Rabu, Ogos 06, 2008

monalisa, gadis yang tabah, cekal dan tegas

Hello, sudah agak lama aku tidak kemas-kini blog ni.  Maklumlah, sibuk bercampur malas punya pasallah ni.  Apabila ini berlaku, maka, akan tak terkemas-kinilah blog aku ni.

    Dan sekarang, ingin kuceritakan tentang persahabatanku dengan seorang gadis asing.  Monalisa bukan nama sebenar.  Beliau bukanlah orang tempatan.  Beliau orang asing.

 

    Aku mengenali Monalisa melalui skype.  Beliau seorang gadis yang peramah dan riang.  Sentiasa ketawa.  Pendek kata, sentiasa happy.  Susah untuk menjumpai gadis seperti ini.

 

    Rupanya, Monalisa seorang gadis yang peramah.  Kami berbual panjang dan bertukar-tukar fikiran.  Dan kebetulan pulak masa tu, talian di skype tidaklah berapa elok.

 

    Namun, di sebalik kegembiraan Monalisa, terselit kepiluan di hatinya.  Pilu memikirkan sikap keluarga di negara asal yang meminggirkannya kerana beliau adalah seorang yang cacat penglihatan.  Menurut Monalisa, ibunya pernah merungut bahawa kehadiran beliau ini menyusahkan.

 

    menurut cerita Monalisa lagi, semasa dia di sekolah rendah, dia selalu kena denda akibat datang lambat ke sekolah.  Dan pada masa itu, diskriminasi terhadap orang cina di negara beliau agak teruk.  Beliau selalu kena berdiri berjam-jam di luar kelas.

 

    Namun, Monalisa seorang gadis yang cekal dan tabah.  Beliau mengharungi penderitaan ini dengan penuh ketabahan.  Dan akhirnya, beliau berjaya ke universiti di negharanya.

 

    Beliau juga mempunyai seorang teman lelaki.  Tapi malangnya, teman lelaki itu meninggalkannya sebab keegowan lelaki itu.  Teman lelakinya mahukan Monalisa supaya melupakan hasrat dan cita-citanya dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada beliau.  Tetapi, Monalisa tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan cita-cita murninya itu.

 

    Aku berasa simpati mendengarkan kisah kehidupan Monalisa itu.  Di sebalik simpatiku itu, aku juga berasa amat bangga dengan sikap dan ketegasan Monalisa demi mencapai cita-citanya yang tinggi itu.

 

    Kami berdua saling bertukar-tukar pengalaman dan saling nasihat-menasihati di antara satu dengan yang lain.  Monalisa seorang gadis yang jujur dan sudi mendengar masalahku.

 

    Itulah kisah Monalisa.

2 ulasan:

Unknown berkata...

eh, sipa tu Monalisa? boleh bagi aku kenai kah encik?

ha, apa masalah hang yang hang cerita pada dia?

hang ambik la dia sebagai girl friend. ha, apa macam? ok tak?

Tai berkata...

Dia seorang gadis orang putih.





Arkit blog