Selasa, Mac 10, 2009

Luahan hati Pak Samad kepada seorang wartawan tentang himpunan bantah PPSMI

Disalin dari blog Perakbangkit.
 
Pak Samad dikatakan kecewa kerana perhimpunan yang sepatutnya diisi roh menjulang martabat Bahasa Melayu telah bertukar ganas menjadi perhimpunan haram dan ganas. Beliau kesal kerana mereka yang datang berhimpun lebih mementingkan amarah bernafsu sedangkan misi yang ingin dibawa adalah misi yang sopan pekerti mulia.

Sesungguhnya Pak Samad amat kecewa. Beliau juga menyelar tindakan sebahagian besar puak yang datang sepatutnya untuk memberikan sokongan telah menjadikan perhimpunan tersebut sebagai alat politik dan seterusnya mengkudakan perhimpunan itu. Tidak sepatutnya dalam nak menjulang bahasa penuh marwah, kata-kata kesat dan penuh lucah dilaungkan dan dilemparkan di sana sini.

Mana niat jujur mereka? Telah Pak Samad penuh kecewa. Mungkin inilah kali terakhir buatnya untuk berlarak dalam perhimpunan yang besar. "Orang Melayu" masih tidak faham beza antara politik dan perjuangan tulin. Beliau menyelar kelompok penyokong PAS dan PKR yang bersikap melebih-lebih berbanding mereka (yakni, para pejuang Bahasa) yang lebih bersahaja.

Pak Samad juga kecewa kerana Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan untuk menolak PPSMI hanya menghadirkan ahli mereka yang Melayu sahaja. Tiada langsung batang hidung orang Cina dan India. Beliau amat khuatir sekali. Nanti bila kerajaan bersetuju untuk menghapuskan PPSMI, akan bangkit pula DAP dan HINDRAF yang menyatakan penentangan kepada kerajaan kerana menghapuskan PPSMI.

Akhirnya Pak Samad amat faham bahawa orang politik pembangkang memang tak berguna. Semua benda dipolitikkan. Sebahagian akan belakon menolak PPSMI dan sebahagian pula nanti akan berlakon untuk menyelar kerajaan menghapuskan PPSMI.

Pak Samad? Bilakah lakonan mereka akan berakhir? Jawab Pak Samad pula.... Nun di pergunungan murka, kita terasak datang.... mencari peta dan jawapan..... bisik Pak Samad kepada wartawan itu.
 
Ulasan Ss.  Pak Samad, sedarlah pak Samad bahawasanya inilah wajah sebenarnya PR.  mereka sanggup mempolitikkan apa sahaja demi keuntungan mereka.  Apa nak jadi dengan golongan ini?  PPSMI tidak akan menghapuskan kewibawaan bahasa melayu yang hebat ini Pak.  Cuba Pak Samad lihat, negara China umpamanya, sudah punya universiti yang mengendalikan kursus bahasa melayu.  Dan, betapa hebatnya mereka bertutur dalam bahasa melayu.
 
Pak Samad dan rakan-rakan usahlah gusar.  Ss percaya, perlaksanaan PPSMI, tidak sesekali akan menjatuhkan maruah bahasa melayu ini.  Apabila orang melayu pandai berbahasa inggeris, maka dapatlah bahasa melayu itu diperkembangkan pak.  Inilah yang orang cina buat untuk memperkembangkan bahasa cina pak.
 
Untuk pengetahuan, orang cina, walau pun pandai dalam apa bahasa, namun, bahasa ibunda tetap di hati mereka.  Inilah sebabnya bahasa cina boleh berkembang cepat.  melayu juga, harus didik begitu.  Jangan biarkan mereka lemah inggeris.  Jangan biarkan mereka terus dipijak oleh bangsa asing.  Jangan biarkan mereka terus dihina.  Ingatlah, sudah ada usaha-usaha untuk mempertikai kuasa sultan dan raja.  Kena sedar ini semua.
 
Di mana melayu nak pergi lagi jika Malaysia sudah tidak dikuasai oleh melayu?  Sebagai seorang yang bukan melayu, Ss dapat perhatikan, melayu berada di situasi yang genting sekarang.  Ada virus melayu yang sanggup gadai maruah dan tanahair demi kerana politik.  Demi kerana jawatan dan pangkat.  Ada juga yang sanggup derhaka pada sultan dan raja.
 
marilah kita semua berjuang untuk memperluaskan lagi penggunaan bahasa melayu yang tercinta dan hebat ini.  Ingat, PPSMI adalah jalannya.  jalan untuk memertabat dan memperluaskan lagi penggunaan bahasa melayu ke seluruh dunia.  Tidak mustahil suatu hari nanti, bahasa melayu akan menggantikan bahasa inggeris.  Itu adalah impian Ss.

12 ulasan:

gotahlantun berkata...

EDEN STUJU DENGAN POST KAU BRO, AMAT TEPAT DAN BERSENDAPAT DENGAN CITARASA DEN.
TAHNIAH.

RUMAH PUN DAH BARU...HEHEHE..

add berkata...

kan bodoh namanya orang tua nak mampos ni...

