Isnin, Januari 28, 2008

Pergi BGM 2002 bahagian tujuh. Terakhir


O k, kita sambung balik cerita kita no?


Kami pun pergilah meletakkan beg di bilik gerakan Sbm yang terletak di
sebelah tangga. Selepas itu, kami pun pergilah ke bilik mesyuarat.


Wah, hari ni, bilik mesyuarat begitu penuh sekali. Maklumlah, hari ni,
ada pengundian untuk memilih presiden, timbalan presiden dan AMP. AMP ialah
Ahli Majlis Presiden.


Beberapa minit kemudian, mesyuarat pun disambung semula. Benda yang tak
habis, disambung lagi. Iaitu pembentangan beberapa aktiviti. Dah lupalah
sebab dah terlampau lama. Dah sebulan peristiwa ni berlalu.


Sekarang, kembali ke mesyuarat 15 Jun iaitu Sabtu. Pada hari itu, satu
anugerah telah diberi kepada seorang orang lama SBM. Beliau ialah Jasmin
Khoo. Beliau telah begitu lama dan setia berkhidmat di SBM ni. Sekarang,
jawatan yang beliau pegang ialah bendahari agung SBM. Anugerah yang diberi
ialah anugerah kualiti perhikdmatan cemerlang.


O k, kembali ke 16 Jun. Semasa mesyuarat sedang berlangsung, tiba-tiba
aku mendengar suara kak Romainun. "Apalah kak ni, orang tengah dok
mesyuarat, dia sembang." Kataku di dalam hati.


"Akak! Akak!" Aku memanggil kak Romainun. Tapi sayangnya, kak Romainun
tak dengar panggilanku. Aku tidak berputus asa. "Akak! Akak!" Aku
memanggil lagi. Malangnya, dia masih tak dengar lagi. Dia asyik bersembang
dengan rakannya itu.


Masa rehat pun tiba. Pagi itu, kami makan di bilik mesyuarat aja. Kami
makan sekeping kuih kalau tak silap. Kuih apa tu, saya dah lupa. Selepas
makan, aku berehat. Kemudian, aku dapati, kak Romainun sedang menuju ke
mari. "Kak." Aku memanggil. Dia tak dengar. "Kak Romainun!" Aku
menyeru. Dia pun datang.


"Khai Eong, awak kenal Firdaus tak?" Kak Romainun bertanya. "Nah, awak
tolong bagi cd ni kat dia ya? Semuanya ada 4 keping." Minta kak Romainun.
Kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari beg. "Nah, ini untuk awak jam
kitching. Lepas tu, ni cd untuk awak. Dalam cd ni ada 63 programs tau?
Nanti, awak bagi taulah akak ya apa gunanya programs tu. Akak dah ambik apa
yang akak nak. Lepas tu yang ni akak bagi kat Khai Eonglah." Terang kak
Romainun panjang lebar.


Aku mencium kotak jam tu. Wah, wangilah. Bau bedak. Entahlah bedak apa.
Bau bedak tu, masih ada sampai sekaranglah tau. Dahsyatnya.


Jamiah pun datang. "Apa tu kak I?" Jamiah bertanya. "Tak, untuk Khai
Eong." Kak Romainun menjawab. "Habis untuk saya tak adakah kak I?" Jamiah
bertanya. "Awak tak tolong akak." Kak Romainun membalas. "Ala, yang kita
selalu bawa kak I pergi toilet tu, tak tolongkah? Ceh tak adil man kak."
Rungut Jamiah. "Kak, bagilah kak." Jamiah merengek. "Tak ada. Awak tak
ada. Khai Eong dah tolong akak dah hari tu." Kak Romainun menerangkan.
"Tolong apa kak?" Jamiah bertanya. "Dia tolong akak komputer." Kak
Romainun memberitahu. "Oh begitu." Jamiah berkata.


"Khai Eong, tengok kejap benda tu." Jamiah meminta padaku untuk tengok
jam itu. Dia pun, tengoklah jam tu. Kemudian, dia bagi balik.


