Sabtu, Disember 29, 2007

Melawat ke Kuala Lumpur bahagian kelima


Ok, kita akan sambung lagi cerita lawatan ke Kl.



Jumaat 28 Disember.


Pada pagi itu, seperti biasa, aku dan Yusuf pergi bersarapan pagi. Jam lapan setengah pagi, Yusuf telah menelefon aku. "Hello encik, sekejap nanti, aku sampai ha." Beritahu Yusuf kepadaku. Setelah talian telefon diputuskan, aku pun bersiap sedia.



Jam sembilan pagi, Yusuf masih belum sampai-sampai lagi. Sementara itu, Paul Keong sudah pun keluar pergi bersarapan. Maka, tinggallah aku sorang diri di bilik itu. Aku pun membuka tv untuk mendengar apakah rancangan yang menarik di tv. Aku pun terus menunggu ketibaan Yusuf. Ke manalah dia agaknya.



Telefon berbunyi. Aku terus menjawab. "Ha encik, aku lambat sikitlah tadi ada guru tahan aku." "Ok, sepuluh minit lagi, aku sampai." Beritahu Yusuf. Aku pun terus menunggu.



Beberapa minit kemudian, aku pun menutup tv dan turun ke lobi hotel untuk menunggu ketibaan Yusuf. Lima belas minit kemudian, Yusuf pun tiba. Kami sekali lagi, ke kedai Yusuf Ali. Pagi itu, aku makan roti bakar dengan planta enam set. Yusuf hanya makan dua set. Dan, semasa sedang makan, aku terdengar suara seperti si Badin. Aku mengesyaki itu adalah Badin begitu juga dengan Yusuf.



Selepas makan, aku pergi lagi ke rumah Yusuf. Aku pun membuka komputer Ayana untuk menyiapkan tulisan aku untuk cerita melawat ke KL bahagian ketiga tu. Bila dah siap jam sudah menunjukkan jam duabelas setengah tengahari. Aku menutup komputer Ayana dan naik tingkat dua rumah Yusuf. Kali ni, aku buka pula komputer Yusuf. Aku nak explore adakah open office tu sesuai dengan Jaws 8 atau pun tidak. Wah, kena pakai jaws cursorlah pulak. Kira ok tu.



Selepas itu, aku download pula Jaws 9 dan install semata-mata untuk test open office. Selepas test, aku kena uninstall balik jaws 9 dan 8. Sebabnya, masa agak panjang lagi. Jadi, tak ada kerja, cari kerjalah tu.



Setelah selesai explore, aku sambung lagi cerita melawat Kl bahagian keempat. Cerita tu aku tulis dengan serengkas yang boleh sebab petang tu, kami akan ke Sungei Wang Plaza dan Law Yatt Plaza.



Jam 3:45 minit petang, maka bertolaklah kami ke Sungei Wang Plaza dengan Ayana dan Yusuf. Kami menaiki mono rell. Dan sebelum menaiki mono rell ke Sungei Wang Plaza, kami ke pejabat pos bahagian pos laju sebab Ayana nak hantar barang. Dan selepas itu, bertolaklah kami ke Sungei Wang Plaza dengan menaiki mono rell.



Bila sampai di Sungei Wang Plaza, kami terus ke RMB Curry House. Di sana kami pekena nasi kandak. Amboi best betoi. Aku makan nasi kandak dengan lauk daging kambing. Dan yang best tu, siap boleh makan dengan tangan lagi tu. Tulah yang best tu. Dan nasi kandak tu, memang piau betoi. Kalau tak piau, tak kenyang makan sepinggan. Banyak o satu pinggan.



Setelah makan, kami pun berjalan-jalanlah di sekitar Sungei Wang Plaza tu. Amboi, luas betullah tempat tu. Hingar-bingar dengan manusia-manusia.




Selepas itu, kami pergilah pula ke Law Yaat Plaza. Wah! Setahu aku kat situ, tempat menjual peralatan komputer. Wah, ni mesti best punya ni.



Kami singgah di sebuah kedai yang selalu dikunjungi oleh Ayana dan Yusuf. Di situ, mereka beli thum drive Kingston 4 GB dan beberapa lagi peralatan. Aku pun dah lupa. Kami juga berkesempatan bercerita dengan tuan kedai itu tentang laptop dan talian internet. Amboi kalau nak bercerita di sini, esok tak habis.



Selepas itu, kami pergi pula ke kedai telefon bimbit. Wah wah! Ada banyak telefon bimbit, antara yang sempat aku pegang ialah Nokia 82. Dan yang tak sempat aku pegang ialah namanya d-port kalau tak salah aku. D-port ni menggunakan windows mobile punya. Jadi, bolehlah digunakan untuk online.



"Haya, itu bunyi, banyak bisinglah." Rungut tuan kedai itu. Sebenarnya pada masa itu, satu konsert sedang diadakan di kompleks tersebut. Artis cina tu.



Selepas berbual panjang dengan tuan kedai pasai handphone, kami kembali semula ke Sungei Wang Plaza. Dan pada kali ini, kami ke kedai jam sebab Ayana nak beli jam.



Semasa berada di kedai jam, Rosnah pulak telefon. Dia bertanya ke mana pergi, itu dan ini. Kemudian, talian diputuskan. Ayana sedang sibuk memilih jam yang berkenan di hatinya. Sementara aku dan Yusuf menunggu penuh sabar.



