Rabu, November 16, 2016

Pengumuman Mingguan SBM 14 November, 2016.

Pengumuman Mingguan SBM 14 November, 2016.

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 14 November, 2016

Terdapat lima pengumuman baru pada minggu ini. Dua daripada Cawangan Perak, dua daripada Cawangan KL/Selangor dan satu daripada Cawangan Sabah. Juga dimuatkan adalah iklan digital radio dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

Pengumuman Ulangan:

Suka diingatkan kepada aktiviti puncak SBM iaitu Pertandingan Membaca Braille SBM Peringkat Zon yang akan dijalankan dalam bulan November. Acara ini akan dijalankan bermulanya pada 17 November dengan Zon Utara di Pustakaan Negeri, Pulau Pinang, diikuti pada 19 November bagi peringkat Zon Tengah di Pusat Aktiviti SBM, Brickfields, Kuala Lumpur. Pertandingan peringkat Zon selatan akan dijalankan pada 20 November di SBM Cawangan Melaka dan pertandingan peringkat Pantai Timur akan dijalankan di SBM Cawangan Terengganu pada 26 November. Berikut penerangan selanjutnya tentang pertandingan ini:--

Pertandingan membaca brail SBM Peringkat Kebangsaan

Perhatian kepada semua pembaca Braille dalam Bahasa Inggeris dan BahasaMalaysia. Anda dijemput untuk menyertai pertandingan membaca Braille SBM Peringkat Kebangsaan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Pertandingan ini akan dijalankan sepanjang bulan November melibatkan kesemua Cawangan dan Kawasan SBM mengikut zon-zon masing; iaitu zon Utara di SBM Pulau Pinang, Zon Selatan di SBM Melaka, Pantai Timur di SBM Terengganu, Sabah di SBM Sabah dan Sarawak di SBM Sarawak.

Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu:

1. bacaan dalam bahasa inggeris 24 tahun kebawah.

2. bacaan dalam bahasa Inggeris 25 tahun ke atas.

3. Bacaan dalam Bahasa Malaysia 24 ke bawah.

4. Bacaan dalam Bahasa Malaysia 25 ke atas.

Setiap peserta dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan zon pilihannya sahaja dan adalah ahli biasa SBM.

Johan dari setiap kategori dari setiap zon akan dicalonkan ke pertandingan membaca Braille Bahasa Malaysia dan Bahasa Ingeris Peringkat akhir Majlis Kebangsaan Orang-orang Buta Malaysia pada awal bulan Disember 2016.

Satu pasukan dari NCBM akan ke setiap organisasi yang bernaung di bawahnya untuk merakam bacaan setiap peserta yang dipilih menyertai pertandingan ini. Setiap peserta hanya diberi peluang sekali sahaja untuk merakamkan bacaannya. Hanya atas sebab kegagalan teknikal sahaja bacaan terpaksa diulang. Kesemua rakaman ini akan dimainkan pada peringkat akhir pertandingan bacaan brail yang akan disiarkan melalui radio internet NCBM dari bilik mesyuaratnya. Juri pertandingan akan menilai bacaan setiap peserta melalui rakaman yang disiarkan.

Oleh sebab pertandingan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Radio internet NCBM, setiap organisasi digalakkan mengumpulkan ahli-ahlinya untuk mengikuti pertandingan ini secara langsung dari premis masing-masing dan mengikuti pengumuman keputusan pertandingan ini.

Seperti biasa, 3 hadiah akan diberi kepada 3 peserta terbaik daripada setiap katagori.

Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman daripada Zon Utara:

Pengumuman Dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pengumuman daripada SBM Cawangan Perak

1- Pada 17.11.2016 SBM Perak akan menghantar wakil ke Pertandingan membaca Braille peringkat Zon Utara yang akan diadakan di Perpustakaan Negeri Pulau Pinang.

Peserta yang berjaya akan mewakili Zon Utara dan akan bertanding ke peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur.

2- Pada 20.11.2016 SBM Perak akan mengadakan Majlis Hari Keluarga SBM Perak yang bertempat di tingkat 1, Pejabat SBM Perak bermula 9.00 pagi. Ahli-ahli SBM Perak dijemput hadir beramai-ramai untuk meraikan majlis tersebut.

Pengumuman daripada Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Melaka

JAKAHA akan mengadakan Pertandingan Membaca Braile bagi Zon Selatan yang terdiri daripada SBM Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada 20 November 2016 bertempat di SBM Melaka. Pemenang bahasa melayu dan bahasa inggeris akan mewakili Zon Selatan ke peringkat Kebangsaan.

Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

14 November 2016 (Isnin)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Pertandingan Membaca Braille 2016.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan pertandingan membaca Braille 2016.

