Sabtu, April 11, 2009

Kata-kata semangat buat BPN

Salam sejahtera.  Lama dah Ss tak kemaskini blog.  Maklumlah sibuk sikit tolong orang.  jadi la ni, adalah masa tu sikit.

 

Seperti yang kita tahu, BN kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tempoh hari.  Semasa kempen banyak di kalangan ahli BPN yang berkempen bermati-matian untuk calon BN.  Namun, apakan daya, tuhan itu yang menentukan.  Kita hanya merancang.

 

Harus diingat, ada hikmah di sebalik kekalahan ini.  Antaranya, kekalahan ini akan membolehkan BPN membongkar dan terus lagi membongkar pembohongan yang dilakukan oleh PR sekarang.  kekalahan ini juga telah menyeru BPN supaya lebih giat menulis dan membongkar.  Tulis cara tertib.

 

Ingatlah janganlah bersedih di atas kekalahan ini.  Kalah bukan sebarang kalah, kalah kita, kalah bermaruah.  Oleh itu, usah gusar, usah sedih.  Jadikanlah kekalahan ini sebagai suatu ubat penawar buat kita semua.  Tak ada ubat yang sedap.  Kalau sedap, itu bukan ubat dah.  Kena ingat tu.

 

jadi sekarang, ahli BPN, teruskan menulis dan membongkar.  Ingat, kita berperang dalam cyber.  Itu sahaja yang mampu kita lakukan.  Dan, usah dilayan provokasi yang cuba dilakukan oleh orang.  Ingat, mereka akan penat jika kita tidak melayan kerenah mereka.  Tetapi mereka akan seronok dan melemparkan segala macam tuduhan jika kita sudah mula melayan kerenah mereka.

8 ulasan:

pisau berkata...

terima kasih SS,

kita tetap teruskan perjuangan

Panglima Perang Cyber berkata...

salju, patut la lama hang tak bagi komen komen no..

tq atas ingatan kepada teman2 bpn kita.

kita perlu membaiki kekurangan dan mengekalkan kekuatan yang telah kita ada dan akan cari lagi selepas ini.

moga BPN kita akan semakin hebat..

tq Ss.

gotahlantun berkata...

AKU SETUJU TU BRO,
HIDUP MESTI DITERUSKAN DAN PERUBAHAN MESTI DILAKUKAN.

sahabat gunung berkata...

Assalammualaikum.

tq atas kata semangat dan dorongan yang diberikan. Kita memang kecewa namun kita sedar dan matang, dalam satu-satu pertandingan....mesti ada yang menang dan kalah.

Begitu juga di Bkt Gantang dan Bukit Selambau.

Kalau kita menang pun, PAS dan Pakatan Rakyat akan kata BN menang sebab pengundi hantu macam yg sebelum-sebelum ini. Biasalah depa.

Kita akan terus berusaha buat apa yang patut dalam meneruskan perjuangan ini.

Sekali lagi TQ atas semangat dan dorongan yg diberikan.

Tai berkata...

Ya Megat, teruskan perjuangan.

Tai berkata...

Ya Panglima, saya yakin BPN akan terus mantap.

Tai berkata...

Ya gotahlantun, terima kasih.

Tai berkata...

Biasalah sahabat gunung. mereka harus menang walau pun dengan cara kotorl.





Arkit blog