Khamis, Mac 24, 2016

Diari hari ini, 24 Mac

Tak naik gaji, depa hingak. naik gaji pun, depa hingak. Ni gilakah apa depa ni? Naik sikit pun kira bersyukur dah daripada tak naik langsung. Dok hingak apa lagi?

Semalam, pekerja kat PPSB dapat surat kenaikan gaji. Aku dapatlah naik RM 30 iaitu, daripada RM 930, dah berubah ke RM 960. Dianya akan berkuatkuasa pada April satni.

Susahlah orang yang tak tau bersyukur ni no?

Akak kat depan kilang tu dah tak juai nasi dah. Dengak cerita, rumah dia terbakar. Tak taulah rumah kat mana tu.

Pagi semalam pi Celcom sat. Sebab ada hal sikit. Pi ambik pakej Celcom First Gold yang RM 80 tu. Aku nak SMS dia tu, free.

 

Hari ni, ada seorang buta kat tempat kerja kami kerja half day. Dia balik jam 12:00 tengahari. Itu yang aku dengaklah.

 

Gara-gara bising, ada orang dah taknak tolong orang buta. yalah, bila dah ditolong, dia bising-bising. Macam beberapa hari lalu, si buta seorang ni suruh kawan tu pi beli air. Dahlah melayu haram tak tau cakap, habis tu nak suruh orang pi beli air dan tak reti cakap nama air tu. Bila dah salah beli, dia bising-bising. At last ada orang dah taknak tolong orang buta dah. Ada yang tolong tapi merungut sebab orang buta suka bising-bising kalau salah beli.

 

Itulah, mata dah tak nampak, lepas tu, nak marah-marah orang. Sendiri tolong sendirilah kalau macam gitu.

 

Sekarang ni, tiap hari kena suruh kawan sorang pi beli air ais. Wah kalau tak, dahaga o. Leceh o. Dahlah water cooler kat kilang tu depa tak pebaik lagi. Entahlah bilalah depa nak pebaik menatang tu, tak taulah aku.

0 ulasan:





Arkit blog