Tanpa Nama berkata...

SALAM SS
AKHIRNYA PAK SAMAD AKUR ADANYA SUARA2 CELUPAR YG MENERIAK DGN KATA KESAT DAN NISTA SEWAKTU PERHIMPUNAN TERSEBUT. TP BAK KATA PEPATAH NASI DH JD BUBUR. PERKARA YG BERLAKU DH PUN TERJADI. DI HARAP PIHAK YG BERKAITAN DPT MEMBUKA MATA DAN BLH MEMBEZAKAN DIANTARA YG SAHIH DAN YG BATIL..WALLAHUALAM

Nistelro0y berkata...

kalau nak mereka2 cerita memang pandai..... a samad said sendiri dah menyampah ngan umno, nama je melayu tapi bacul....

petikan malaysiakini :

Bercakap kepada media selepas penyerahan tersebut, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

"Saya berjalan (ke istana), sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.

Tambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan melalui keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, katanya lagi, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang.

hellboy82 berkata...

ye...yang artis bodoh (Sharifah AMANi) tu kuar kenyataan " i feel silly to talk in malay" tu apa kejadahnye???? bapak dia tu keje KAT RTM..tapi anak bangang..hina bahasa bangsa sendiri.
tule rupa orng melayu tak sedar diri bila dah terror sngt ckp omputih..
tinggi diri tak tentu pasal..
masuk universiti pun takk.jd pelakun je..so ini membuktikan tak perlu ajar MATH & SCIENce kepada mELAYU dlm OMputih pun depa dah terror ckp omputih..aku orng kampung minat blajar dah jd ENGINEER pun skrng takde PPSMI masa tu..nasib aku baik kot..kalu tak merangkak-rangkak aku nak studi masa dulu..bukan terror OMPUTIH aku ni..cuma pandai mengira..entah2 kalu ada ppsmi masa dulu duk kmpng jela aku..tak minat omputih le katakan..JEPUN yang ckp omputih cam aku pun leh berjaya wat macam2..kita apa? wat PROTON?????proton pun dulu2 amik teknologi orng bang..kene orng MITSUBISHI ajar..tak reti RND sendiri..skrng dah celik kot..tu pun MOuld asal ciplak orng luar gak..tu psl bnyak problem..tolerance jauh beb ngn original mould..

Islam Tanpa Sempadan berkata...

bos sedingin salju, jemput ke blog saya

Tai berkata...

Memang betul kan? Sekarang ini, PPSMI adalah batu loncatan untuk memertabatkan bahasa melayu.

Tai berkata...

Ok. Bagi nama blog.

Tai berkata...

Encik, dulu dan sekarang dah banyak berbeza. Ingat jangan samakan dulu dan sekarang. Ss pun tak minat inggeris sebenarnya, tapi ini amat penting untuk kemajuan. mahukah melayu dipijak, dihina sebegitu rupa seperti sekarang?

Tentang artis tu, itu namanya tak sedar diri tu. Berlagak lebih.

Tai berkata...

Aha saudara Add, janganlah kata orang tua nak mampos sebab kita pun akan tua dan mampos jugak tu.

Sebenarnya, kita akui tujuan mereka baik, tapi sayangnya, mereka terlalu mengikut dan, biasalah, pembangkang akan eksploitasilah keadaan ini. Cara mereka kira ok tapi apa nak buat, tak mau fikir panjang. Bagi Ss, cara perundingan adalah lebih sesuai.

Tai berkata...

Nistelro0y, kenapa nak menyampah dengan Umno? Kita tengok, adakah PR nak mendaulatkan bahasa melayu? Mengapa mereka turut serta dalam isu ini? Tidak lain dan tidak bukan untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap pemerintahan sekarang. Kita lihat, adakah orang dalam PR itu pandai cakap Bm? Sudah dekat 50 tahun duduk di Malaysia, tapi bahasa melayu masih tidak fasih.

Tai berkata...

Saudara Jeffry, perkara yang dibuat mengikut emosi selalunya berakhir dengan kekecewaan.

Ss orang cina. Orang cina amat suka belajar bahasa lain selain bahasa ibunda mereka. Tapi, orang cina amat jaga bahasa ibunda mereka. masalah dengan orang melayu ni, bila dah tau bahasa orang, bahasa ibunda sendiri taknak diperkembangkan. Kemudian, ada yang terlampau fanatik kepada bahasa ibunda sendiri sehinggakan tak mau belajar bahasa asing. Inikah melayu yang nak jadi tuan kat Malaysia? melayu yang tak berani menerima cabaran untuk maju ke hadapan?

Sebab itu bila baca masalah kerajaan PR Perak yang kononnya kadang dalam mesyuarat exko depa cakap cina, Ss berpendapat, kalau ada melayu yang faham apa muslihat depa bila cakap bukan bm, dah tentu virus-virus ini dapat dibanteras. Ingat, permainan orang cina ni licik tau? Depa kalau boleh ngap, depa ngap saja. Tapi bukan semua.





Arkit blog