Selasa, Mac 31, 2009

Corat-coret

1.  Pemilihan selesai.

Ha, pemilihan Umno selesai sudah.  KJ menang.  Mukhris kalah.  Jadi, apa nak kata?  Tak apa, yang kalah, tetap menang dan yang menang, jangan lupakan yang kalah.

 

Kepada Mukhris, Ss tahu, anda seorang yang matang.  Anda menerima kekalahan dengan terbuka.  Tetapi, janganlah pecahkan Umno.  Harus diingat, Umno adalah wadah perjuangan orang melayu khususnya dan malaysia amnya.  Kepada para penyokong Mukhris, rapatkanlah barisan semula.  Yang kalah, bukan kalah kesemua dan yang menang, bukan menang kesemua.

 

Kepada KJ, janganlah mengetepikan yang kalah.  Rapatkanlah barisan pemuda Umno kembali.  Bekerjalah dengan jujur dan ikhlas demi bangsa, negara dan juga, demi parti Umno dan BN.

 

Ingat no, kami sekarang dah ada pelajaran, tak macam dulu.  Oleh itu, jangan sesekali hang main dengan wang.  Pemuda tidak akan membiarkan politik wang berleluasa.  hang bernasib baik sebab menang.  jadi, buktikan kejujuran hang.

 

Sekarang ini, buatlah kerja.  Dan di sini Ss ingin meminta supaya, dampingilah pemuda oku.  Ingat, kami ada kehebatannya yang tersendiri.  Oleh itu, jangan ketepikan kami warga oku.

 

2.  Tahniah kak Ijat dan kak Ros.

Aha, tahniah kepada wanita Umno dan puteri sebab dah dapat ketua baru.  Bekerjalah dengan lebih kuat untuk memantapkan lagi wanita dan puteri Umno.

 

Dan, Ss juga ingin meminta kedua-dua akak ni, dekatilah golongan wanita oku.  Ss tahu kak Ijat pernah memegang pot folio yang ada kaitan dengan warga oku semasa dalam kerajaan.  Oleh itu, dekatilah warga oku.  Dan ingat ya, warga oku punya kehebatannya yang tersendiri.  Kalau dapat, bawalah mereka masuk ke wanita Umno, beri mereka peluang untuk berkhidmat kepada parti Umno.  Ingat ya, dalam parti pembangkang, ada warga oku pegang jawatan walau pun kecil.  Oleh itu, Umno harus berbuat begitu.  Ingat, jangan biarkan pembangkang mempengaruhi warga oku untuk menyokong mereka.

 

Kepada kak Ros juga sama.  Dekatilah puteri oku.  Oku juga punya kehebatannya yang tersendiri.  Janganlah dipinggirkan mereka.

 

3.  Tahniah presiden dan timbalan presiden baru Umno.

Inilah perubahan.  Semua sudah bertukar.  kepada mereka berdua, dekatilah golongan oku ini.  janganlah meminggirkan kami semua.

 

4. Jom undi.

Wah, 15 calon bertanding kat satu tempat pilihanraya.  Apa cerita?  Inilah Malaysia.  penuh dengan demokrasi yang selalu disalahguna oleh mereka yang suka ambik kesempatan.  Pilihanraya kat malaysia ni meriah macam sambut raya.  Tu yang best.

 

5.  Sabarlah oi!

Ni apa cerita ni.  Wartawan asyik tanya pak Lah bila nak letak jawatan.  Ni sah sang wartawan ni tak dengak ucapan penggulungan pak lah masa persidangan agung Umno Sabtu lepas.  2 April ni, dia nak pi jumpa Agung dah.  Tu pun tak dengakkah?  Wartawan apa hang ni?  Balik duduk rumahlah.

 

6.  Gosip.

Ada orang kata, TDM masuk hospital jantung sebab anak dia Mukhris kalah dalam pemilihan ketua pemuda.  Ada orang kata lagi, beranikah mahathir nak mai perhimpunan agung Umno pasai anak dia dah kalah?  Tiba-tiba, Sabtu lalu, bila TDM mai perhimpunan agung dan bersama-sama dengan Pak Lah dan najib, ha, terduduk depa.  Padan muka.  Bodoh.

 

Ada orang kata, Najib tak lamalah jadi perdana menteri pasai dia ada terlibat dengan kes pembunuhan wanita Monggolia.  Ada buktikah?  kalau tak ada bukti, jangan pandai cakap.  macam takdak sekolah saja.

 

habis.

4 ulasan:

PemudaGagasan berkata...

Salamz...

laa tak habih lagi ka nak ngulas pasal PAU tu...hahahaha

skang bukan masa tuk mengulas, skang masa tuk kita perati sekoq sekoq depa yang dipilih tu buat kerja ka idak.

hahahaha

Tai berkata...

Tak apalah pemuda, sekadar corat-coret saja haha.

Jumayatara berkata...

SS
Saya minta maaf. Saya menyayangi setiap ihsan dibumi bertuah ini.



_________________________

Tai berkata...

Oh tukah encik, sayang semua no?





Arkit blog