Isnin, Julai 19, 2010

Ada juga orang malu cakap melayu ya?

Hmm, sudah lama rasanya Cute tidak menulis artikal.  Asyik-asyik politik saja ni.  Boring jugak.  Ni sebab dah lama, Cute cubalah menulis balik.

Tak sangka ya, masih ada lagi orang malaysia yang mengaku rakyat Malaysia, tapi, malu nak cakap melayu.  Kita sudah pun merdeka lebih kurang 52 tahun.  Tetapi, sintom ini, masih lagi berlaku rupanya.  mentang-mentang kerja pangkat tinggi, gaji besar, kereta besar, semuanya besar, kenapa malu gunakan bahasa kebangsaan sebagai percakapan atau penulisan?  mengapakah suka membangga-banggakan bahasa asing?  Adakah bahasa kebangsaan ini begitu rendah mertabatnya?  Apakah dengan menggunakan bahasa inggeris itu, mertabat kita akan menjadi tinggi setinggi bangunan pencakar langit?

Ya, memang tidak salah mempelajari bahasa ketiga.  Tetapi, janganlah meminggirkan sama sekali bahasa kebangsaan kita yang tercinta ini.  Tetapi, inilah yang berlaku.  Dengan menggunakan alasan mempelajari bahasa ketiga, bahasa kebangsaan dipinggirkan dengan sewenang-wenangnya.

Pihak yang bertanggungjawab haruslah memikirkan cara-cara untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan yang tercinta ini.  Lihatlah negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand.  Bagaimanakah mereka mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka.  Contohilah mereka.  Janganlah ibarat kata pepatah, anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan.

Kepada generasi muda, Cute sarankan, daulatkanlah bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.

0 ulasan:





Arkit blog