Ahad, November 30, 2008

Orang buta dan laman web.

Seperti mana yang diketahui, orang buta kini telah boleh mengaccess komputer dengan bantuan perisian khas yang dipanggil pembaca skrin atau pun, screen reader.  Walau pun begitu, masalah tidak selesai sepenuhnya.

 

Ramai yang masih belum tahu lagi masalah-masalah yang kami hadapi apabila melayari laman-laman sesawang di alam cyber ini.  Banyak laman sesawang yang amat sukar kami layari.

 

  • Laman web yang punya flashing atau animasi.

Apabila sesuatu laman itu punya animasi dan flashing, maka amat sukar bagi kami untuk mengaccess lelaman tersebut.  Ini adalah kerana, perisian screen reader akan menghadapi masalah untuk membaca kerana lelaman tersebut bergerak-gerak.  Ini boleh menyebabkan perisian screen reader hang atau pun melambatkan komputer.

 

  • Lelaman grafik dan gambar.

Lelaman ini akan juga menyebabkan perisian screen reader sama ada sangkut atau hanya mendiamkan diri dan hanya menyebut nombor-nombor grafik atau pun extention gambar tersebut contohnya .jpg.

 

  • Laman bersuara.

Apabila memasuki laman bersuara contohnya, blog-blog yang punya lagu atau suara-suara yang lain, apa akan berlaku ialah, kami tidak dapat mendengar apa yang perisian screen reader bacakan.  Sebab itu, amat payah bagi kami jika terjumpa laman-laman seperti ini.

 

  • Laman chat.

Kami tidak boleh memasuki laman chat kerana lelaman tersebut sentiasa refresh apabila chat masuk.  Apabila keadaan ini berlaku, perisian screen reader akan menjadi slow respons, atau pun hang.  kalau tidak, perisian Internet Explorer atau Firefox yang akan jadi error.

 

Jadi, itulah serba sedikit tentang permasalahan orang buta ketika melayari laman-laman web seperti yang dinyatakan di atas.

8 ulasan:

Pewaris Melayu berkata...

aduhai..
kalau macam tu
payahla saudara nak layari blog-blog peribadi yang lain ya

Tai berkata...

Ya betul. Tapi kalau blog tu ada text dan sedikit saja gambar, ok lah.

Melayu - Kini
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Orang buta dan laman web.
" anda:

aduhai..
kalau macam tu
payahla saudara nak layari blog-blog peribadi yang lain ya

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Simpati kepada masalah orang buta seperti Sedingin Salju

Tetapi Sedingin Salju ini terang hatinya

Apakata Sedingin salju,Lekir seru Sedingin Salju kepada Islam?

Tai berkata...

haha, itu saya tiada komen.

Luth Textile berkata...

tak mungkin saya rasa ariff shah nak menyeberang,encik...
khabar palsu tu

Tai berkata...

ya, harap gitulah encik.

Luth Textile
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Orang buta dan laman web.
" anda:

tak mungkin saya rasa ariff shah nak menyeberang,encik...
khabar palsu tu

Taminsari berkata...

Saya kagum dengan cara Sedingin Salju mengendali laman blog. Walau pun serba kekurangan, tetapi saudara peka dengan suasana senario politik negara. Maksud saya saudara peka dengan keadaan semasa. Terima kasih kerana berjuang bersama kami. Selamat berjuang BPN.

Taminsari

Tai berkata...

Saya berjuang kerana ada di kalangan oku juga sudah melupai sejarah dan termakan hasutan anasir yang tidak bertanggungjawab.

Taminsari
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Orang buta dan laman web.
" anda:

Saya kagum dengan cara Sedingin Salju mengendali laman blog. Walau pun serba kekurangan, tetapi saudara peka dengan suasana senario politik negara. Maksud
saya saudara peka dengan keadaan semasa. Terima kasih kerana berjuang bersama kami. Selamat berjuang BPN.

Taminsari





Arkit blog