"Kak, kak duduk di mana?" Aku bertanya. "Akak duduk di baris tiga. Awak
jalan ke belah kiri, kemudian awak jumpa meja, lepas tu, awak akan jumpa
tong sampah dan jumpalah barisan akak." Kak Romainun menerangkan.


"Kak, Shirin Tan Chai Cin datang tak?" Aku bertanya. "Ada, dia datang."
Kak Romainun membalas. "K H Wong datang tak?" Aku bertanya. "Ya, ada."
Balas kak Romainun. "Bawalah mereka datang jumpa saya kak. Saya susahlah
nak keluar kak." Pintaku pada kak Romainun. "Ha, o k tunggu." Kata kak
Romainun. Kak Romainun pun beredarlah.


Kemudian, dia pun datanglah. "Khai Eong, ini Kam Yong. Awak kenal tak?"
Kak Romainun bertanya. "Ha, kenal. Hai, awak apakhabar?" Aku bertanya.
"Baik. Khai Eong, awak buat apa sekarang?" Kam Yong bertanya. "Aku dah
kerja dah. Aku kerja di kilang." Aku menerangkan. "Kilang apa tu?" Kam
Yong bertanya kembali. "Kerja kat kilang HLB Denko di Bayan Lepas." Aku
membalas. "Awak kerja operatorkah di sana?" Kam Yong bertanya kembali.
"Ya, sebagai operator production aja." Aku menerangkan. "Kenapa tak ambil
operator telefon?" Kam Yong bertanya. "Malaslah. Lagi pun, aku
mengantuklah kalau kerja dengar telefon aja." Terangku kepada Kam Yong.


Kam Yong dan kak Romainun telah beredar ke tempat duduk mereka. Selepas
itu, aku pula telah ke tempat mereka. Di situ, aku telah bertemu dengan K H
Wong, Ho Siew Hwa, Shirin Tan dan suaminya.


:Ha, Wong, awak baca tak benda yang saya hantar ke testgroup tu?" Aku
bertanya. "Ada. Saya ada baca." K H Wong membalas. "Eh, jangan hantar
virus sudah." K H Wong berseloroh.


"Khai Eong, Khai Eong, komputer tu, rasanya apa Khai Eong?" Tanya Shirin
Tan. "Yalah Khai Eong, komputer tu rasanya apa Khai Eong? Kan dalam e v
mail dulu, awak ada cerita yang awak ni suka rasa itu dan ini?" Siew Hwa
memperingatiku. "Ala, komputer tu, rasanya tawarlah. Nak rasa apa lagi."
Balasku bersahaja.


"Eh Siew Hwa, sorry lah sebab tak dapat telefon awak ya? Saya sibuklah."
Aku memberitahu Siew Hwa. "Tak apa, tak apa." Balas Siew Hwa. "Eh Boon
Kiat tak datangkah?" Aku bertanya. "Tak, dia tak datang." Balas Shirin
Tan.


Selepas itu, aku pun beredar ke tempat dudukku. Ha, orang tengah
mesyuarat, aku sembang dengan geng aku. Hahahahahaha!!!!



O k, dah lepas jamuan pagi. Mesyuarat disambung kembali. Kini, tibalah
waktu nak mengundi. "Jaafar, hang nak pilih siapa?" Aku bertanya.
"Hishammmudin." Jawab Jaafar rengkas. "Ala, dia tu, asyik nak bangkang
aja." Aku menjawab. "Dak, Khai Eong, hang tak boleh kata lagu tu. Kalau
ada pembangkang baru best hang tau dak." Jaafar berkata lalu beredar dari
situ.


Jaafar Mat Isa ni, cakap memang pandai. Tapi, buat kerja satu apa pun tak
jadi. Itulah dia Jaafar.


Hishammudin ada bertanding beberapa jawatan. Semua yang bertanding telah
mengemukakan menifestor masing-masing. Macam-macamlah menifestor yang
dikemukakan. Malas nak layan. Semuanya baik-baik belaka.


