Isnin, November 15, 2010

Pengumuman Pertis 15TH November 2010

Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 15 November 2010, bersamaan 8 Zulhijjah 1431.

1.    Informasi Daripada Ibu Pejabat PERTIS

1.1.    Dimaklumkan bahawa semua kakitangan ibu pejabat PERTIS akan terlibat dengan lawatan ke parlimen Malaysia pada 22 November 2010 (Isnin) iaitu di sebelah pagi.  Oleh itu, semua urusan di ibu pejabat ini akan ditangguhkan di sebelah pagi pada tarikh yang tersebut di atas.  Urusan akan berjalan seperti biasa selepas jam 2.00 petang.

1.2.    Sementara itu, seluruh operasi Unit Pentadbiran dan Unit Penerbitan, Ibu Pejabat PERTIS akan ditutup daripada sebarang urusan pada hari Sabtu, 20 Zulhijjah 1431 Hijrah bersamaan 27 November 2010.  Penutupan operasi ini adalah bagi membolehkan para Pembantu Tadbir Hal Ehwal Unit-unit dimaksudkan mengikuti kursus computer dari 20 hingga 21 Zulhijjah 1431 Hijrah bersamaan 27 hingga 28 November 2010 (hari Sabtu dan Ahad).

1.3.    Dimaklumkan juga bahawa Taqwim dan Waktu Solat Tahun 1432 Hijrah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya telah sedia untuk tempahan serta edaran.  1 naskah, RM2.00.  Naskah berkenaan boleh diperolehi daripada wakil pengedar iaitu En. Abian bin Jambot di mana beliau boleh ditemui di Perpustakaan MAB atau boleh dihubungi di talian pejabat, 03-2272 2672 atau 03-2272 2677 atau talian bimbit, 012-2046863.

2.    Pengumuman daripada biro  Pendidikan Dan pembangunan ummah

Biro pendidikan dan pembangunan ummah merancang untuk mengadakan kelas fardhu ain dan kelas belajar jawi Braille dan membaca al-quran. Oleh yang demekian kepada semua ahli yang berminat untuk menyertai kelas-kelas adalah diminta untuk mendaftarkan diri kepada En. Bukhari Bin Zakaria, pengerusi biro di talian tangannya, 013-6306869 atau Ci Rosmawati di talian 012-2603512 atau En. Ahmad Awang di talian 013-2176580. sekiranya bilangan peserta mencukupi kelas akan bermula awal januari 2011.

3.    Tabung Anuar Ramlan

Salah seorang rakan kita yang baru berdaftar sebagai ahli PERTIS iaitu saudara Anuar bin Ramlan yang lebih dikenali sebagai Anuar Thambi memerlukan perhatian serta sumbangan ehsan daripada para ahli Persatuan juga rakan-rakan yang mengenali beliau.  Beliau masih belum sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang dideritai sekian lama.  Saudara Anuar juga telah hilang upaya mencari nafkah sara hidup.  Justeru, sumbangan derma amatlah dialu-alukan sebagai tanda simpati serta ukhuwah sesama Muslim.  Segala sumbangan atau pertanyaan lanjut bolehlah hubungi En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS di talian, 013-6968 618.

4.    Maklumat Daripada Jabatan ICT MAB

Jabatan Informasi dan Teknologi (ICT), Persatuan Bagi Orang Buta, Malaysia (MAB) akan menganjurkan Kursus Pengendalian Laman Sesawang Dengan Kaedah Drupal bermula pada 2 Disember 2010.  Kursus akan berlangsung selama 14 siri iaitu di antara jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari.  Yuran penyertaan, RM50.00 seorang (caj merangkumi kesemua siri kursus).  Sebarang perubahan tarikh dan waktu kursus akan dimaklumkan dari masa ke semasa.  Bagi makluman lanjut atau pendaftaran, sila berhubung dengan En. Fadzlin Hezrie bin Abd. Rahman, Pembantu Jabatan ICT MAB di talian pejabat, 03-2272 2672 atau 03-2272 2677, Samb. 145.

* Pengumuman dibawa dengan ehsan dan kerjasama daripada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


5.    Iklan Minggu Ini.

SABUN MANDI THOHARAH
 
Anda yang masih tercari-cari atau sudah lama tercari-cari Sabun Mandi Thoharah?  Kini, ia boleh diperolehi daripada En. Sahmar bin Saat dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM5.00 sebuku.  Sabun produk Muslim, suci lagi menyucikan dan dijamin halal.  Berpotensi menghilangkan gatal-gatal kulit dan melicinkan kulit.  Anda dapat merasakan kesegaran luar biasa selepas menggunakannya.  Di samping jaminan penggunaan produk halal Muslim, anda turut menyumbang kepada Dana Khairat Kematian dan ahli-ahli terbencana Persatuan di mana RM1.00 daripada setiap perolehan jualan akan dimasukkan ke dalam tabung Biro.  Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, hubungi En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS di talian, 013-6968 618.  Sabun Mandi Thoharah: suci dan halal; teras amal jariah dan kejelitaan terserlah.

Bersempena dengan sambutan hari raya Aidil Adha tahun 1431 Hijrah, seluruh kepimpinan PERTIS di semua peringkat, iaitu di peringkat pusat dan wilayah serta seluruh kakitangan PERTIS pusat dan wilayah mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada seluruh warga PERTIS serta sekalian muslimin dan muslimat.

Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
Yang Dipertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

0 ulasan:





Arkit blog