Isnin, Januari 19, 2009

Sembang

Pada dua malam lalu, adalah seorang mak dara ni dah add i d skype penulis.  Dia ni pengendali blog jugaklah.  Dok kat Bukit Jamboi penang.  Wah, ni mai satu kapai ni.  Maka, penulis biasalah, hantam add sajalah peduli apa kan?  kalau tak berkenan di hati, penulis takkan segan-silu buang dia dari senarai i d kat skype penulis.  Ah peduli apa?  Maka, bersembanglah kami melalui papan kekunci.

 

Penulis telah bertanya pada beliau bahawa dia dah menikahkah belum.  Dia kata, dah menikah dan tiga kali dah dia jawab soalan penulis.  Alamak, terlupalah pulak.  Kami terus bersembang lagi.

 

Dia bertanya pada penulis adakah penulis berbangsa cina.  Penulis jawab ya.  Si mak dara ni, tak percaya.  Sebabnya, dia kata, penulis sokong sangat Umno.  Penulis bantai balik.  Habis, mestilah sokong Umno, takkan DAP yang mengarut dan suka nak menghuru-harakan keadaan kot.  Dia jberitahu, dia lagi tak percaya penulis cina sebab penulis begitu anti pada DAP.  penulis bantai balik, ya memang aku anti DAP.  Anti sangat-sangat.  mengarut.  Suka mementingkan diri, tak hormat tuan tanah.

 

Kemudian, si mak dara ni mintak pulak gambaq penulis.  nak tengok katanya.  ha, tak apalah, maka, penulis pun tempellah gambaq penulis tu kat skype.  Si mak dara ni mintak komen tentang blog dia tu.  penulis pun bantai komen sajalah.  Penulis kata, bagoih tu encik.  mak dara ni kata pulak, laki dia kata tak berapa nak ok lagi.  Penulis kata, ok dah tu, cuma kena repair sikitlah.

 

Sembang punya sembang, dah jam 12:00 tengahmalam.  maka, komputer ditutup.

2 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam sejahtera..

Wah..seronok Sedingin Salju dapat berchating dengan blogger baru...Mak Dara lagi tu..Apa nama blog baru tu..? Adakah Mak Dara sudah percaya yang Saudara adalah berketurunan Cina yang kuat " semangat kemelayuannya "...

Tai berkata...

ha, blog tu ialah cabai kering. Ada kat list di blog saya.

Sama ada dia nak percaya atau tidak, lantaklah kat dia encik.





Arkit blog