Sabtu, Februari 23, 2008

Ibubapa yang materialistik


Beberapa hari yang lalu, adalah bersembang di skype dengan seorang anak dara. Si anak dara ini mengadu hal kononnya, beliau kini telah jatuh cinta dengan seorang pemuda yang agak sederhana kedudukannya. Tidaklah berpangkat besar atau pun bergaji besar.



Tapi, sayang seribu kali sayang. Percintaan mereka ini telah dihalang oleh keluarga si anak dara ini. Menurut gadis ini, keluarganya inginkan lelaki yang berdarjat tinggi, berpangkat besar dan kaya-raya untuk dijadikan suami. Mereka lebih memandang harta, pangkat dan darjat daripada sebuah kasih-sayang yang terlahir dari hati yang tulus dan ikhlas.



Aku menasihati gadis ini supaya jangan berputus asa dan terus memanjatkan doa pada yang maha kuasa. Gadis ini memberitahu bahawa dia tak suka nak bising-bising tentang hal ini. Aku menasihatinya supaya jangan sesekali membenarkan diri dipijak. Kita punya hak dan kasih-sayang itu, tidak boleh diukur dengan wang ringgit.



Daripada cerita di atas, ianya menggambarkan kebanyakan ibubapa zaman sekarang adalah ibubapa yang materialistik. mereka lebih pentingkan harta, pangkat dan kedudukan daripada kebahagiaan anak-anak mereka sendiri.



Bagi mereka ini, kasih-sayang adalah harta, pangkat dan wang. Kasih-sayang sudah tidak diukur melalui hati. Kasih-sayang yang lahir dari hati yang tulus, ikhlas dan suci sudah tidak diiktiraf lagi. Tetapi, kasih-sayang akan diiktiraf jika punya wang, pangkat dan darjat.



Mungkin ada yang akan berkata, kalau tak ada duit, macammana nak hidup? memang benar, tak ada duit, tak boleh hidup. Tapi, mengapa mesti kalau hendak mencari jodoh, ianya mesti kaya dan berpangkat? Salahkah kalau dia hanya sekadar bekerja kampung atau seorang penjual makanan atau membuka warung? Adakah mereka ini tidak punya kasih-sayang yang tulus, ikhlas dan suci kerana mereka ini miskin?



Adakah mereka yang punya pangkat, darjat, wang, rumah besar, kereta besar dan segala-galanya besar baru akan mempunyai cinta dan kasih-sayang yang tulus, ikhlas dan suci?



Satu lagi, cinta yang tulus, ikhlas dan suci itu tidak akan diiktiraf jika seseorang itu cacat. "Kau nak makan apa kalau berkahwin dengan orang cacat?" "Macammana dia nak beri kau makan?" Itulah lontaran persoalan kepada si anak tatkala menyatakan hasrat ingin berkahwin dengan kekasih yang oku.



Ibubapa sekarang, lebih sayangkan harta-benda, pangkat dan darjat daripada anak sendiri. Biar anak merana asalkan mendapat wang, pangkat dan harta si menantu.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebagai seorang anak kita wajib menurut perintah kedua ibubapa kerana tanpa mereka, siapalah kita. Apa salahnya kalau mendapat jodoh orang berharta?. Bukankah itu namanya rezeki?. Untuk merasa perasaan ibubapa jika anak-anak tidak menurut perintah, anda terima dahulu cadangan ibubapa kemudian bila dah tua-tua nanti, tentukan anda menyetujui pilihan anak-anak anda.
Timbul persoalan, adakah berkahwin dengan orang sederhana atau miskin menjamin kebahagiaan?. Sebagai seorang buta saya nak tanya anda yang normal, apakah anda akan bahagia jika berkahwin dengan orang macam saya?. Akhirnya saya nak beritahu satu ungkapan.... Lebih baik menangis ditinggalkan dalam bmw daripada ditinggalkan di atas basikal....

MadhavanR berkata...

memang kesian gadis ini. tetapi kalau umurnya melebihi 21 tahun, dia boleh memilih siapa yang ingin dia kahwin. tetapi kasih sayang ibu bapa pun penting dalam hal ini. pandangan saya dalam hal ini ialah, lelaki itu harus berjumpa dengan ibu bapa gadis dan berbincang. sederhana hari ini bukan bermaksud sederhana sepanjang hayat. semua orang kayapun mula-mula miskin juga.





Arkit blog