Rabu, April 02, 2008

Kenangan di Sekolah menengah Hj. Zainul Abidin bahagian tiga

Bersambung di bahagian tiga.



Tahun 1989, aku naik tingkatan dua. Tapi kali ini, aku berada di kelas yang tercorot iaitu kelas 2IP3. Ini adalah kerana, keputusan peperiksaanku agak teruk dan mengecewakan pada tingkatan satu tahun 1989.



Tahun 1989, guru kelas kami ialah Mr. Lim Kheng Guan, guru matapelajaran bahasa inggeris. Tahun itu, aku sekelas dengan Chee Wah, Mutalib, Giap Chun, Suriah. Dan pada tahun itu, aku bertemu lagi dengan murid baru. Antara mereka yang masih aku ingat ialah Sim Choo Kee. Ketua kelas kami ialah Lim Pek Kooi. Rakan-rakan lain dalam kelas ialah Tan Chee Kang, Bee Ling dan banyak lagilah aku pun dah tidak ingat lagi.



Pada tahun itu, guru sejarah kami ialah cikgu Zaitun sementara guru perdagangan kami ialah cikgu Norlaily. Tak ada banyak kisah menarik masa tingkatan dua ni. Entah mengapa aku tak tahu. Mungkin tak ingat.



Tapi, masih kuingat, semasa di tingkatan dua, pelajar-pelajar resos ada membuat lawatan sambil belajar ke Singapura. Lawatan itu dianjurkan pada pertengahan tahun. Beberapa guru kelas kami juga turut ikut serta. kami bertolak pada petang hari Sabtu dengan Bas dan pulang pada hari Rabu. Sungguh seronok lawatan tersebut.



Di Singapura kami dibawa melawat ke Pusat Sains dan kami dibawa menyaksikan beberapa video clipts tentang binatang dan pokok-pokok. Kami juga dibawa ke Pulau Sentosa. Kami juga dibawa melawat lapangan terbang Changi dan membeli-belah di sana.



Kami juga dibawa pergi membeli-belah. Aku telah membeli sebiji radio transistor yang kini dah masuk tong sampah sebab dah rosak.



Semasa aku di tingkatan dua, aku memang tak belajar langsung matematik. kerja rumah untuk matematik tak pernah buat sepanjang tahun. Markahnya pulak, senentiasa kosong sahaja. Itulah aku.



Semasa aku di tingkatan dua juga, aku telah dapat melihat cara Mr. You mengajar matematik untuk pelajar resos tingkatan tiga. Wah garang sungguh. Ada seorang murid perempuan iaitu Lim Kooi Yong, dia kena marah dengan Mr. You sampai dia menangis. Daripada situ, kami sudah mula berhati-hati dan bersiap sedia apabila melangkah ke tingkatan tiga nanti.



Tidak ada apa-apa yang menarik sangat semasa aku berada di tingkatan dua ni.

0 ulasan:





Arkit blog