Isnin, Januari 29, 2018

Tele MAB no.721.

Tele MAB no.721
Isnin, 29hb Januari 2018
No. tel.:03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 4 pengumuman baharu,

1.    Tongkat putih kepada OKU Penglihatan yang memerlukan

Sebuah organisasi kebajikan sosial akan menganjurkan satu perhimpunan pada hari Sabtu, 10hb Mac, dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi di Dewan MAB bagi mengedarkan tongkat putih kepada OKU Penglihatan yang memerlukan. Mereka yang berminat, sila berikan nama dan no. telefon anda kepada En. Subra sebelum 2hb Februari.

2.    Sesi-sesi nyanyian bersama.

Nyanyian bersama Inggeris akan diadakan pada hari Sabtu, 3hb Februari dari 1.30 petang hingga 4.30 petang dan sesi nyanyian bersama Mandarin akan diadakan pada hari Khamis, 1hb Februari, dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Yuran sebanyak RM2.00 sahaja. Sila berdaftar dengan Cik Violet atau En. Kok Keong di 22742576.

3.    Sambutan Tahun Baharu Cina BCF.

Ia akan diadakan pada hari Ahad, 4hb Februari, pukul 2.30 petang di Dewan MAB. Hadiah-hadiah istimewa akan diberikan dan seorang bekas penjudi akan memberitahu bagaimana untuk menyingkirkan ketagihan judi. Semua OKU Penglihatan bukan Muslim dijemput hadir. Sila berdaftar dengan En. Eugene Ng di 019-3237780.

4.    Sambutan Tahun Baharu Cina di Perpustakaan Negara.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 24hb Februari dan van akan disediakan. OKU Penglihatan yang berminat untuk menghadirinya, sila berdaftar dengan En. Lai di 26871891 atau En. Iskandar di 0113-3170176.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
Cik Roslina Mohamed.

Tele MAB no.721
Monday, 29th January 2018
Tel. no.:03-22722687

Hello friends,

There are 4 new announcements,

1.    White canes to the needy blind.

A social welfare organisation will be holding a gathering on Saturday, 10th March, from 9.00 am to 11.00 am at The MAB Hall to distribute white canes to the needy blind. Those interested, please give your name and phone no. to Mr. Subra by 2nd February.

2.    Sing along sessions.

English sing along will be on Saturday, 3rd February from 1.30 pm to 4.30 pm and the Mandarin sing along session will be on Thursday, 1st February, from 10.00 am to 1.00 pm. The fee is RM2.00 only. Please register with Ms. Violet or Mr. Kok Keong at 22742576.

3.    BCF Chinese New Year Celebration.

This will be on Sunday, 4th February at 2.30 pm at The MAB Hall. Special gifts will be given and the ex-gambler will tell how to get rid of the gambling addiction. All non-Muslim blind are invited. Please register with Mr. Eugene at 019-3237780.

4.    Chinese New Year Celebration at National Library.

This will be on Saturday, 24th February and the van will be provided. Blind persons are invited to attend. Please register with Mr. Lai at 26871891 or Mr. Iskandar at 0113-3170176.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Ms. Roslina Mohamed.

0 ulasan:





Arkit blog