaknya bebelakang mesjid. Baru pagi semalam depa repair microphone. Wow, nyaring sungguh azan. Tak payah pakai jam nak bangun pagi.

Tai berkata...

Betul tu singamaraja.

amirul berkata...

Sedingin Salju,
Kagum dengan ilmu yg anda miliki... semoga anda dikurnia hidayah...

Tai berkata...

Ya Amirul, ini belajar punya ceritalah. Kalau tak belajar, tak tau.

PARPUKARI berkata...

BETUL, AKU SOKONG SEDINGIN SALJU, PENGIKUT ANWAR NI TELAH DIDIDIK UNTUK MENJADI KURANG AJAR, ANWAR ADALAH DAJJAL LAKNATULLAH, MELAGA LAGAKAN UMAT ISLAM, PATUTNYA DIA NI DI BUANG DARI MALAYSIA TERCINTA INI...

Tai berkata...

Itulah masalahnya. Teruk depa ni.





Arkit blog