Selasa, Januari 15, 2008

Kenangan di GTC bahagian lapan


Ok, kita sambung lagi cerita bahagian kelapan.



Aku dan rakanku Sun Sing belajar mobiliti dengan cikgu Peter. Cikgu tu, memang sporting habislah dengan kami. Jadi masa dia bawa keluar, kami selalu suruh dia belanja kami minum teh tarik.



Mobiliti adalah satu matapelajaran yang wajib bagi semua para pelatih di GTC. Mobiliti akan mengajar kita cara-cara berjalan dengan betul dengan menggunakan tongkat. Ia juga mengajar cara-cara bergerak di atas jalan raya.



Bagi mereka yang baru mengalami kebutaan, memang amat payah untuk belajar mobiliti ini. Tetapi, bagi mereka yang dah memang buta, tiada masalah bagi mereka untuk diajar.



Cikgu Peter ni, suka mengusik Noorhazira. Yalah sebabnya, si Noorhazira tu, suka menjerit bila kena usik. Dahlah orangnya tu kecil molek saja.



Cikgu Syarifah mengajar kelas typing. Ini kelas typing biasa untuk orang celik. mesin taip pun biasa sahaja. Cuma untuk type, kami orang-orang buta menggunakan sepuluh jari. Jadi kalau ada kesilapan, kami akan dapat tau.



Di satu hari, entah macammana aku telah tertaip dua barang di atas kertas yang sama. Alahai, nilah yang leceh. "Cikgu, kertas yang saya type tu dah jadi double lah." Aku memberitahu cikgu Syarifah. "Hey, yang ni pun awak tak tau jaga, nanti awak ada bini esok ni, bini pun awak tak tau jaga." Leter cikgu Syarifah.



Dan satu lagi peristiwa ialah aku telah menghilangkan kerja rumah typing yang diberikan oleh cikgu Syarifah. "Cikgu, kertas yang cikgu suruh type tu, dah hilanglah cikgu." Aku memberitahu cikgu Syarifah. "Hey, Khai eong, khai eong." "Kertas sekeping pun, awak tak boleh nak jaga." "Lain kali bini pun awak tak boleh jaga." Kata cikgu Syarifah.



Cikgu Latif adalah guru kelas operator. Dia ni, seorang guru yang pendiam. Tapi kalau dia marah, memang dia marah sungguh. Pernah kami terlupa apa yang dia ajar, memang dia marah.



Satu hari, cikgu Khairi, Amran, cikgu Rahim, cikgu Mat dan cikgu Syarifah nak pergi makan. Mereka pun ajarlah cikgu Latif sekali. Tapi, cikgu Latif menolak.



"Latif, jomlah kita pi." "Tak apalah, jomlah pi." Cikgu Rahim memujuk. Tetapi, cikgu Latif menolak juga. Cikgu Rahim terus memujuk cikgu Latif itu. Namun, usahanya sia-sia sahaja. Cikgu Latif tetap tidak mahu mengikut.



Cikgu Mat ialah suami cikgu Syarifah. Beliau mengajar urut. Mereka suami-isteri, dah lama bertugas di sana. Mungkin dah berpuluh tahun dah rasanya. Itu yang saya dengar.



Cikgu Khairi ialah guru yang mengajar braile. Setiap pelatih yang masuk harus belajar menulis dan mengenal huruf braile. Ini dikecualikan bagi mereka yang dah sedia buta. Bagi mereka yang baru mengalami kebutaan, harus belajar.



Cikgu Rahim Kunjemia adalah guru steno. Dia ni orang Kedah khabarnya. Tak ramai yang mengambil matapelajaran steno ni. Sekarang ni pun, steno dah tiada lagi.



Cikgu Yong Sing Nang adalah guru seni pertukangan kayu. Dia ni pun khabarnya dah lama berkhidmat di GTC ini. Dan khabarnya, sekarang beliau masih lagi bertugas di sana.



Anna Loo adalah guru komputer. Tetapi beberapa bulan kemudian, beliau telah meninggalkan GTC dan digantikan pula dengan Miss Latha. Sekarang, Anna Loo dah ada kedai urut dah. Kedai itu milik beliau dan suami.



Ok, bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog