Rabu, Januari 16, 2008

Kenangan di GTC bahagian lapan


Ok, kita bersua lagi di bahagian lapan.



Di bulan Ogos kalau tak salah aku, pihak KTM ada membuat percubaan untuk pengangkutan KTM komuter. Kebetulan kami dapatlah pergi menaiki train percubaan itu. Wah, sesuatu yang best.



Maka, kami para pelatih pun, pergilah. Ini kalau tak salah aku, pelatih operator telefon dan beberapa kelas yang lain sahaja. Bukan semua. Itu kalau aku tak silaplah. Kami pergi dengan menaiki van GTC yang dipandu oleh Mr. Bala. Van tu, kecil sahaja. penghawa dingin pun tak ada van tu.



Apabila sampai di stesen, kami dikehendaki beratur. Kemudian, para petugas membawa kami menaiki train komuter itu. Wah, train itu ada penghawa dingin. Siap pasang radio lagi. Maka, dapatlah kami naik komuter.



Macam naik bas saja aku rasakan. Cuma, jalannya rata. Aku duduk tepi cikgu Mad. Dan, suasana dalam train itu begitu hingar-bingar sekali. Macam pasar.



Terdapat juga para pelajar yang menaiki train komuter itu. Dan kebetulan rakanku Sun Sing duduk di kalangan pelajar-pelajar yang ramai itu. Suasana begitu bising sekali dengan suara para pelajar itu.



"Woy! Diamlah!" "Hey, orang nak tidur pun tak boleh." Sun Sing berleter. Suasana menjadi senyap. Tetapi sekejap sahaja. Tak lama lepas itu, bising kembali tapi tak sebising tadi.



Setelah perjalanan pergi/balik selesai, kami pun turunlah dari train komuter itu. Sekarang, kami dah nak balik GTC dah. Sekarang pun, dah tengahari dah ni. Dah nak sampai waktu makan tengahari dah.



Tadi, Mr. Bala terpaksa berulang-alik untuk membawa para pelatih ke stesen. Tetapi kali ini, dia sumbat habis semua para pelatih dalam satu van. Wah maka sendatlah van itu seperti ikan sardin. Mr. Bala terpaksa memandu van itu perlahan-lahan. Yalah, takut kang nanti apa-apa berlaku, susah.



Kira-kira lima minit kemudian, kami pun sampailah di GTC. Bila dah sampai, baru jam 12:30 minit tengahari. Jadi, kami terus pulang ke bilik dan berehat sebentar. Dan pada jam 12:45 minit tengahari, kami pun makan tengahari.



Bersambung


0 ulasan:





Arkit blog