Khamis, Mac 17, 2016

Diari hari ini, 17 Mac

Pada semalam, barulah aku tahu kenapa seorang rakan Nepal kami belanja kami makan. nama rakan kami tu, Vinut. Dia kena ekok pada hujung minggu lalu. Dengak-dengak cerita, dekat-dekat RM 3500 jugak. Aku terdengar cerita ni dari soksek-soksek orang yang lalu-lalang. Depa ni, berjalan sambil sembang. Tu yang aku dapat dengak.

 

Pintu jamban kat kilang tempat kerja aku, PPSB yang salah satunya dah tercabut setelah seminggu dipasang, masih belum terpasang lagi. Aduhai, tak taulah bila depa nak pasang balik pintu tu.

 

Sekarang ni, CCTV dipasang di merata tempat kat tempat kerja kami. Yalah, nak awasi dan nak tangkap mereka yang penyegan dan selalu pergi merayap entah ke mana pada waktu kerja. Bila dah kena tangkap, depa mulalah bising. Kalau tak tangkap, depa makin melampau.

 

Bila dah kena tangkap, mereka ini tidak dibenarkan membuat kerja OT atau lebih masa buat beberapa ketika dah. padanlah dengan muka depa tu.

 

Aduhai, water cooler kat PPSB ni, bila boss nak repair pun aku tak taulah. Dah lama dah rosak. Ayak sejuk dah tak berfungsi. Kadang waktu petang, terpaksa keluar ke depan kilang, beli ayak ais dari apek yang dok mai juai kat depan kilang.

 

Ok, tidur dulu, bye.

0 ulasan:





Arkit blog