Ahad, Oktober 05, 2008

Kotakan ikrarmu Tsu Koon.

Sekarang, mari kita baca petikan ini.  Ianya dipetik dari Utusan online.

 

Tsu Koon ikrar kuatkan BN

Oleh ROHANI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang memenangi jawatan Presiden parti itu tanpa bertanding hari ini berikrar untuk berganding bahu bersama rakan-rakan lain di luar Gerakan bagi membina semula kekuatan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang memangku jawatan berkenaan sejak 8 April tahun lalu berkata, sokongan yang diberikan ahli-ahli Gerakan kepada beliau merupakan satu komitmen dan tanggungjawab besar.

"Saya sedar perjalanan ini penuh rintangan dan cabaran. Dengan sokongan ahli-ahli Gerakan, saya yakin mampu menghadapi dan mengatasi segala cabaran tersebut.

"Selepas pemilihan parti minggu depan, saya akan bekerjasama dengan kepimpinan dan ahli Gerakan untuk membentuk pasukan Gerakan yang penuh semangat dan bertenaga untuk bergerak ke hadapan demi rakyat Malaysia,'' katanya ketika mengulas kemenangannya itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas waktu pencalonan dan bantahan ditutup untuk semua jawatan parti itu di ibu pejabat Gerakan di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini hari ini.

Pertandingan bagi pemilihan parti Gerakan minggu depan menyaksikan pertandingan satu lawan satu untuk jawatan Timbalan Presiden iaitu antara Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn dan pemimpin Gerakan dari Kuala Lumpur, Ma Woei Chyi.

Untuk pertandingan jawatan Naib Presiden yang memperuntukkan tiga kerusi, Gerakan menerima 10 pencalonan termasuk calon Melayu tunggal iaitu Dr. Arsharuddin Ahmad.

Pencalonan bagi 18 anggota jawatankuasa pusat Gerakan pula menerima 40 nama dengan empat daripadanya, iaitu 10 peratus, calon adalah wanita.

Tsu Koon berkata, jumlah pencalonan yang tinggi untuk pelbagai jawatan dalam parti itu menunjukkan minat dan kepercayaan ahli kepada parti dan komitmen mereka untuk berkhidmat.

"Saya mengalu-alukan semangat ini dan ia merupakan perkembangan positif yang amat menggalakkan.

"Calon Melayu bagi jawatan Naib Presiden adalah satu perkembangan yang positif dan menjadikan Gerakan lebih berbilang kaum,'' katanya sambil menambah sejak tahun 1990-an calon Melayu hanya bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat.

Persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan minggu depan akan menyaksikan seramai 2,081 perwakilan yang layak untuk memilih Timbalan Presiden, Naib Presiden dan 18 anggota jawatankuasa pusat parti itu.

 

Kalau itu yang dikata, harap Tan Sri dapatlah mengotakan apa yang telah Tan Sri ikrarkan itu.  Ingatlah, janganlah kita bersahabat dengan seseorang ketika mana orang itu berada dalam senang, kukuh dan mantap.  Tetapi, apabila orang itu jatuh tersungkur, kita tinggalkannya dengan pelbagai alasan.

 

Ingatlah, apabila kita setia, ikhlas dan jujur dalam persahabatan, tuhan akan membalas kesetiaan, keikhlasan dan kejujuran kita itu.

0 ulasan:





Arkit blog