Isnin, Januari 14, 2008

Kenangan di GTC bahagian tujuh


Ok, cerita disambung lagi. Bahagian tujuh.



Di GTC ni, tiap hari Jumaat selepas solat Jumaat, akan diadakan ceramah agama. Mereka akan menjemput ustaz dari luar untuk memberikan ceramah agama. Ceramah lazimnya akan bermula pada kira-kira jam dua setengah petang hinggalah ke 4:00 petang. Jadi pada tiap hari Jumaat, hanya ada kelas di sebelah pagi sahaja.



Semasa ceramah, kami yang bukan islam akan duduklah di kelas. Kadang-kadang, aku dan Sun Sing pergi main komputer di bilik komputer. Kira ok lah tu. Dan ada juga aku dan Sun Sing keluar pergi ke perpustakaan MAB.




Jam 3:45 minit waktu minum petang. Masa tu, ceramah agama tak habis lagi. Dan pada hari tu pula, akulah orang yang paling seronok sekali sebab minum petang tiap Jumaat, dapat makan karipap. Itulah yang seronok sekali. Baru siap goreng. Panas-panas lagi tu.



Jadi, apa lagi, aku dan Sun Sing pun pergilah makan. Kami masuk ke dapur untuk makan. ha, dapatlah kami makan karipap tambahan sebiji dua. Wah, tulah yang best tu. Karipapnya tu, besar-besar pulak tu.



Pada hari Khamis pula, seperti biasa di Brickfields, ada pasar malam. Sampai sekarang pun, masih ada lagi pasar malam tu. Jadi pada hari Khamis sewaktu makan, siapa yang taknak makan awal, letaklah bekas untuk nasi dan lauk tu disimpan. Aku adalah salah seorang darinyalah. Yalah, malam tu nak pi beli makanan kat pasar malam. Adalah duit.



Siapa yang hadir berkursus di GTC akan diberi duit elaun sebanyak RM 30. Khabarnya, sekarang dah meningkat ke RM 50 dah. Wah, untung mereka sekarang ni.



Jadi, kami kenalah cari orang celik untuk pergi ke pasar malam. Kadang, aku pergi dengan Zainal dan kadang, pergi dengan Jamiah. Aku pergi beli makanan kegemaran aku iaitu mi goreng.



Pada Sabtu pagi, sarapan kurang sedap. Sarapan pada setiap pagi Sabtu ialah Sand-wich. Aku tak suka sand-wich tu sebab tak sedap sardin dia. Lagi pun, roti tu empat segi dan mereka tak potong macam roti sand-wich. Jadi, tak berapa nak seronoklah nak makan.



Makanan jam sepuluh pagi pun kurang seronok. Dan pada Sabtu pagi juga, ramai yang bangun lambat. Kami penghuni bilik 3, lazimnya bangun jam lapan pagi. Pada hari itu, kami akan mendengar drama pendek kat Radio 1 iaitu Keluarga Cikgu Zainun pada sembilan suku pagi.



pada pagi hari Sabtu, kebanyakan daripada pelatih akan ke perpustakaan MAB untuk membaca atau pun meminjam buku. Aku pun, tidak akan ketinggalanlah ke situ.



Pada petang Sabtu dan Ahad dan cuti am, perkarangan GTC akan dipenuhi oleh orang-orang luar iaitu sama ada kawan atau pun kekasih para pelatih GTC.



yalah, ada yang duduk berdua-duaan di kerusi batu depan GTC, ada yang mengusik-usik sama ada mengusik teruna atau anak dara dan pelbagai lagilah. Sementara aku pula, tak minat itu semua. Aku pula jadi benci sebab bising.



Perkarangan GTC akan lengang selepas jam tujuh malam sebab masa tu, waktu lawatan dah tamat. Apabila selepas tujuh malam, Tengku Amran pulalah akan bercengkerama.



Pada petang Jumaat kira-kira jam lima setengah petang, beberapa pelatih akan pergi naik kuda. Sukan berkuda rasanya. Kat tempat mana tu, tak tahulah pulak aku sebab aku tak pernah bertanya pada mereka.



Ha! Pagi Ahad adalah pagi yang seronok sebab tukang masak masak jemput-jemput udang. Lazimnya, tukang masak pada pagi itu ialah kak Zaharah atau pun kak jamaliah. Maka aku akan minta tambahlah. Makan dengan sos cili, sedap. Di GTC lah aku mengenali Jemput-jemput. Mula tu, aku sangkakan, cucok udang.



Aha, satu lagi sarapan pagi yang tak sedap dimakan ialah nasi lemak pada setiap pagi hari Rabu. Sebabnya, mereka tak reti masaklah agaknya. Tak wangi bau nasi lemak tu. Sambal pun tak sedap.



Tapi, salah seorang tukang masak iaitu kak Maria pot-pet, dia pandai buat ayam masak merah. Sedap masakannya tu. Aku panggil kak Maria pot-pet sebab, mulut dia, memang bising. Dia kalau nak marah, selamba saja. Dia tak kira punya.



Satu lagi tukang masak ialah kak Ida. Ha, kak Ida ni pulak, pandai masak kari ayam. Amboi, sedap o! Kalau kari ayam tu kak Ida, nasi aku mesti bertambah dan kadang, sampai tiga kali tambah.



Aku selalu suruh kak Ida tolong guntingkan rambut. Kak Ida juga, pandai menggunting rambut terutamanya rambut durian. Jadi tiap bulan, aku akan suruh dia tolong gunting rambut. Aku seganlah nak pi kat kedai gunting. Tu semua anak dara cina. mereka bukan reti cakap melayu.



Ada juga beberapa pelatih yang mengupah kak Ida untuk mencuci pakaian mereka. kalau tak silap, mereka ialah Allan Fraudge dan Badin. Badin tu kadang-kadang saja.



Ok, bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog