Ahad, Februari 10, 2008

Kenangan di SRK St. Nicholas bahagian dua


Ok, kita sambung lagi di bahagian kedua.



Pada sebelah malam selepas makan malam, kami akan diarahkan untuk menggosok gigi. Selepas itu, house mother akan meletakkan ubat gigi di berus gigi kami untuk esok pagi. Bila esok pagi, keras ubat gigi tu.



Pada awal pagi, kami hanya menggosok gigi sahaja. Siapa yang tahan sejuk tu, bolehlah mandi. Aku tak tahan sejuk. Jadi, tak beranilah mandi.



masa aku darjah satu, Mrs. Chang telah membawa kami naik kapal pergi meronda-ronda. kalau tak salah aku, itu adalah kapal ikan kot. Budak-budak lain pun ikut jugak. Antaranya darjah dua.



1982, aku masuk darjah dua. masa aku darjah dua, prestasiku memang merosot teruk. Aku selalu tidur dalam kelas. Aku di kelas 2R. R untuk singkatan bagi Rose. Guru kelasku ialah Mrs. Kwok.



Suatu peristiwa yang aku tak boleh lupa ialah di mana pada suatu hari, sedang Mrs. Kwok mengajar bahasa malaysia, aku dan Hartini bercakap-cakap. Gelagat kami telah dapat diperhati oleh beliau.



"Ini Khai Eong dan hartini, bila cikgu mengajar, mereka mau cakap." "Mari, cikgu ambil kotak pensel, kapek mulut." Mrs. Kwok memarahi kami. Kami hanya diam saja.



"Lain kali mau cakapkah bila cikgu ajar?" Mrs. Kwok bertanya kami. "Tak mau." Kami menjawab. Dia tak kapek mulut pun. Dia cuma nak menggertaklah.



Hartini ni, seorang budak yang lincah. Nama penuhnya Hartini Arshad. Ibunya adalah seorang bidan. masa di darjah satu, dia pun sekelas denganku. Masa dia darjah satu, dia memang nakal. Dia suka jalan-jalan dalam kelas. "Hartini," cikgu PatimaTun memanggil. "Ya," Hartini menjawab. "Duduk." Perintah cikgu Patimatun. "Ya." Hartini menjawab rengkas.



Semasa aku darjah dua aku telah dipindahkan ke asrama lelaki. Asrama lelaki ni, ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk pelajar darjah dua, tiga dan empat dan dikenali dengan Marco. Tingkat atas untuk pelajar darjah lima dan enam yang dikenali dengan Inch. Pada masa itu, Marco dijaga oleh house mother Miss Chai Gaik. Sementara Inch dijaga oleh Mrs. Ilayes house mother yang tergarang dan paling dibenci oleh semua pelajar.



Di asrama lelaki, kami ada kelonggaran sedikit. Setiap petang selepas minum petang, kami boleh sama ada mahu atau tidak ke taman permainan. Kami boleh buat benda lain. Dan kami boleh makan nasi dengan tangan. Di asrama Waron tak boleh o! Semua kena makan dengan sudu dan garpu.



Di bulan puasa pula, ada beberapa pertukaran. Ada budak waron lelaki akan datang di asrama lelaki sama ada tingkat bawah atau atas, ada pelajar asrama lelaki tingkat bawah pindah ke tingkat atas untuk tidur. Salah seorangnya ialah aku. Aku dipindahkan ke tingkat atas dan tidur di katil Silatulrahim Dahaman yang masa tu, darjah lima. Keadaan ini, hanya berlaku di bulan puasa sahaja.



Pada penghujung tahun 1982 iaitu masa cuti panjang dah hampir, kami penghuni tingkat bawah asrama lelaki dan penghuni asrama Waron telah dibawa berkelah di tepi pantai. kami menginap di sebuah banglo.



House mother yang ikut ialah Mrs. Koh, Miss Chai Gaik, Miss Sarah, mrs. Rajan dan kak Mariam. Kami pergi pada petang Isnin dan balik pada petang hari Selasa.



Semasa aku darjah satu dan dua R, aku sekelas dengan Chew Siew Eng dan juga Leong Mei Fong yang sekarang bernama Sakinah. Tapi, kami tak rapat. yang sekelas dengan aku lagi ialah arwah Sarimah, Awrah Norhisham dan Norashikin Abdul Aziz. Norashikin ni, dah kahwin dah.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog