Khamis, Januari 17, 2008

kenangan di GTC bahagian sepuluh


Ok, bersambung lagi cerita bahagian sepuluh. Yang semalam tu, bahagian sembilan.



Selama beberapa bulan di GTC, kami tak ada matron. jadi, kalau sakit-pening, sendiri mau ingatlah. Adalah tak silap aku dalam sebulan dua gitulah.



Pada Ogos, maka datanglah seorang matron muda yang berumur 26 tahun. Kak Zariah namanya. Suaranya begitu lembut sekali. Tapi, dia dah kahwin dah.



matron ni ada satu rumah khas untuknya. rumah itu berdekatan dengan bilik perempuan. Dia bawa suami dan keluarga sekali duduk bersama-sama. Jadi sekarang, senanglah kami sebab, dah ada matron.



Ada satu hari tu, aku diserang demam. jadi, terpaksalah minta bantuan kak Zariah. "Wey Khai Eong, hang pura-puralah buat tak boleh bangun bila kak Zarian datang nanti." Harkimi membuat satu cadangan gatai. Tapi, aku tak terima cadangan tu.



Kak Zariah memberi panadol kat aku. Lepas makan panadol tu, aku berehat sebentar. Akhirnya, panasku beransur hilang. Lega rasanya sebab panas dah hilang. Tapi, letih dan lesu, masih lagi terasa.



Pada malam itu, aku meminta kawanku Jamiah pergi membeli air untukku. Dia pergi beli air sirap. Wah, best dan sedap aku minum air tu. Minum sorang-sorang.



"Khai Eong, sedap tak air yang saya beli?" Jamiah bertanya padaku. "Hmm, sedaplah." Aku menjawab. Jamiah tergelak. Pada malam itu juga, hujan renyai-renyai telah turun.



Pada malam itu, aku dan Sun Sing makan magi. Akibat lapar, aku makan sajalah magi tu. Lepas makan, aku muntah. Ini semua orang tak tau. Malam itu, aku tidur awal.



Pada lebih kurang jam dua pagi, aku terjaga dari tidur. Aku jadi kesejukan. Rupanya, badanku menjadi begitu panas sekali. Namun, aku diamkan sahaja. Aku bangun untuk minum.



Nasib aku memang baik. Kebetulan kawanku rohaizad ada menjerang satu teko air panas tadi. jadi, aku minum sahaja air panas itu. Aku minum habis seteko besar air panas itu.



Aku tidak tidur langsung pada malam itu. Sampailah ke pagi, aku minum air panas. Akhirnya, panas badanku hilang. Tiada sesiapa pun yang mengetahui peristiwa ini sehinggalah ianya ditulis sekarang.



Kira-kira jam enam pagi, semua pelatih dah bangun. Aku pun pergi mandi seperti biasa. Selepas itu, aku bersarapan. Dan selepas itu, disebabkan pagi itu pagi Isnin, semua orang akan berkumpul di dewan makan untuk perhimpunan mingguan.



Aku tak jadi menyertai perhimpunan itu sebab aku berasa tidak sihat semula. Jadi, aku pun berehatlah di bilik. Aku tidur. Sepatutnya pagi itu, cikgu Peter nak mengajar aku mobiliti cara nak ke Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia sebab aku akan menjalani praktikal operator telefon di sana.



Akibat daripada badanku yang tak sihat itu, maka tak dapatlah aku nak belajar pada pagi itu. Aku hanya ke kelas selepas waktu tengahari. Aku pun dah ketinggalan sedikit.



Pada esoknya aku dan beberapa orang pelatih telah ke klinik ditemani oleh cikgu Zariah. Aku hanya duduk diam-diam dalam van. Malas nak sembang.



"Ala Bala, saya terlupa nak lepas Khai Eong kat klinik tadi." Ni nanti you bawa dia sekejap, i nak hantar dia ni ke hospital." Beritahu kak Zariah. Lain-lain pelatih pun ada sakit juga. Akhirnya, Mr. Bala membawa aku ke klinik dan setelah ke klinik mengambil ubat, baliklah kami semua.



Semasa di GTC, Noorhazira diserang demam denggi. Pada mulanya, dia dianggap demam biasa sahaja. Setelah beberapa hari asyik muntah-muntah, dia terus dibawa ke hospital. Noorhazira sampai tak boleh nak bangun.



Dan setelah diperiksa, ia disahkan mengidap demam denggi.



Selang dua hari kemudian, semburan asap telah dijalankan di sekitar kawasan GTC. Dia cuma sembur longkang di hadapan pintu besar tu jer. Lain-lain tempat taklah.



Setelah Noorhazira balik dari hospital, dia pun baliklah ke kampungnya bercuti lebih kurang seminggu. Maka, kuranglah seorang pelajar kat kelas kami.



Asri Baling pun pernah diserang demam. Yang teruk tu, dia muntah tengah-tengah malam. Tapi, dia muntah dalam timba. Selepas tu, dia masak magi makan. Ha, dahsyat tu.



Pada siangnya, semasa Rohaizad kembali dari rumah, dia terkejut apabila mendengar si Asri muntah-muntah. Keadaan Asri memang agak teruk jugak. Tapi akhirnya, dia baik.



Ok, bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog