Aha, dah lama dah Ss tak mai. Tulah, sibuk sikit dengan pergi kat blog ahli BPN. ha hari ni, gagah mai. nak menulis sat.
Semalam lembaga diseplin Umno dah ambil tindakan kat beberapa ahlinya yang makan rasuah. ha, ok lah. Gantung jangan tak gantung. Kepada yang terkena, renung-renungkanlah. Duit tidak akan bawa anda ke mana. Duit juga, tidak boleh temani hampa bila hampa gol nanti. Bertandinglah atas kejujuran dan khidmat bakti anda kepada parti keramat Umno. Janganlah disebabkan hampa-hampa semua ni, habis lingkop jahanam Umno dibuatnya.
kelmarin, ahli parlimen Puchong digantung setahun. Aha, Ss gembira. Asyik nak buat kacau di parlimen. Kat parlimen, orang nak bincang masalah rakyat, bukannya nak buat kacau dan nak buat samseng. Dan semalam, si bapak pula kena dakwa di mahkamah. Hmm, ok lah tahniah semua tu. kerajaan tolong jangan lembut-lembut sangat. Tulah, lembut sangat.
Beberapa hari lalu Ahli parlimen bebas Dato Ibrahim ada cadang supaya imuniti ahli parlimen dihapuskan. Rasa Ss lah, untuk masa sekarang ini, ianya perlu dihapuskan. Sebab nampak gaya, ahli parlimen sekarang terutamanya pembangkang, banyak nak tunjuk depa punya samseng. Depa langsung tak perjuang masalah rakyat. mereka nampaknya, mementingkan diri sendiri. Cadangan Ahli parlimen bebas ini sepatutnya disokong. bukan ditentang.
Beberapa hari yang lalu juga, Ss ada berkenalan dengan seorang gadis. Dia ni guru. Dia kata, dia selalu lihat orang buta naik LRT. Ss panggil dia Jaja saja. yalah, dia suruh panggil Jaja saja. La ni dia balik Melaka sebab cuti.
Jaja ni, ada cadangkan supaya Ss cari pendapatan melalui internet. Sebenarnya, Ss tak minat yang tu semua. Ss menulis sekadar hobi sahaja dan bukannya selalu boleh menulis sebab kalau tiada ilham, memang tak boleh menulis pun. Jaja kata, Ss ada komersial value. Jaja juga ada cuba nak perkenalkan Ss pada seorang bloggers. Tapi Ss beritahunya, Ss tak minat. Ss nak kawan dengan perempuan saja. Maklumlah, Ss kan solo lagi. Jadi, tiada halanganlah bagi Ss. Jaja juga ada memperkenalkan satu blog pada Ss. Blog tu ialah Norziati. Dan jaja juga beritahu, kawan-kawannya tu, banyak yang pembangkang.
Kemudian, Ss ada berkenalan lagi dengan seorang bloggers. Qasehnuryz namanya atau lebih dikenali dengan QN. Dan yang paling menarik, semalam, Ss dan kawan Ss telah membolehkan handphone nokia beliau berkata-kata seperti handphone orang-orang buta. Dan selepas ini, mungkin Ss akan membuat komputer dan laptop beliau berkata-kata seperti komputer dan laptop yang digunakan oleh orang-orang buta.
Ha, itulah serba sedikit coretan kali ni.
6 ulasan:
Ramai betul kawan-kawan yang Ss jumpa. Sikap peramah memudahkan kita mendekati ramai kawan. Ss kempen-kempenlah pada mereka agar menyokong UMNO dan Barisan Nasional ye.
Salam Sejahtera,
Thanks for the friendship SS.
Ya,menarik tu.
Saya tunggu nak dengar komputer pula bercakap selepas ni.hehehe
Ok, saya akan cuba.
orang politi, kat parlimen berpolitik. kat luar pun berpolitik. bila nak bela rakyat?
banyak juga elaun diaorang setahun ya? Kalau tak ada elaun (cuma gaji aje) sanggupkan mereka jadi wakil parlimen atau ADUN?
Ya, tapi malam ni, QN tak online lagi.
Tak sanggup kot.
Catat Ulasan