Presiden SBM iaitu cik Mah Hassan telah menang tanpa bertanding. "Saya
berjanji, akan memberikan perhikdmatan yang baik kepada semua. Insya
Allah." Itulah ucapan rengkas Mah Hassan.


Setelah selesai proses pengundian, kami semua menunggu keputusan dengan
penuh debaran. Dan, untuk mengisi masa yang terluang, pengerusi mesyuarat
iaitu Mah Hassan yang juga presiden SBM telah membuat satu acara iaitu
meniru bunyi. Yang itu kita tak layan sebab kita sibuk mendengar berita jam
1 tengahari di radio 1.


Keputusan pengundian telah pun diketahui. Yang tak dapat kulupa,
Hishammudin kalah dalam semua jawatan. Apa nak buat kan? Setiausaha agung
SBM telah dipegang semula oleh Cik Nazari Osman. Timbalan Presiden telah
dipegang semula oleh
Jamilah@Marziah
atau dipanggil kak Jam olehku.
Bendahari juga telah dipegang semula oleh Jasmin Khoo. Tan Eng Guan telah
kalah. Wah, semua penyokongnya berasa amat kecewa. Muhammad Faes juga
tidak menang. Beliau hanya mendapat 60 undi. Orang baru yang menang ialah
antaranya ialah Mohd Fikri.


Mohd Fikri bertugas sebagai seorang guru di sekolah orang kurang upaya di
Alma Bukit Mertajam. Dia dah kahwin kalau tak salah.


"Assamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera buat semua.
Di sini saya berjanji akan berhikdmat dengan penuh dedikasi kepada semua.
Terima kasih." Itulah ucapan kak Jamilah.


"Hello dan salam sejahtera. Terima kasih kerana telah memberikan
kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk memegang jawatan bendahari agung
SBM ini. Saya berjanji kepada anda semua, yang saya akan mencurahkan segala
pengalaman saya kepada SBM ini dan saya berjanji akan berkhidmat untuk anda
semua. Sekian terima kasih." Itulah ucapan Jasmin Khoo.


Setelah pemilihan selesai, jam dah 2 petang. Masih tak makan lagi. Perut
dahlah lapar ni. Wah, leceh betul ni.


Mesyuarat kini tiba ke penghujungnya. Bangkitlah seorang peserta dari
Terengganu yang aku pun dah lupa namanya. Beliau telah membawa usul yang
menggemparkan seluruh ahli SBM. Usulnya ialah di masa depan, negeri-negeri
hanya boleh menghantar wakil aja untuk menghadiri mesyuarat agung SBM ni.
Wah! Dah jadi gamat seluruh dewan mesyuarat. Macam pasar kat Batu Lancang
pulak dah.


Maka, bangunlah seorang peserta. Entah dari negeri mana, aku pun dah
lupa. "Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kita ni, bukanlah
Umno. Kalau Umno, bolehlah hantar perwakilan saja sebab ahli mereka ramai.
Ni ahli-ahli kita ada berapa saja? Cubalah fikir. Jadi di sini saya ingin
mencadangkan supaya usul ahli Terengganu ini ditolak saja. Sekian terima
kasih." Itulah ucapan beliau yang penuh semangat. "Ya, tolak, tolak."
Semuanya menjawab.


"O k, sekarang, saya nak mintak yang menyokong usul ni. Siapa yang nak
jadi penyokong, cepat, dah lewat ni. Kalau nak makan, cepat sikit." Kata
tuan pengerusi Mah Hassan.


Untuk meredakan keadaan, Silaturahim dari Penang pun bangunlah.
"Assalamualaikum, saya Silaturahim dari Pulau Pinang. Tahniah kepada ahli
Terengganu kerana telah membawakan usul ini. Tahniah. Sekian terima kasih.
Assamualaikum." Itulah kata-kata Rahim.


Maka, usul untuk menghantar perwakilan ke mesyuarat agung SBM pada masa
hadapan ditolak sebulat suara.


Acara akhir ialah cabutan bertuah. Inungkiran dapat, tapi tak hadir.
Sebenarnya, ada 12 cabutan bertuah kesemuanya. Aku satu pun tak dapatlah.
Hahahahaha!!!!


Mesyuarat pun berakhir. "Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang menghadiri mesyuarat agung ini. Semoga kita
berjumpa lagi. Dengan ini, saya menangguhkan mesyuarat ini." Itulah ucapan
pengerusi Mah Hassan.



Apabila mesyuarat selesai, kami pun beredarlah ke bilik makan. Petang
itu, kami makan kari sotong. Tapi sayang, nasi yang diletakkan di atas meja
dah sejuk dah. Maklumlah, makan lambat hari itu.


Silaturahim duduk di meja kami yang sama juga. Nampaknya, dia sedang
berbual-bual dengan seorang kerani dari Terengganu kalau tak silap.


"Jadi nampaknya, bolehlah kita berhubung melalui e-mail nanti ya?"
Silaturahim bertanya. "Boleh insya allah." Jawab perempuan itu rengkas.
Selepas itu, apa yang diperbualkan, aku dah tak ambik tahu dah. Yang
penting sekarang, aku nak makan. Hari itu, aku makan dua pinggan besar
nasi.


"Eh Eng Kheng, apa kata kalau tahun 2004, A G M SBM buat di Penang?" Ah
Bah mencadangkan. "Ha bagus, bagus, nanti, bolehlah kita panggil ahli
pengakap dan ahli St. John. Yalah, panggil mereka tolong. Di waktu malam,
kita bawa semua peserta pergi round iland. Bolehlah tu. Best." Tajma
memberikan pendapatnya.


"Ha, bolehlah tu sesuailah. Macammana Eng Kheng?" Ah Bah bertanya lagi.
"Tapi, perbelanjaannya, macammana?" Eng Kheng bertanya kembali. "Ala,
Jasmin Khoo kan bendahari? Kita mintalah dia buat sedikit peruntukkan untuk
kita. Nah, Jasmin Khoo duduk di tepi. Tanyalah." Suruh Ah Bah. "Awaklah
yang tanya." Eng Kheng membalas.


"Eh Jasmin, A G M SBM tahun 2004 nak buat di Penang bolehkah?" Ah Bah
bertanya. "Nak buat di Penang, kamu semua boleh buatkah?" Jasmin Khoo
bertanya kembali. "Bolehlah, awak berilah peruntukan untuk kami." Cadang
Ah Bah. Suasana diam kembali.


Jasmin Khoo, Chok Siew Lee, Firus, kak Jamilah atau kupanggil kak Jam dan
semua yang berjawatan duduk di sebelah meja kami. Aku tak peduli itu semua.
Yang penting bagi aku sekarang ialah makan dan makan dan makan
sepuas-puasnya.


Selepas makan, kami semua pergilah ke bilik gerakan untuk mengambil beg
kami masing-masing pasai dah nak balik dah. Pada mulanya, aku merancang nak
ikut Ah Bah balik. Tapi aku batalkan ajalah.


Ah Bah tak boleh balik lagi kerana terpaksa menghadiri mesyuarat. Semua
pengerusi SBM cawangan akan secara automatik menjadi Ahli Majlis Presiden
atau nama rengkasnya A M P. Jadi, mereka terpaksa menghadiri mesyuarat yang
diadakan pada petang itu juga.


Aku, Eng Kheng dan Mr. Yow pun pergilah menaiki bas yang menuju ke
Brickfields. Wah, penuh juga orang dalam bas itu.


Aku dan Eng Kheng pun duduklah di sebuah kerusi. Aku dapati Shirin Tan
duduk di depanku.


"Shirin," panggilku. Malangnya, dia tidak mendengar. "Shirin," aku
memanggil lagi. Malangnya dia tak dengar. "Shirin!" Sekali lagi aku
memanggil. "Yes, yes, siapa panggil saya?" Shirin Tan bertanya kembali.
"Sayalah." Aku menjawab. "Oh Khai Eong, awak dengan siapa?" Shirin Tan
bertanya. Dengan Eng Kheng dan seorang lagi Mr. Yow." Jawabku.


"Oh Eng Kheng," Shirin Tan memanggil. "Yes," Eng Kheng menjawab rengkas.
"Awak sekarang kerja di mana Eng Kheng?" Shirin Tan bertanya. "Southen
Still." Eng Kheng menjawab rengkas. "Sekarang ni, anak awak dah umur
berapa?" Shirin Tan bertanya lagi. "3 tahun." Jawab Eng Kheng. "Berapa
orang dari Penang yang datang ke sini Eng Kheng?" Shirin Tan bertanya
seperti seorang wartawan. "14 orang semua." Eng Kheng menjawab.


"Khai Eong, mana dia 10 biji burger tu?" Tanya satu suara. Itulah Jia
Jiann. "Tak jadilah Jia Jiann. Cuma beli 5 biji aja." Aku menjawab. "Eh
Jia Jiann, awak ada baca tak benda yang saya hantar ke gestgroup tu?" Aku
bertanya. "Ada. Eh, tapi, jangan hantar file besar o. Boon Kiat marah o."
Beritahu Jia Jiann. "Tak hantar dah." Balasku. Perbualan kami berhenti di
situ.


"Eh, perempuan yang tak dapat undi tu nama apa ha?" Eng Kheng bertanya.
Shirin Tan pun memperkenalkan perempuan itu pada Eng Kheng. Aku pun dah
lupalah nama perempuan itu. Mereka rancak berbual. Perempuan itu berasal
dari Cheras. Itulah yang aku dengar dia beritahu. Dia cakap cantonese lah.
Macammana nak faham.


Tidak lama kemudian, ada orang naik ke atas bas dan memberikan sebungkus
makanan dan sekotak air minum untuk kami. Makanan dari mesyuarat tadilah
tu. Aku tak boleh minum air tu. Sebabnya air coco. Geli aku.


O k, bas pun memulakan perjalanannya. Selepas makan, aku dan Eng Kheng
pun tidurlah. Bas bertolak lebih kurang jam tiga setengah petang.


Lebih kurang jam 5 petang, maka, sampailah kami di Brickfields. Kami pun
turunlah dari bas. Mr. Yow membawa aku dan Eng Kheng.


Tiba di satu persimpangan, Eng Kheng pun berpisah dengan kami. Dia kata,
nak ke rumah kawan. Dia pun pergi. Aku dan Mr. Yow meneruskan perjalanan.
Kami menuju ke kedai urut Blind Master yang dimiliki oleh kawan Ah Bah Bok
Kiat. Ah Bah suruh kami ke sana bila sampai di Brickfields nanti.


Bila sampai di kedai Blind Master, Mr. Yow pun bertanya kepada seorang
perempuan toilet. Perempuan itu pun menunjukkan kepadanya mana toilet.


Selepas berkemas-kemas, Mr. Yow pun keluarlah sebab katanya dia nak ke
rumah adiknya. Di mana tu aku dah lupa. Maka, duduklah aku keseorangan
seperti sebuah patung.


Beberapa minit kemudian, Eng Kheng menelefon aku. Aku pun pergilah untuk
mendengar telefon itu aku dibawa oleh seorang perempuan ke tempat telefon
diletakkan.


"Hello!" Aku berkata. "Hello Khai Eong," Eng Kheng membalas. "Ha,"
balasku. "Nanti, bila awak nak keluar makan dengan Ah Bah, jangan tunggu
sayalah. Dan nanti, lebih kurang jam 11 malam, saya datang tunggu di
tingkat bawah." Eng Kheng berpesan. "Ha, o k." Jawabku rengkas. Gagang
telefon pun diletakkan. Aku pun kembali semula dan duduklah aku seperti
anak patung.


