Isnin, November 17, 2008

Bahasa melayu terkenal di China dan dunia

Pada hari Khamis yang lalu, penulis telah mendengar siaran Radio Antarabangsa China atau pun rengkasnya, CRI.  Dan, salah satu rancangannya ialah tentang pengajaran bahasa melayu di institut pengajian di China.

 

Kini, bahasa melayu sudah mula terkenal di negara China.  Ramai yang berminat hendak mempelajari bahasa kebangsaan negara kita kerana kata mereka, bahasanya mudah dan mereka ingin mempelajari dengan lebih dekat tentang orang melayu.

 

Apa yang mengagumkan saya ialah salah seorang profesor di sana, begitu fasih sekali berbahasa melayu.  malah, lebih fasih 100 kali ganda daripada orang cina di negara kita Malaysia.  Malahan, ada orang cina di negara kita ni, langsung tak boleh nak berbahasa melayu.

 

menurut profesor tersebut, beliau akan cuba sedaya-upaya menolong institut pengajian di sana yang ingin memulakan pengajian bahasa melayu.  Beliau begitu bersemangat sekali untuk mengembangkan bahasa melayu di China.  menurut beliau, bahasa melayu juga sudah mula terkenal di serata pelusuk dunia.

 

Nah pembaca sekelian, lihatlah.  Orang luar begitu sekali menyanjung dan kagum serta bersemangat ingin belajar dan memperkembangkan bahasa melayu.  Tetapi orang negara kita?  Sudah terbalik.  Ingin sekali menjatuhkan mertabat dan maruah bahasa kebangsaan kita.  Mereka lebih membanggakan bahasa asing daripada bahasa kebangsaan sendiri.  mereka dengan beraninya menyatakan bahawa untuk maju, bahasa asing harus diutamakan.  Apakah dengan bahasa kebangsaan, kita tidak boleh maju?

 

Ya benar.  Tak salah belajar bahasa asing untuk kemajuan.  Tetapi, janganlah kerana kemajuan, maruah dan mertabat bahasa kebangsaan hendak dijadikan korban dan bahasa asing pula yang hendak disanjung dan dipuja.  Pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang segera untuk menghapuskan anasir-anasir yang tidak sihat ini.

0 ulasan:





Arkit blog