"Hang nak tau, masa aku kerja kat sini dulu, dari pagi kedai bukak jam sepuluh, sampailah malam kedai tutu;, orang tetap ramai." "Entah manalah datangnya aku pun tak tau." Yusuf bercerita panjang lebar padaku. Ya betul. Memang orang sentiasa hilang. Tak kurang walau sedikit pun.



Kemudian, aku menelefon si Abian. "Oi encik, buat apa?" Aku memulakan bicara. "Tak buat apa, aku di rumah." Abian menjawab. "Eh malam ni jom keluaq minum." "Aku nak balik dah esok." Aku mengajak Abian. "Pukul berapa hang nak keluar?" Abian bertanya. "Nanti kalau nak keluar, aku telefon." "La ni aku dok ada kat Sungei Wang ni." Beritahuku. "Hang pi dengan siapa?" Tanya Abian. "Dengan Yusuf dan Ayana." Aku menjawab. Selepas itu, talian telefon telah pun diputuskan.



Setelah selesai membeli jam, kami pun berangkat pulanglah dengan mono rell. Masa tu, dah pun lapan setengah malam. Kami sampai semula di rumah si Yusuf, dah pun jam sembilan dua minit malam. Aku terus on komputer dan skype dan terus minta si Cornelius kirimkan real player activator dan software sekali. Maka, aku pun menyelesaikan kerja-kerja terakhir aku. Bila dah siap, jam sudah 10:30 malam.



Semasa kami sampai, ada orang ramai di salah sebuah rumah iaitu jiran Yusuf. Entah mengapa, mereka pun tak tau. Yusuf kata, nanti dia akan tanya.



Sementara itu pula, Ayana dan mengadu sakit kepala dan sakit tulang belakang. Dia ni, bukannya boleh jalan jauh. Ni yang leceh ni. Dia hanya menyuruh Yusuf untuk membungkus makanan untuk dibawa balik.



Aku dan Yusuf keluar jam 10:45 minit malam. Kami terus menuju ke kedai Ina. Aku lebih suka makan kat sana. Entah mengapa tak taulah aku.



"Zeenie," Yusuf memanggil. "Nak apa?" Pelayan Zeenie datang untuk mengambil pesanan. "Ha, saya nak, ais kosong tiga cawan dan nasi goreng kampung." Aku memberitahu. "Nasi goreng tambah ek?" Zeenie berkata. "Amboi hang tau no aku nak nasi tambah?" Aku bertanya. "Kita tahu dah sebab awak selalu datang." Jelas Zeenie. "Tapi ni malam terakhir dah saya datang." Beritahuku. "Oh jadi dah nak baliklah ni?" Zeenie bertanya. "Yalah, tahun depan, aku mailah lagi." Beritahuku.



"Tahun depan saya dah tak ada." "Saya dah kahwin." Beritahu Zeenie. "Kahwin dengan siapa?" Aku bertanya. "Dengan Haikal." Beritahu Zeenie rengkas lalu beredar dari situ. Alamak, Haikallah pulak. "Ah hang dengaklah si Zeenie tu." Beritahu Yusuf. "Ha, macam budak-budak kan?" Aku berkata. "Yalah, baru enambelas tahun." Terang Yusuf. "Eh kenapa dia tak sekolah ha?" Aku bertanya. "Tak tau." Yusuf menjawab rengkas.



Tidak lama kemudian, Abian pun tiba. "Hang pi Law Yatt tak beli apa-apakah?" Abian bertanya. "Taklah." Aku menjawab rengkas. "La, pi tak beli apa no hang?" Abian bertanya.



Tak lama selepas itu, Rosmin pun datang. Wah, maka kami pun bersembanglah. Banyak jugak topik. Antaranya, laksmana bentan, topik jin, topik radio dan pelbagai lagi.



Kira-kira jam 11:30 malam, Yusuf pun memesan sebungkus nasi dengan Ina. Si Ina tu, suara sengau. Khabarnya dia ada penyakit resedong. Sebelum itu, Yusuf telah pergi ke gerai burger. dan mendapati, gerai itu kosong. Selepas itu, barulah dia pesan.



"Orang gerai sebelah tu kata, gerai tu buka tapi orang burger tu tak datang dah dua jam." Cerita si Zeenie pada Yusuf. "Ah, biak mampoih pi kat dia." Yusuf berkata.



Selepas memesan barang makanan, kami terus berbual-bual lagi. Maklumlah aku nak balik dah ni. Sejam kemudian, makanan yang dipesan oleh Yusuf masih belum sampai-sampai. Wah apa sudah jadi ni? "Ina," "mana saya punya pesanan?" Yusuf bertanya. Makanan segera disiapkan.



Jam 12:45 minit tengahmalam, kami dah bersiap-siap nak pulang. "Ha Khai Eong, lain kali kita jumpa lagilah." Kata Rosmin sambil berjabat tangan denganku. ":Ha ok." Aku menjawab.



"Kali ni, aku takdak masa sangat dengan hanglah encik." Kata Abian sambil berjabat tangan dengan aku. Dan selepas itu, kami semua pun bersurai. Aku dihantar oleh Yusuf ke tempat penginapanku.



Bila dah balik, aku terus mandi dan aku tidur kira-kira jam dua pagi.



Ok, bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog