Sabtu, Februari 02, 2008

Kenangan di St. Nicholas Home bahagian dua


Ok, sambung lagi untuk bahagian dua.



Rupanya penjual roti ban yang bermotor masih lagi datang ke St. Nicholas pada setiap malam. Dari semenjak aku darjah satu, dia dah datang. Dan barangan yang sama dia jual iaitu roti ban dan makanan-makanan ringan yang lain seperti keropok dan mami.



Semasa aku berkursus komputer di sana, masih ada lagi Sekolah Rendah Kebangsaan St. Nicholas. Tapi muridnya dah mula berkurangan sebab masa itu, sekolah tersebut sedang dalam proses berpindah ke Alma Bukit Mertajam.



Jadi bila roti Ban datang pada tiap malam, kelihatanlah cikgu-cikgu yang keluar untuk beli. Cikgu-cikgu ada yang tinggal di asrama yang disediakan. Antara yang masih kekal dalam ingatanku ialah cikgu yang bernama Shayang. namanya amat unik buatku. Dia dah kahwin rasanya sekarang ni.



Pada pertengahan bulan Mac, kami para pelatih telah pergi menghadiri satu jamuan yang dianjurkan oleh satu pertubuhan agama islam. Dah tak ingat dah nama pertubuhan tu. Tapi di situ, memang mejoritinya adalah orang-orang yang baru atau dah lama memeluk islam. Wah, makanan di sana memang hebat sekali dong.



Kami pergi dalam lebih kurang jam tiga petang dan balik pada kira-kira lebihkurang jam enam petang. Majlis itu begitu meriah sekali. Makan pun, kenyang bukan main lagi. Wah, puas hati o!



Semasa kami dalam kursus juga, ada program pertukaran pelajar-pelajar buta antara Malaysia dan UK. Jadi, adalah beberapa pelajar dari UK yang telah datang dan menginap di asrama St. Nicholas. Mereka tinggal di bilik tetamu.



Ini ada satu perkara. Di suatu malam, semasa kami duduk berehat di bilik, pintu telah diketuk oleh seseorang. Lalu, Asri pun pergilah membukanya. Seorang mat salleh telah terpacul di depan pintu. Dia bercakap sesuatu dengan Asri. Asri pun masuklah ke bilik mandi. Pada masa itu, Rosmin sedang mencuci pakaiannya.



"Wey Min, hang mai keluak sat." "Aku tak pahamlah orang putih ni cakap apa." Beritahu Asri pada Rosmin. "Wey hang gilakah Asri, aku dok pakai seluaq pendek." "Dahlah berlomoih dengan sabun, aku dok cuci baju." Beritahu Rosmin.



"La, hang mailah keluak sat, aku tak paham orang putih ni cakap apa." Pinta Asri. "Wey, mana boleh?" "Hang gilakah, aku tengah dok berlomoih dengan sabun ni." Ulang Rosmin.



Asri pun keluar semula dan menuju ke pintu bilik kami. Orang putih itu sekali lagi bercakap sesuatu pada Asri. Dengan pantas, Asri menuju semula ke toilet.



"Wey Min, hang mailah keluak sat, aku tak paham orang putih ni cakap apa oi." Asri meminta. "Wey! Mana boleh, aku dok berlomoih dengan sabun." "Hang tanyalah, dia mau apa." "Aku dok cuci baju, dok berlomoih dengan sabun." Rosmin berleter.



"Ok, never mine." Kedengaran orang putih itu berkata dan menutup pintu bilik. Orang putih itu telah beredar dari situ. Dan menurut Yusuf, orang putih itu sebenarnya nak tahu di manakah Pitza Hart.



majlis malam perpisahan untuk pelajar UK telah diadakan pada hari Khamis, malam Jumaat. Tarikh dan bulan dah tak ingat. Ianya diadakan di salah sebuah hotel yang terkenal di Batu Feringgi. Nama hotel pun dah lupa.



Semasa lagu-lagu melayu dimainkan, orang-orang putih tu duduklah macam orang bodoh. Tapi, bila lagu "I Just call to say i love you" dimainkan, wah bersemangatlah orang putih tu. semua. Makanan pun bolehlah tahan. Maklum sajalah makanan hotel.



Pada keesokan harinya, mereka yakni pelajar-pelajar dari United Kingdom ni pun dah nak balik. Mereka dihantar ke stesen kereta api. Rosmin dan Yusuf pergi ikut sekali. Mereka pergi lebih kurang jam sebelas pagi.



Pada lebih kurang jam dua setengah petang, mereka berdua pun baliklah. "Eee'eee'eee'eee'eee! Aku tak maulah jadi orang putih." Tiba-tiba kedengaran Rosmin berkata. "Apalah, cium-cium pulak." Rosmin berleter. "Ha tulah, tengok si Gina tu, sekejap orang ni cium, sekejap orang tu cium." "Heee'eee'eee! Geli betullah." Yusuf pula menokok.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog