Jumaat, Mac 20, 2009

telefon khas bagi orang-orang buta?

Aha, Ss datang lagi. Tapi, kali ni, Ss menulis dengan menggunakan handphone pula.

Ada orang bertanya, adakah telefon khas bagi orang-orang buta? Yalah, supaya membolehkan ianya bercakap. Jawapannya, tiada. Apa yang kami pakai ni adalah telefon biasa saja. Cuma dalam telefon ini, satu perisian khas telah diinstall. Apabila perisian ini telah diinstall, maka, telefon ini akan boleh berkata-kata. Perisian itu dipanggil Talks. Ss tak berapa ingat alamat laman sesawang tu. Http://www.Talks.De/ kalau Ss tak salah.

Dengan adanya perisian talks ini, maka dapatlah kami menghantar sms dan juga mengetahui siapa yang membuat panggilan kepada kami. Teknovogi sekarang, dah canggih dah. Telefon pun dah boleh berkata-kata.

Tapi, buat masa ini, hanya telefon nokia symbian sahaja yang boleh diinstall dengan Talks ini. Bolehlah pergi baca keterangan ini di laman talks yang telah Ss berikan di atas.

Aha, sebenarnya, Ss tengah maintenance komputer. Jadi, Ss pun ambillah peluang untuk menulis dengan menggunakan handphone ni.

Ok. Jumpa lagi.
Mail ini telah dihantar dengan menggunakan telefon bimbit 6680 Nokia.

6 ulasan:

QasehNuryz berkata...

Ya,menarik kan SS.Saya ada talks dalam N73 saya ni.Seronok dengar handphone ni bising saja bila di tekan.Kita boleh disable Talks anytime.

Tanpa Nama berkata...

Encik, salah alamat tu. aku cuba masuk dan JAWS dah merepek dah entah bahasa apa. Bahasa Jerman kot...

Alamat sebenar untuk membaca lebih lanjut tentang talks ialah
http://www.nuance.com/talks/

Ali Abdullah berkata...

Wah Ss,

Renovate blog nampak.. hahaha. Aik, mana kucing besar? Yang kuning tu?

Betul ke, rasa-rasanya ada kot. Sebab zaman sekarang teknologi tu datang dalam berbagai bentuk keadaan dan kegunaan. Dunia teknologi HP itu tiada batasan. Cuma fulus itu saja yang jadi batasannya.

Kawan pernah gak guna teknologi cakap2 (tapi kat komputer la) guna window ME dan XP ni dulu. Cuma cakap, komputer akan tulis. Masalahnya kene 'teach' atau setup memori dulu bagi tepat. Program itu dah ada kat suma sistem komputer kita sekarang, cuma nak explore kene tahu cara saja.

Kawan tak la hebat sangat, itupun di ajar seorang rakan juge. Iyelah, dulu paling malas nak taip assigment dan report waktu berada kat umah, jadi gunalah sistem teknologi yang memalaskan semua spesis homosapien ni.

HP pun sama juga. Ada application atau teknologi yang guna kaedah yang sama.. Lebih kurang voice dial la tu. Boleh juga untuk sms dan menulis tanpa perlu kita menekan apa2 kekunci.. jadi tak lah menghairankan kita wujud atau tidak benda macam ni.

Agak2nya, dua tahun dari sekarang, semua persoalan kita kat sini pasti akan bahan ketawa mereka yang membaca komen kita ni kelak. Bukan begitu?

Tai berkata...

Ha ya boleh tutup Talks tu.

Tai berkata...

Oh yakah CS. Maaflah tak teringat.

Tai berkata...

Oh itu gambar sudah hilangkah? Nantilah kena suruh orang tengok. Blog kenalah tukak sikit.

Tapi yang kami guna ni, kena tulis jugak sms tu.





Arkit blog