Ahad, April 05, 2009

TPM2

Ss datang lagi.  Seminggu sudah berlalu.  Sat saja no?

 

Dua hari yang lalu kalau tidak salah Ss, ada seorang ahli MCA mencadangkan pada PM baru supaya mengwujudkan TPM2 untuk masyarakat cina.  Bagi Ss ini tidak perlulah.  Kalau untuk cina sudah ada TPM2, bagaimana pula kaum lain?  Adakah mereka juga tidak mahukan jawatan TPM2 untuk kaum mereka?  Bagi Ss, biarlah keaadaan sekarang ini berterusan.

 

Kepada bangsa Ss iaitu bangsa cina, Ss nasihati, jangan terlalu meminta-minta.  jangan tamak.  Kita lazimnya selalu memperlekehkan orang yang suka meminta-minta kepada pihak pemerintah kononnya tak boleh berdikari.  Dan sekarang, kita pulak sudah dua kali lima.

 

Ss yakin, bangsa kita boleh berdikari.  Lihatlah bangsa kita di mana-mana.  pasti boleh berjaya.  Jadi, apa lagi?  Biarlah kita berdiri di atas kaki sendiri.

 

Bangsa kita amat beruntung di Malaysia.  Cubalah lihat nasib bangsa kita di tempat lain.  Adakah seuntung bangsa kita di sini?  Jangan kita lihat orang yang lebih maju dari kita.  Tetapi, lihatlah yang terkebelakang dari kita.  Dan, dari situlah kita akan mudah bersyukur, mudah insaf dan mudah menghargai apa yang kita miliki sekarang.  Itulah yang Ss buat selama ini.  jangan kita asyik memandang yang atas dan melupakan yang bawah.  Adalah lebih baik memandang ke bawah daripada memandang ke atas.

 

Ss mahu, biarlah bangsa kita dihormati kerana kebijaksanaan dan kepandaian kita sendiri.  Biarlah bangsa kita menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain.  Ingat, jangan biarkan bangsa kita dibenci.  Dan jangan terpengaruh dengan makhluk-makhluk perosak yang mencuba sedaya-upaya mereka untuk menghancurkan keharmonian perhubungan kita dengan orang lain.

 

TPM2 tidak perlu. Keadaan sekarang dah ok.

Sekian.

10 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam sedingin salju,

Jawatan TPM tidak ada pun tertulis di dalam perlembagaan. Jawatan ini boleh ada atau boleh tiada. Ianya adalah satu tradisi sejak zaman Tunku lagi iaitu melantik Tun Razak sebagai TPM bagi membantu kerja-kerja PM. Ianya juga dilihat sebagai gambaran pengganti kepada PM

Namun begitu Tun Dr Ismail, Tun Musa, Tun Ghaffar dan DS Anwar tidak menjadi PM walaupun sudah menjadi TPM.

Memadailah hanya seorang TPM sahaja buat masa ini atau memang MCA ingin memberi signal bahawa mereka juga teringin menjadi PM.

ONE berkata...

salam..

Btol skarang nie x perlu lg di berikan TPM dua pd sesiapapun..bila rakyat malaysia khususnya kaum melayu telah cukup bersedia jawatan PM sekalipun boleh dipertimbangkan kepada sesiapa sahaja..
tetapi yg pastinya bukan sekarang

Tai berkata...

Ya memadailah hanya satu. Ini bukan cara untuk meminta sesuatu. mesti ada caranya. Kita janganlah terlalu gelojoh.

Tai berkata...

Apa yang Ss nak lihat ialah, orang melayu dan india bersama tinggi dengan bangsa Ss iaitu cina. Sekarang ini, bangsa cina terlalu jauh ke depan. Ini sudah tidak bagus. Kalau bangsa cina nakkan tpm2 boleh, syaratnya, bantu melayu dan india supaya, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Kalau semua dah jadi sama rata, baru boleh.

Tapi ingat, hanya tpm2. Hak istimewa melayu, agama islam ialah agama rasmi, kedaulatan raja dan sultan dijunjung dan bahasa melayu adalah bahasa rasmi negara tidak ada tolak-ansur. Ianya tidak boleh disentuh.

x-pkr berkata...

sedingin salju,

t/kasih krn link x-pkr dgn blog sdra. kita akan terus dedahkan cerita AnWar.....

x-pkr
http://x-pkr.com

Tai berkata...

hari ni dan semalam, AnWar kepanasan. Ramai ahli PKR ucap hi hi, bye bye kat dia. Dah dekat dua ribu lebih.

Mohammad Roslan berkata...

Salam Ss,
Ha..ha...kita orang penang tahu sangat noh...tentang Timbalan Ketua Menteri 1 & 2 kat Tanjung nie.Yang Timbalan ketua Menteri entah kemana yang kedua pulak apa yang dia buat untuk rakyat hanya dia yang tahu.Gaji depa itu kita bahagikan kepada penduduk India rumah setinggan kampung Musang kat Perai lebih baik noo Ss.Cukuplah Timbalan Perdana Menteri yang ada nanti MIC pulak mintak No.3 dan Umno Sabah pulak Mintak No.4...negeri sarawak pun nanti tak mahu ketinggalan...mintak No5?.

Tai berkata...

ya itulah mamak yang kita takutkan. Nanti kalau dah dapat kedua, mesti nak yang ketiga dan seterusnya. Betul kata mamak.

Ah Penang. Apa depa buat, entahlah. habis semua kilang lari dah.

blogresipi.com berkata...

Saudara sedingin salju,
Saya rasa tenang membaca blog BPN dan Pro Kerajaan. Kita menulis dengan beretika dan tidak memaki hamun seperti blog pro pembangkang.

Teruskan usaha saudara memberi kesedaran kepada masyarakat tentang budaya politik berhemah.

Tentang TPM 2 tu boleh dipertimbangkan dengan syarat kaum bukan Melayu memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan.

Jawatan tersebut kenalah digilirkan antara kaum-kaum terbesar di Malaysia. Bukan khusus untuk MCA selamanya.

Tapi kenalah patuhi syarat utama iaitu Melayu, India dan Cina telah sama-sama berjaya dalam ekonomi.

Tai berkata...

Ya, saya bersetuju sangat tu.





Arkit blog