Jumaat, Jun 19, 2015

Talian Maklumat PERTIS 15 Jun 2015

Talian Maklumat PERTIS 15 Jun 2015

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 15 Jun 2015 Masihi, bersamaan 28 Sya’ban 1436 Hijrah Isnin.

 

Pengumuman Terkini

 

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.1 Waktu Operasi Kakitangan/staf Sepanjang Bulan Ramadhan 1436 Hijrah.

Sempena menjelang Bulan Ramadhan, waktu operasi kakitangan/staf akan berubah dari hari biasa.

Tarikh berpuasa ialah pada 1 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan 18 Jun 2015 Masihi (Khamis)

Ianya bergantung kepada pengisytiharan yang akan diumumkan oleh pihak kerajaan.

Sehubungan dengan itu, waktu operasi kakitangan/staf ialah dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 Petang dari hari isnin hingga jumaat.

Ianya akan kembali seperti biasa selepas Hariraya Aidilfitri.

 

1.2 Program Tadarus dan Majlis Khatam Al-Qur’an.

Penyertaan masih dibuka kepada mereka yang berhasrat untuk mengikuti program Tadarus dan Khatam Al-Qur’an. Program tersebut berjalan secara berkumpulan yakni 6 kumpulan Setiap kumpulan 5 orang. Sila hubungi

puan Arilzoh Binti Mokhtar, Ahli Jawatankuasa Kecil Biro Pendidikan Dan Dakwah

di talian 013-392 9280

atau

Ustaz Mohamad Noor Bin Awang Ngah, Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah

di talian 012-342 8745

atau 013-340 8510.

Sesiapa yang tak ada kumpulan boleh ikut serta dan pihak peganjur akan bahagikan kumpulan. Kerjasama dari ahli-ahli amat diharapkan demi menjayakan program tersebut.

 

Sempena menjelang Bulan Ramadhan ini, semua barisan Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS mengucapkan selamat berpuasa semoga puasa kita pada kali ini puasa yang terbaik dari hari-hari sebelum.

 

Puasa bukan sahaja menahan diri dari rasa lapar dan dahaga tapi Menahan diri dari segala-galanya termasuk mengumpat, pemarah dan sebagainya.

 

 

Peringatan:

 

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-4021 2631 pada waktu pejabat.

 

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,

rosmelati60@gmail.com,

dan no. telefon 012-216 3354/013-261 7278

atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Ahmad

Setiausaha Agung

persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

0 ulasan:





Arkit blog