Khamis, April 03, 2008

Lagi kes orang buta jatuh dari mono rail


Wah, ini lagi kes orang buta jatuh mono rail.



Khamis lepas iaitu 27 Mac, seorang lagi oku penglihatan telah terjatuh ke atas landasan mono rail di stesen Bukit Bintang. Nama beliau ialah Lim Kee Seong. Menurut satu laporan, selepas beliau turun dari kereta api, tiba-tiba, beliau berpatah balik ke rail tersebut. Akibatnya, beliau terus terjatuh ke bawah. Beliau mengalami kecederaan yang agak parah di mana beliau mengalami patah pinggang. Beberapa anggota badan beliau yang lain juga diberitakan turut patah. menurut laporan, beliau kini ditempatkan di Hospital Pantai Kuala Lumpur.



Jikalau tidak salah, sehingga sekarang, sudah tiga kes yang melibatkan oku penglihatan terjatuh ke landasan mono rail. Sekarang ini, NGO'S yang mewakili oku penglihatan perlu bertindak sesuatu untuk menghalang kejadian seperti ini daripada terus berulang.



Di sini saya menyiarankan, NGO-NGO yang terlibat agar dapatlah menemui pihak pengurusan dan dapatkan taklimat daripada pihak pengurusan tentang kedudukan stesen-stesen kereta api itu.



Pihak NGO juga boleh menjemput pihak pengurusan kereta api agar datang ke premis mereka dan buat sedikit penerangan atau taklimat tentang kedudukan stesen kereta api di sekitar Kuala Lumpur ini. harap NGO-NGO yang mewakili golongan oku dapatlah berbuat sesuatu sebelum ada kes kematian warga oku akibat terjatuh dari mono rail.


0 ulasan:





Arkit blog