Selasa, Disember 23, 2008

Apa dah jadi dengan RTM?

Aha, bekas Mufti perlis ada buat album puisi dan khabarnya lirik-lirik semua dia tulis sendiri.  Tahniahlah buat beliau.  Sungguh mengkagumkan.

 

Tapi, tak taulah apa pasai tak semena-mena RTM ada haramkan salah sebuah lagu puisi ciptaan beliau.  lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa.  Khabarnya, lagu ini ada kaitan dengan mereka yang mengamalkan rasuah.

 

Bagi penulis, lagu ini tidak menyentuh mana-mana ahli politik atau parti politik.  Lagu ini ditulis secara umum.  jadi, apa pasai RTM nak haramkan?  RTM sebagai stesen radio dan tv yang tertua negara, seharusnya bertindak matang dan terbuka.  Jika RTM hendak dipandang tinggi dan hendak menarik ramai pendengar dan penonton, ubahlah cara bekerja dan cara pemikiran yang sempit ini.

 

Jadi adalah diharapkan menteri penerangan dapatlah kiranya menarik balik pengharaman lagu ini.  Penulis yakin, bekas mufti Perlis Indera Kayangan ini, matang dalam setiap penulisan lagu puisinya.  Penulis juga yakin, bekas mufti Perlis ini tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

 

Kepada rakan-rakan BPN, marilah kita mendesak menteri penerangan supaya meluluskan semua lagu ciptaan bekas mufti Perlis Indera Kayangan ini.

4 ulasan:

Fazrulls berkata...

Salam,

Ada 2-3 rangkap ni terkena batang hidung pak2 menteri...

bak kata pepatah, siapa makan cili dialah rasa pedas.so buat pa nak melatah.. ini akan lebih menonjolkan kesalahan anda..

Salam

Tai berkata...

Sama ada terkena batang hidung atau tidak, dia tak boleh gam lagu tersebut. Sebabnya, lagu tersebut punya mesej. mana ada manusia yang sempurna.

CaBaiKeRinG berkata...

depa haramkan pasai depa sendiri terasa lah...

Tai berkata...

habeh depa mengaku depa telus dalam penyiaran ha, la ni depa dah sengetkah? kalau kena kat depa, tak boleh jugak haram. Bangang betoi.





Arkit blog