Sabtu, Ogos 04, 2007

Pelancaran Kelab Siber MAB (Pindaan)


Para pembaca sekelian, ini adalah pengumuman pindaan yang telah dibuat oleh rakan saya.



Pelancaran Kelab Siber MAB (Pindaan)
Date: Friday, August 03, 2007 7:26 PM


Assalamu 'alaikum, salam sejahtera.


Kepada semua,


Sukacita dimaklumkan bahawa upacara pelancaran Kelab Siber MAB, kelolaan bahagian ICT Persatuan Bagi ORang-orang Buta Malaysia (MAB) akan berlangsung seperti
berikut:


Tarikh: 24 Ogos 2007 (hari Jumaat)


Tempat: Dewan Utama, Kompleks MAB, Jalan Tebing, Off Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia


Masa: 8:30 pagi - 12:30 tengah hari


Prof. Dato' Dr. Ismail Salleh, Presiden MAB akan merasmikan pelancaran Kelab Siber, merasmikan pelancaran skim bantuan pinjaman pembelian alat-alat komputer
untuk individu kurang upaya penglihatan, seterusnya menyerahkan kad-kad keahlian para ahli yang telah mendaftar dan membuat pembayaran. Jamuan ringan dan
makan tengah hari disediakan.


Salah satu topik menarik yang dijangka menjadi perbincangan hangat ialah mengenai skim bantuan pinjaman pembelian alat-alat komputer untuk individu kurang
upaya penglihatan yang bakal ditawarkan oleh MAB sebaik sahaja ia dilancarkan.


Aturcara majlis adalah seperti berikut:


8:30 pagi: ketibaan dan pendaftaran para hadirin


8:55 pagi: ketibaan tetamu kehormat, Prof. Dato; Dr. Ismail Salleh, presiden MAB


9:00-9:35 pagi: ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat


10:00 pagi: jamuan ringan


10:30 pagi: mesyuarat agung kali pertama Kelab Siber MAB


12:30 tengah hari: jamuan makan tengah hari


1:15 tengah hari: bersurai


Justeru itu, saya, bagi pihak bahagian ICT MAB, dengan besar hatinya ingin menjemput sesiapa sahaja yang membaca hebahan ini atau mendapat khabar daripada
mereka yang membacanya agar sudilah kiranya datang beramai-ramai bagi menyeri dan memeriahkan majlis yang tidak sepertinya ini. Pendaftaran awal amatlah
dihargai. Ia bagi memudahkan pihak kami menyediakan tempat dan makanan yang cukup buat semua yang hadir.


Kepada sesiapa yang masih belum mendaftar sebagai ahli Kelab Siber MAB, anda boleh berbuat demikian mulai sekarang di bahagian ICT MAB pada waktu pejabat
setiap hari bekerja atau datang dan terus mendaftar pada hari pelancaran nanti.


Untuk makluman anda, keahlian ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira kecacatan atau kesempurnaannya.
Anda masih boleh menjadi ahli Kelab Siber MAB walaupun anda bukan warga kurang upaya penglihatan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Silatul Rahim Dahman, Pengurus bahagian ICT MAB di:


Tel. Pejabat: 03-22722677 sambungan 44


HP: 013-4882484


e-mel: rahim@mab.org.my


web: http://www.mab.org.my/


Kami tunggu kedatangan anda!


Sekian, harap maklum.


Fadzlin Hiezrie B. Abdul. Rahman


Instruktor Teknologi,


Bahagian ICT,


Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia (MAB)


0 ulasan:





Arkit blog