Pertandingan tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 19 November 2016 (Sabtu)

Tempat: Wisma SBM, No. 24 JalanTunSambanthan 3,

Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:

1. Bahasa Malaysia, mereka yang berusia 24 tahun ke bawah.

2. Bahasa Malaysia, mereka yang berusia 25 tahun ke atas.

3. Bahasa Inggeris, mereka yang berusia 24 tahun ke bawah.

4. Bahasa Inggeris, mereka yang berusia 25 tahun ke atas.

Pendaftaran masih dibuka dan tarikh tutup pendaftaran pada 17 November 2016 (Khamis.)

Tiada bayaran yang akan dikenakan.

Kepada mereka yang berhasrat untuk mengikuti program pertandingan tersebut tetapi bukan sebagai peserta pertandingan adalah dijemput dan dialu-alukan.

Walau bagaimanapun mereka perlu berdaftar kerana makan tengah hari akan disediakan kepada yang berdaftar sahaja. Sila berdaftar dengan En. Mohd Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.

Atau En. Jamaludin Rashid Pengerusi Jawatankuasa JAKAHA SBM Cawangan KL/Selangor ditalian 013-382 1142.

2. Program kraftangan Untuk Wanita.

SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan program kraf tangan berasaskan manik untuk wanita.

Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 3 dan 10 Disember 2016 (Sabtu)

Tempat: Pejabat SBM Cawangan KL/Selangor Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kepada mereka yang berhasrat untuk mengikuti program tersebut sila berdaftar dengan En. Mohd Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.

Atau Puan Rosnah Hj Ahmad pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor ditalian 012-216 3354 atau 012-288 7676.

RM10.00 akan dikenakan kepada setiap peserta.

Pengumuman daripada Pantai Timur

Tiada

Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Pengumuman Daripada SBM Kawasan Sabah

Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI) Kawasan Sabah akan menganjurkan Kursus Telefon Touch Screen pada 26 dan 27 November 2016 bertempat di pejabat SBM Kawasan Sabah. Kursus yang bakal diadakan ini dijalankan dalam tempoh dua hari yakni, kumpulan pertama pada hari Sabtu 26 November 2016 ialah kursus mengakses peranti telefon bimbit Android. Seramai 20 orang peserta akan terlibat dalam kursus tersebut. Manakala kumpulan kedua pada hari Ahad 27 November 2016, seramai 10 orang peserta akan mengikuti kursus mengakses peranti telefon bimbit iPhone. Untuk makluman lanjut sila hubungi pejabat SBM Kawasan Sabah di talian 088-495675 pada hari Isnin, Jumaat dan Sabtu. Atau Puan Mery Catherine Pengerusi SBM Kawasan Sabah di talian 019-2229992.

Iklan:

Radio Digital  Al Quran

Ini adalah Radio Digital  Al Quran Versi Terbaru yang mengandungi:

Lengkap 114 Surah Bacaan Dari  3 Imam Terkemuka:

1).Imam Mishari rashid

2).Imam Suud

3).Imam saad al-Ghamidi

Termasuk Tafsir Lengkap 114 Surah, Ayat Ruqyah, Azan, Tahlil, Zikir dan Doa-doa Harian dan Bacaan dalam Tata Cara Solat Fardu.

Juga Ceramah Dari Tokoh Termasyhur: Ustaz azhar idrus, dato, ustaz kazim elias, Ustaz Don danial, Ustaz Haslin baharin dan lain-lain; Tatacara Dlm Mengerjakan Ibadat Haji Dan Umrah; Pengurusan Jenazah; Ratusan Himpunan Nasyid Popular dan bonus Lagu-lagu Raya Popular.

Radio ini juga didatangkan dengan bateri yang boleh dicaj semula dan boleh bertahan selama 5 jam serta 8 gb memori.

Nota Panduan untuk pemilihan Surah dan Tazkirah dalam format braille juga disediakan kepada yang menerlukan. Yang paling menarik, radio ini  sangat mudah digunakan. Hanya pilih nombor sahaja mengikut nota panduan

Harga Promosi:

Harga 1 Unit adalah RM100 termasuk pos/penghantaran.

Pembelian lebih daripada 1 unit akan diberi diskaun.

Stok Adalah Sangat Terhad.

bagi maksud tempahan, sila hubungi Cikgu mohd Fekkeri bin jusoh di talian 019 229 2023

SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,

menuju ke hadapan,

Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,

Teguhkan,

semangat yakin diri,

Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,

tiada jurang membeza,

Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,

Tunjukkan,

agar mereka tahu,

Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:

Ayuh SBM,

bersatu membawa kejayaan,

Satu tekad sama bergandingan,

Impian yang menggunung segenggam harapan,

Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,

SBM pasti akan gemilang,

Berkat doa,

usaha dan kurnia dari Tuhan,

Lakukan bersama,

Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog