Sabtu, Januari 31, 2009

Cerita raya.

Wah, hari tu dok bising nak raya cina.  ha la ni, raya cina dah masuk hari keenam.  Wah, cepat sungguh berlalu no?  Pejam celik, dah pun hari keenam.

 

masa malam raya, aku jadi tak sihat.  jam satu pagi, aku dah tidok selepas ber-sms dengan kawan.  hari pertama macam tak raya.  Aku akan bukaq komputer dan layari internet.  Takdak internet sehari, aiyo, banyak leceh o.

 

Hari tu tak banyak orang online kat skype.  maklumlah, semua pakat balik kampung pi raya.  Ah tak apalah, lantaklah pilah kat depa yang nak pi beraya tu.  Yang penting, aku dapat on internet.  Windows Live messenger dan yahoo messenger jugak takdak ramai yang online.

 

Mai pulak raya kedua.  ha hari tu, dok sibuk memperbetulkan laptop seorang kawan dari Johor yang aku panggil makcik.  Namanya, Namila Devi.  Sebenarnya, dari semalam lagi dok kerja perbetulkan laptop anak dara tua sorang ni.  Tak taulah siapa yang gatai tangan pi tolong update windows kat dia, habis internet explorer punya settings dah lari.  Gatai update tapi tak reti nak atur balik settings tu.  Dan akhirnya, settings berjaya diatur balik.

 

lepas tu, tolong pulak sorang lagi.  Tolong buat blog pulak.  Nama kawan ni, kak Rosnah.  Ha ni lagi sorang.  Suka dok panik.  Suka dok main tekan windows M.  Suka nak buka banyak windows kat komputer dia.  Orang dah pesan, jangan dok bukak banyak windows kat komputer pasai nanti jaws boleh hang atau sendiri yang tersesat nanti.  Tapi, ketegak.  Taknak dengar.  Blog dia bernama Warna-warna hidup.

 

Dan akhirnya, siaplah blog kosong ni.  Dia ni dulu dah ada blog dah.  Tapi hilang, malas nak update.  Alasannya, banyak kerja.  lain kali kalau hilang, aku tak tolong dah.  Tu yang aku bagi tau dia.

 

Dan pada hari itu juga, salah seorang rakan penulis Lim Yewyi dah bertolak balik semula ke St.  Nicholas.  Dia bertolak pada sebelah petang.

 

Raya ketiga ni macam biasalah.  Semua dah start kerja.  Dan sepatutnya hari tu, aku nak pi bank nak ambik EPC.  Tapi, malaslah sebab takut satni takdak.  jadi, ditunda ke raya kelima sajalah.

 

Raya kelima, aku pi ambik EPC dan sekaligus pi update line celcom aku ke 3G.  Ha, line celcom aku dah jadi line 3G.

 

Itulah sepintas lalu cerita raya.

6 ulasan:

Pewaris Melayu berkata...

hai abang,
nak pakai 3g jugak ke

Tai berkata...

Apa nak buat, selalu tak leh terima mms dari orang encik.

Taminsari berkata...

Salam sejahtera..

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada saudara Sedingin Salju.

Taminsari

Tai berkata...

Tak pa, raya 15 hari.

amirul berkata...

Encik? encik sambut CNY ka? tak tau plak saya... mintak maaf no? Apapun Selamat Menyambut Tahun OX... minta2 banyak ONG. :)

Tai berkata...

ya, saya cina.





Arkit blog