Jumaat, April 24, 2009

Tiga sahabat OKU tak lepas peluang

Berita Harian Online

Tiga sahabat OKU tak lepas peluang




JOHOR BAHRU: Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 yang masuk hari keenam semalam menyaksikan pengunjung terus memberi sambutan kepada program yang diatur, dengan menerima kunjungan pelbagai peringkat masyarakat termasuk warga emas.


Mohamed Ibrahim, 58, dari Besut, Terengganu, tiba di Johor Bahru semalam untuk bersama menikmati kemeriahan MSAM 2009 yang diadakan di Padang B, Plaza Angsana.


Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mat dan sangat dikenali sebahagian kakitangan PNB, hadir di hampir semua MSAM, kecuali di Alor Setar, Kedah pada 2002.


"Saya sampai di Johor Bahru awal pagi dengan menaiki kereta api dari Stesen Tanah Merah, Kelantan kira-kira jam 9.00 malam dan bercadang untuk berada di Johor Bahru selama tiga hari, semata-mata untuk mengunjungi MSAM 2009," katanya ketika ditemui di tapak MSAM 2009, di sini, semalam.


Beliau berharap akan mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan yang dianjurkan pada pameran yang akan berakhir Isnin ini, sambil berharap agar dapat memenangi sekurang-kurangnya sebuah daripada 16 motosikal yang ditawarkan kepada pemenang ke pameran itu.


"Tiap-tiap tahun saya hantar penyertaan, tapi nampaknya belum ada rezeki lagi. Mungkin slogan yang saya sertakan tidak sesuai pada peringkat pemilihan," katanya sambil menambah selagi ada penganjuran MSAM, beliau akan cuba sedaya upaya untuk menghadirkan diri.


Sementara itu, tiga sahabat yang juga warga emas cacat penglihatan, turut tidak melepaskan peluang menyertai MSAM 2009 itu.


Sukor Haron, 60, Sa'ain Rasidi, 59, dan Yaakob Masek, 61, singgah ke tapak pameran menaiki teksi dari kediaman mereka di Asrama Persatuan Orang Cacat Johor Bahru.


Ketiga-tiga sahabat yang mencari rezeki bermain muzik di pasar malam di bandar raya selatan tanah air itu juga adalah pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang sudah membuka akaun berkenaan sejak awal 1980-an.
Yang benar,
Teratai Layu Di Tasik Madu.
Senarai e-mel:  http://groups.google.com.my/group/komuniti_oku
Blog:  http://www.sedinginsalju.blogspot.com/
dan
http://www.suaraoku.blogspot.com/
Windows Live Messenger: blind_boy007@live.com.my
Yahoo messenger: puteri_kencana_dewi1@yahoo.com.my
Skype: teddybear510

0 ulasan:





Arkit blog