Lebih kurang jam 6 petang, hujan lebat beserta ribut petir telah melanda
di sekitar K l ni. Sementara itu, Ah Bah, masih belum menampakkan dirinya
lagi. Aku menunggu dan terus menunggu.


Selepas Bok Kiat menyelesaikan tugasnya, dia pun datanglah kepadaku.
"Khai Eong," dia memanggil. "Yes," jawabku rengkas. "Ah Bah masih belum
sampai lagilah." Sambungku. "Hujanlah agaknya." Bok Kiat berkata. "Siapa
yang menang dalam undi tadi?" Bok Kiat bertanya. "Baru orang barulah.
Tapi, Eng Ghuan dah kalah." Ceritaku. "Anak haram, dia tak bawa geng dia
pergi, mana nak menang." Bok Kiat merungut marah.


Selepas berbual denganku, dia pun terus beredar. Hujan masih lagi
menurunkan dirinya di sekitar K l. Ah Bah pula, masih belum sampai.


Menghampiri jam 8 malam, barulah Ah Bah sampai. "Wah Ah Bah, lambatnya."
Kataku. "Yalah, tadi kami habis mesyuarat dah jam 5 petang. Kemudian, bila
sampai di pertengahan jalan, hujan lebat dah turun. Bila dah sampai di SBM
Kl/Selangor, kami berteduh dari hujan sebentar. Kemudian, bila aku rasa,
hujan dah reda sedikit, aku pun datanglah ke sini sebab aku tahu awak sedang
menunggu." Ah Bah bercerita panjang.


Ah Bah pun ke toilet sebentar. Selepas itu kami pun berehat-rehatlah
sementara yang lain-lain tu, sedang sibuk dengan world-cup di tv.


Kira-kira jam 9 setengah malam, kami pun beredarlah dari situ. Kami pergi
makan Wan Tan mi. Aku seorang saja yang makan. Ah Bah taknak makan.
Kenyang katanya.


Semasa makan, Ah Bah telah menelefon Eng Kheng. Dia suruh Eng Kheng
supaya menyuruh Alex menunggu di bawah tangga kedai Blind Master.


Selepas makan, kami terus ke bawah tangga kedai Blind master. Alex masih
belum sampai lagi. Kami terus menunggu Alex di sana.


Tidak berapa lama kemudian, terdengar suara memanggil Ah Bah. "Ha, Alex
dah sampai." Ah Bah berkata. Kami pun, pergilah ke sana.


"Ha Alex, awak ada jual tak jam kitching tu?" Ah Bah bertanya dalam
bahasa hokian. "Ada." Jawab Alex rengkas. "Mari saya tengok sekejap."
Pinta Ah Bah. Alex pun memberikan jam itu kepada Ah Bah untuk dipegang.


"Alex, bagaimana dengan rancangan nak menghantar e-mail news tu?" Aku
bertanya pula. "Kita masih dalam perancangan lagi. Tak tahu lagi tu. Kita
nak tengok berapa ramai orang yang nak." Alex memberitahuku. "Ha Alex,
saya nak melanggan SBM news lah. macammana saya nak buat?" Aku bertanya.
"O k, awak boleh telefon saya di waktu pejabat." Beritahu Alex. "Hantar
e-mail bolehkah?" Tanyaku. "Boleh." Jawab Alex.


"Alex, jam ini berapa harganya?" Ah Bah bertanya. "RM 18." Jawab Alex
rengkas. "Wah, mahalnya. Ada yang jual RM 16 saja tau?" Beritahu Ah Bah.
"Saya cuma untung dua ringgit saja. Mana mahal?" Alex membalas. "O k lah
Alex, saya tak jadi belilah. Jenis yang saya nak tu, tak ada." Beritahu Ah
Bah.


Selepas itu, Alex pun beredar dari situ. Sekarang, kenalah kami menunggu
Eng Kheng pulak. Ah, entah ke mana dia pergi pun tidak diketahui. Dah jam
10 30 malam.


