Sabtu, November 22, 2008

Akhirnya bertanding jua

Dan akhirnya, tok Sharizat isytihar nak cabar boss dia Tan sri Rafidah.  Bagus tok.  Inilah yang dikatakan keberanian.  Berani menyahut dan mendengar pendapat rakyat-rakyat bawah.  Tahniah.

 

Tan sri dalam statement yang disiarkan kat buletin utama kata, dia kecewa dengan plan peralihan yang telah dipersetujui tetapi tidak menjadi.  kepada Tan sri, manusia hanya merancang, tapi, tuhanlah yang menentu segalanya sama ada benda tu nak jadi atau pun tidak.  Tan Sri janganlah berasa kecewa.  Anggaplah ini sebagai takdir serta qada dan qadar dari yang maha esa.

 

Fikirlah hikmah di sebalik semua kejadian ini.  Mungkin ada kebaikannya apa yang menimpa ke atas Tan sri ini.  Usahlah Tan sri berasa kecewa dan gundah gulana di atas semua yang terjadi ini.

 

Lagi pun, Tan Sri harus inggat, parti lebih penting dari individu.  Ini pun Tan sri pernah kata bukan?  Oleh itu, kata harus dikota.  Demi kerana parti dan ahli-ahli Umno yang inginkan perubahan, maka, Tan sri haruslah memberikan suatu pengorbanan buat parti.  Tak rugi kalau berkorban.

 

Mereka yang hendakkan perubahan, bukannya sudah tidak suka pada Tan Sri.  Mereka juga tahu jasa Tan sri terhadap Umno selama ini.  Cuma sekarang, mereka mahukan orang baru untuk meminpin.  orang baru dengan idea-idea yang baru dan segar.

 

Kepada Tok Sharizat pula, bertandinglah mengikut saluran yang betul.  Ingat, kalau dah rezeki akan menang jawatan ketua wanita, rezeki takkan ke mana.  Tuhan yang menentukan segalanya.  Pesanan ini juga ditujukan kepada semua yang nak bertanding jawatan.  Ingat, kalau bertanding secara tak sihat, jawatan yang dipegang nanti tidak halal.  mahukah kita bagi anak keluarga kita makan duit haram?

 

Selamat berjaya tok Sharizat dan terima kasih Tan sri Rafidah atas jasa Tan sri selama di Umno.  menang atau kalah, terima sajalah nanti demi kerana parti.

0 ulasan:





Arkit blog