Khamis, April 17, 2008

kembali ke pangkal


Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm
POLITIK
Hadi dukacita UMNO berbalah secara terbuka
MARANG 16 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas cara UMNO menyelesaikan 'masalah keluarga' dengan bertelagah
secara terbuka.
Abdul Hadi berkata, pertelagahan dalaman UMNO sepatutnya dibincangkan secara tertutup dan tidak dilakukan melalui media.
''Saya merasa dukacita melihat keadaan UMNO yang menyelesaikan masalah dalaman parti secara terbuka, cara yang digunakan ini keluar
daripada budaya dan adat orang Melayu.
''Kalau ada masalah keluarga kita tidak membincangkannya di kedai kopi sehinggakan orang ramai mengetahui mengenainya. Ia satu
perkara yang memalukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini hari ini.
Beliau menasihatkan UMNO supaya mencari penyelesaian di peringkat nasional bagi memastikan mereka terus memegang tampuk
pemerintahan negara.
''UMNO kena terima pandangan semua pihak termasuk daripada kaum Cina dan India untuk melakukan perubahan," katanya.
Beliau berkata, pertelagahan dalaman UMNO itu tidak sepatutnya berlaku kerana berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12,
kekalahan yang dialami parti itu tidak seteruk parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.
''Keadaan ini berlaku kerana ahli-ahli UMNO kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum tersebut menyebabkan mereka menjadi panik,"
ujarnya.
''Saya mencadangkan supaya pertemuan antara pemimpin negara dengan pemimpin-pemimpin politik Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan
DAP diadakan untuk kita sama-sama menghayati pemerintahan selepas pilihan raya dan tidak terlalu sibuk untuk memulihkan parti,"
ujarnya.



Ini ulasan saya pulak.


Bagi saya, kenyataan presiden Pas ini keluar dari hati beliau yang ikhlas. Dan saya berharap, ahli Umno dapat menerima kenyataan ikhlas presiden Pas ini. Tak payahlah masalah dalaman rumahtangga dan keluarga diheboh-hebohkan di media-media cetak dan eletronik.



Dan saya berserulah pada media-media, supaya jangan terlalu ghairah menyiarkan kenyataan-kenyataan dari para ahli Umno. Ini seolah-olah membayangkan Umno berada di dalam satu situasi yang amat kritikal.



Cuba kita lihat pada penggal lepas, beza kerusi antara kerajaan Pas di kelantan dan BN hanyalah satu kerusi sahaja. Kalau satu kerusi itu dikuasai oleh BN, Bn akan dapat membentuk kerajaan negeri Kelantan.



Tetapi, walau pun dengan perbezaan hanya satu kerusi, adakah Pas jadi menggelabah dan panik? Kita dapat lihat bagaimana Pas dengan tenang mengendalikan kerajaan negeri Kelantan sehingga ke akhir penggal tanpa sebarang masalah yang besar.



Tapi, nampak BN dan Umno hanya kekurangan lapan kerusi untuk mejoriti dua pertiga. Dan secara kasar, kemenangan agak selesa dengan 140 kerusi parlimen sementara pembangkang 82 kerusi parlimen.



Tapi nampak, huru-hara. kecoh. Hang kata kat dia, dia kata kat orang tu, orang tu suruh orang ni letak jawatan dan macam-macam lagi. Kecoh satu dunia. Dah tau dah, sesat jalan, tersalah arah. Duduk satu meja dan pakat-pakat bincang lagu mana nak cari jalan yang betoi. Ni tak. Si A buat kenyataan kata C salah, dia kata B tak betoi. habeh sapa yang betoi? Ha, cuba baca bawah ni pulak.



Berita dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
Hentikan segera debat


KUANTAN 16 April - Semua pihak diminta menghentikan perdebatan tentang pelan peralihan kuasa kerana ia akan memburukkan keadaan dan hanya menunjukkan kelemahan
orang Melayu.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sekarang bukan masanya untuk mereka terus membangkitkan soal tersebut kerana yang lebih penting ialah
memperkuatkan semula jentera parti.


''Saya berharap semua pihak di semua peringkat, tidak kira siapa, menghentikan semua kata-kata kontroversi. Yang kita gila publisiti buat apa, bercakap
macam-macam, tumpukan kepada usaha kuatkan parti, dapatkan kepercayaan rakyat.


''Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengatakan tumpuan kita sekarang sepatutnya
bekerja. Apa yang kita nak sibuk sangat tentang pelan peralihan kuasa dan sebagainya," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.