Beberapa minit kemudian, muncullah Eng Kheng. Maka, kami pun pergilah
menunggu teksi untuk ke Jalan Duta untuk menaiki bas jam 12 tengah malam.
Teksi pun tiba. Kami pun naiklah.


Di dalam teksi, Ah Bah dan Eng Kheng asyik berbual pasal mesyuarat yang
berlangsung. "Tadi, saya ada tanya Mohd Fikri tentang hal pendidikan ni.
Dia kata tengok dulu. Mohd Fikri ni gila tau, dia kata, sebenarnya dia
main-main aja bertanding. Rupanya dapat. Gilalah dia tu." Itulah antara
bicara Ah Bah. "Eh Ah Bah, habis tu, yang kerani punya claim tu,
macammana?" Eng Kheng bertanya. "Saya ada tanya Firus tadi, Firus pun diam
aja. Yang si Nazari pun diam juga. Ayo, saya pun tak tahulah." Beritahu
Ah Bah. "Biarkanlah, takkan kita nak bayar, mereka yang panggil, merekalah
yang kena bayar." Bicara Eng Kheng.


Setelah beberapa minit, maka sampailah kami di Jalan Duta. Setelah RM 6
dibayar kepada pemandu teksi, maka pergilah kami ke stesen bas.


Wah, stesen itu, canggihlah. Ada aircon lagi. Kami telah dibawa duduk di
sebuah kerusi.


"Eh Latifah balik naik bas apa ha?" Tanya Eng Kheng. "Aku tak taulah dia
kata tiket pun tak beli lagi." Beritahu Ah Bah. "Sebut pasal Latifah, tadi
masa mesyuarat M P tadi, Firus tanya aku, you tahu tak you punya kerani tak
buat kerja?." Ah Bah bercerita. "Awak jawab apa?" Eng Kheng bertanya
ingin tahu. "Saya jawablah tahu. Lepas tu, Mah Hassan pun tanya aku jugak.
Aku bagilah jawapan yang sama. Lepas tu dia kata, you balik nanti, tegur
dan nasihat dia, tapi jangan marah dia. Aku sendiri pun tak faham apa
maksud dia. Nasihat dan tegur tapi jangan marah. Teruklah Latifah ni.
Pergi mana-mana pun, orang tak berkenan. Hei susahlah." Ah Bah bercerita
panjang.


Bas dah sampai, kami dibawa menaiki bas. Bila kami dah naik, kami
pergilah mencari tempat duduk seperti yang dicatat di tiket bas. "Nah
encik, encik, di depan boleh duduklah. Tak payah ikut nombor." Kata
pemandu bas. Aku dan Ah Bah duduk di belakang pemandu bas sementara Eng
Kheng duduk di barisan yang agak ke belakang.


Di dalam bas, siaran thr.fm dibuka bersama Ismahalil Hamzah. Beberapa
minit kemudian, bas pun memulakan perjalanannya. Dan, oleh kerana kami
terlalu letih, kami tertidur.


Sampai di suatu perhentian, aku tersedar. "O k, masa setengah jam."
Pemandu bas berkata. Dengan berpandukan gelombang fm, kini aku tau, dah
melepasi Ipoh dan dah sampai Taiping.


Tepat jam 4 45 pagi, maka sampailah kami di Butterworth. "Butterworth,
Butterworth." Kata pemandu bas. Aku terkejut dari tidur. Kami turun.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemandu bas itu.


Ah Bah menemani aku dan Eng Kheng ke Penang. Bila aku dah dapat naik
teksi, dia pun naik feri dan kembali ke jeti butterworth semula. Dari jeti
Penang aku naik teksi sampai ke rumahku tambangnya RM 20. Aku sampai di
rumah jam 6 5 minit pagi.


Segala macam cerita semasa mesyuarat di Kuala Lumpur yakni Sepang tidak
akan dapat kulupakan. Ianya akan tetap menjadi kenangan yang abadi.


Sekian dari Spongebob.


0 ulasan:





Arkit blog