Jumaat, Mac 27, 2009

Aha, ikutlah resipi orang cina.

Sekarang, semuanya dah tahu siapa yang menang dan siapa yang kalah.  Yang kalah, mungkin sedih dan yang menang, seronok.

 

Tapi, apa yang sungguh mengejutkan ialah kemenangan saudara Khairi jamaludin merampas jawatan KP Umno.  Sungguh mengejutkan dan ramailah yang tak boleh terima.

 

Sudah ada cakap-cakap tidak enak di blog-blog tentang kemenangan beliau.  Ramai yang meramalkan yang negetif.  Contohnya, tidak mendengar akar umbi, Umno tumbang dan sebagainya.

 

Bagi Ss, ini tidak baik.  Mereka seolah-olah membuka ruang pada pembangkang untuk menggunakan isu ini.  Mereka seharusnya ikut resipi orang cina.

 

Macammana orang cina boleh bersatu-padu dalam politik?  Sebabnya, mereka bersatu.  Lawan tetap lawan.  Tetapi, apabila perlawanan dah habis, yang kalah akan memberikan sokongan padu kepada yang menang.  Barisan akan dirapatkan semula.  Tiada lagi lawan.  Semuanya kawan.

 

Itulah sebab mengapa orang cina, boleh bersatu-padu dalam segala hal.  jadi, jangan hairan kalau politik tidak sealiran, namun, kalau soal bangsa, cina boleh bersatu.  Itu, jangan hairan.  Itulah resipi perpaduan orang cina.

 

Tapi, melayu tidak ikut resipi itu.  Melayu penting diri, pangkat dan jawatan.  Bila kalah, tak mahu bekerjasama dengan yang menang.  melemparkan segala macam tuduhan lainlah kalau ada bukti.

 

Orang melayu harus ingat, inilah sahaja satu-satunya tanah melayu di nusantara.  Kalau tanah melayu ini dah jatuh ke tangan yang bukan hak, apa akan jadi pada melayu?  mana lagi melayu nak pergi?

 

hendak mengharapkan siapa lagi untuk membela orang melayu?  Pas?  Tak mungkin.  PKR, tak mungkin.  DAP?  Tobatlah.  Dok jaga dia saja.

 

Ingat, melayu sekarang di persimpangan dilema.  Orang sudah mula berani mempermainkan melayu.  Raja dan sultan dicerca, apabila melayu bercakap tentang hak, mereka dikatakan races.  Adakah salah mereka orang melayu bercakap tentang hak-hak mereka?  Dan kepada mereka yang tak senang dengan semua ini, Ss nasihatkan, sila pergi baca sejarah Malaysia.  Baca dan fahamilah dengan mendalam.

 

jadi, kepada yang kalah dalam pemilihan, masih ada tanggungjawab yang menanti.  Ingatlah, jangan biar melayu merempat di tanahair sendiri.

9 ulasan:

QasehNuryz berkata...

Salam sejahtera SS,

Resepi yang menarik.
Melayu yang kita nampak sekarang sedang berpecah kepada puak sana,puak sini.
Kata menyokong UMNO,tapi dalam masa yang sama mereka memberi ruang kepada pihak lawan untuk melagakan pemimpin dalam parti.
Yang sudah tu sudahlah.Terima saja keputusan dan sama-sama berjuang untuk kebaikan parti.

Blogger pro kerajaan turut memainkan peranan,Jangan 'simbah minyak pada api yang sedang marak' dek kerana terlalu taksub dengan seseorang pemimpin..

Jumayatara berkata...

Yang menang Tahniah
Yang kalah cuba lagi...


Uji Minda anda : Dimanakah maksud ayat dibawah ni biasa disebut-sebut??

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Tai berkata...

ya QN. Itulah yang diharapkan.

Tai berkata...

Tok Mudim, yang tu tak tau pasai tak belajak lagi. Ayat tang mana tu?

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Benar kata saudara, adat bertanding, ada yang menang, ada yang kalah. Yang menang usah lupa diri, yang kalah usah putus asa.

Namun apa yang paling penting adalah perpaduan dalam organisasi. Selesai sahaja bertanding, amatlah perlu untuk merapatkan jurang perhubungan untuk meneruskan perjuangan yang murni.

Keutuhan dan keperkasaan diri perlu wujud dari dalam yakni dari peringkat akar umbi.

"MEMPERKASA GENERASI BARU"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Permaidani Dunia berkata...

Salam buat semua,

tok mudim,

tue bacaan dalam solat..

bacaan ketika duduk diantara dua sujud..

blogresipi.com berkata...

Padat dan bernas nasihat saudara

Tai berkata...

Ya, sangat tepat sekali pemuda IKS.

Tai berkata...

jadi, perkukuhkanlah Umno.





Arkit blog