Menurut Adnan, BN dan UMNO tidak perlu terlalu risau dengan kekurangan lapan kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat kerana mereka masih
lagi merupakan parti pemerintah di negara ini.


''Apa yang kita nak risau. Dulu di Kelantan, Pas menang lebih satu kerusi Dewan (Undangan) Negeri, Datuk Nik Aziz menjadi Menteri Besar, mantap saja.


''Dan di Perak kita tengok bukan besar sangat majoriti kerajaan DAP, PKR dan Pas. Mereka dapat 31 kerusi lawan (BN) 28 kerusi. Yang kita ini kurang lapan
saja, apa yang nak sibuk sangat," katanya.


Jelas Adnan, adalah lebih baik semua pihak meneruskan kerja masing-masing dengan memberikan tumpuan kepada usaha mengukuhkan parti dan mencari jalan memenangi
semula hati dan jiwa rakyat.


''Bukan bercakap soal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya. Nampak sangat kita ini mabuk kuasa, gila kuasa.


''Kita ikut apa sahaja yang pemimpin putuskan. Ini bukan masa untuk kita bercakap perkara remeh-temeh berulang-ulang kali, perkara-perkara kontroversi,"
ujar beliau.


Adnan berkata, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri tentu lebih tahu bila masa paling sesuai untuk beliau menyerahkan kuasa kepada bakal
penggantinya.


"Saya malu jadi Pengerusi UMNO, Pengerusi BN (negeri), hari-hari cerita politik bergaduh, berebut (kuasa).


"Orang India tak bergaduh pun, mereka bersatu padu selepas pilihan raya, orang Cina tak dengar pun nak rebut itu, nak rebut ini, kita orang Melayu sibuk-sibuk
buat apa, malu sikit," katanya.


Menteri Besar itu turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap pihak-pihak tertentu yang bercakap tentang soal ketuanan Melayu tetapi dalam masa sama, bertindak
umpama 'duri dalam daging'.


Ditanya mengenai masalah dalaman UMNO yang dikatakan tidak akan selesai selagi tidak berlaku peralihan kuasa, katanya, pendapat itu sengaja dibawa oleh
pihak yang mempunyai motif tertentu.



Eh, kalau akulah, aku malu jugak. yalah, hari-hari takdak benda lain nak cakap. Asyik-asyik benda yang sama. La ni pilihanraya dah habeh, semua kena kerja. kerja untuk rakyat. Bukan nak tuding jari sana-sini kata kat dia, kata kat orang nu, kata kat orang ni. Dah jadi anak dara, anak teruna, mak budak, pak budak, datuk dan nenek dah, tapi perangai sebiji macam budak-budak.



Toksahlah dok buat perangai macam budak-budak. kalau nak bagi orang percaya kat Umno dan BN, buatlah kerja elok-elok. Toksah dok memeras orang miskin. orang marah pasai BN dan Umno, buat kerja sambil lewa, dahlah tu dia peras pulak orang miskin. Tak bolehlah lagu tu. Kami ni, bukan takdak akai punya orang. kami boleh pikiak. Kalau hampa baik dan cemerlang, takkan kami nak tolak hampa masa pru12 yang lalu. Tu pun kami bagi can kat hampa lagi, kami tak tolak bagi habeh. Kalau kami tolak bagi lincin semua, apa hampa nak kata? melopong tak sudah.



Hampa pun selalu dok kata, kerajaan rakyat. Ha, kalau kerajaan rakyat, kenalah jaga rakyat. jangan nak peras rakyat, jangan nak kaut semua masuk poket hampa. Kalau dah semua masuk poket hampa, kami nak mentekedarah apa pulak?



Ni la ni hampa tengok, barang dok plan lama, plan naik. jadi kalau semua masuk poket hampa, mampoihlah kami. nama pun wakil rakyat. ha, kalau wakil rakyat, kenalah sama-sama susah dan sama-sama senang bersama rakyat. Lagu tu, baru betoi wakil rakyat. Ni nama wakil rakyat, tapi rakyat susah dia dok senang-lenang. Dok rumah besak, kereta besak, asyik dok pi makan angin kat luak negara, makan sedap-sedap, rakyat susah dia tak peduli.



mana boleh lagu tu cek oi? Kalau lagu tulah perangai hampa, pi baliklah. kami tak mau orang macam ni. Tak terguna langsung. Menyusahkan betoi.



Dan dek kerana segelintir virus ni, orang-orang BN yang betoi-betoi berkhidmat untuk rakyat, dah terkena tempiasnya. Leceh betoi.



Kepada BN, mai balik ke pangkal jalan. Toksah takut.


0 ulasan:





Arkit blog