Khamis, Julai 02, 2015

Talian Maklumat PERTIS 29 Jun 2015

Talian Maklumat PERTIS 29 Jun 2015

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 29 Jun 2015 Masihi, bersamaan 12 Ramadhan 1436 Hijrah Isnin.

Pengumuman Terkini

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis

1.1 Kakitangan/staf Baru.

Mulai 14 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan,

1 Julai 2015 Masihi, (Rabu)

PERTIS akan mempunyai seorang kakitangan/staf baru.

Beliau ialah Tuan Haji Muhammad Lee Abdullah, Yang akan bertugas di bahagian penerbitan

Ibu Pejabat PERTIS.

Kepada beliau, pihak PERTIS mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat.

Semoga dengan kehadiran beliau dapat memudahkan lagi segala urusan penerbitan.

1.2 Majlis Berbuka Puasa.

Kepada mereka yang telah berdaftar untuk menghadiri majlis berbuka puasa yang akan diadakan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur, Sila berkumpul pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut:

Tarikh:

17 Ramadhan 1436H bersamaan,

4 Julai 2015 Masihi (Sabtu)

Tempat:

Kompleks MAB.

Masa: pukul 3.00 Petang.

1.3          Penerima Bantuan Sumbangan Dari Al-khaadem.

Kepada mereka yang akan menerima bantuan sumbangan daripada Al-khaadem sila berada

di perkarangan Kompleks MAB selepas waktu zohor, hari Sabtu, 4 Julai 2015 (17 ramadhan 1436H) Van akan bertolak ke Al-Khaadem  tepat pada pukul 2.00 petang.

Kepada mereka yang mempunyai sebarang masalah sila hubungi ustaz Mohammad Noor

Bin Awang Ngah selaku ketua rombongan di talian 012-342 8745 atau 013-340 8510.

1.4          Majlis Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Qur’an 2015.

PERTIS menerusi Biro Pendidikan dan Dakwah pusat, akan menganjurkan Majlis Ihya Ramadhan

dan Khatam Al-Qur’an. Ianya akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

24 – 25 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan, 11 – 12 Julai 2015 Masihi (Sabtu – Ahad)

Bertempat:

Kompleks MAB, Brickfields Kuala Lumpur.

Masa:

4.00 Petang 24 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan 11 Julai 2015 Masihi (Sabtu)

Dan berakhir pada pukul 7.00 pagi  25 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan 12 Julai 2015 Masihi (Ahad).  Majlis dimulakan dengan solat asar berjemaah, khatam Al-Qur’an, perasmian,

penyampaian zakat, berbuka puasa, solat isyak, tarawih, tazkirah, qiamullail

dan diakhiri dengan kuliah subuh.  Aturcara majlis yang sepenuhnya akan disiarkan pada minggu hadapan.  Semua dijemput ke majlis tersebut.

1.5 Operasi Perpindahan.

PERTIS bahagian penerbitan akan dipindahkan ke pejabat baru iaitu di alamat,

42A, Jalan Padang Belia, Brickfields Kuala lumpur.

Proses perpindahan sedang dijalankan dan insya Allah akan mula beroperasi sepenuhnya

dalam bulan Julai 2015.

Walau bagaimana pun bahagian pentadbiran masih dikekalkan di pejabat lama.

2. Pengumuman dari lain-lain organisasi.

2.1 PERTUBUHAN DAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN PERAK

PERTUBUHAN DAN KOPERASI ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN PERAK

AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PADA TARIKH 1-2 OGOS 2015

BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN UiTM KAMPUNG GAJAH.

BAYARAN YANG DIKENAKAN BAGI DEWASA RM60 DAN KANAK-KANAK RM30.

TEMPAHAN DAN BAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK ATAU TERUS

KEPADA PN JAMALIAH DI TALIAN 016-6984414 ATAU ENCIK YUSOF DI TALIAN 013-3404406.

ATAU TERUS KEPADA PENGERUSI PERTUBUHAN DAN KOPERASI, EN. AHMAD NIZAR DI TALIAN

012-5251190.

PERKHIDMATAN BAS DISEDIAKAN DI KOMPLEKS M.A.B KUALA LUMPUR.

BAS DIJANGKA BERTOLAK PADA JAM 8.30 PAGI (1/8/2015) DAN BERGERAK BALIK PADA JAM 3.00 PETANG (2/8/2015)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 20 JULAI 2015

Kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-4021 2631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,

rosmelati60@gmail.com,

dan no. telefon 012-216 3354/013-261 7278

atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Ahmad

    Setiausaha Agung

    persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

0 ulasan:





Arkit blog