Jumaat, November 25, 2016

Pengumuman Mingguan SBM 21 November 2016

Pengumuman Mingguan SBM 21 November 2016

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 21 November, 2016

Terdapat sebelas pengumuman baru pada minggu ini. Empat daripada Ibu Pejabat, Tiba daripada SBM Cawangan Melaka dan empat daripada SBM Cawangan KL/Selangor. Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

Pengumuman daripada JPMI dan Majlis Kebangsaan OKU

1. Rencana tentang pekerjaan OKU penglihatan

JPMI mempelawa mereka yang berminat menulis untuk menyumbangkan
rencana yang berkaitan dengan perihal pekerjaan OKU penglihatan. 10
rencana yang terbaik akan dibayar imbuhan dan disiarkan di media
perdana.

Rencana ini boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Panjang rencana adalah tidak melebehi dua mukasurat Msword.

Tarikh tutup adalah 20 december 2016.
Rencana yang sudah siap perlu e-mail kepada:
1. wonghueysiew@oum.edu.my atau
2. Tienhong.83@gmail.com
2.Kursus nvda:
Sesiapa yang berminat untuk belajar nvda, sila berdaftar dengan puan
noor Fadilah binti Abdullah
di talian SBM 03-22746162.
Jika mempunyai bilangan peserta yang mencukupi, kelas akan dimulakan
pada awal tahun hadapan. Yuran RM10 akan dikenakan pada setiap
peserta.
3. Kursus meningkatkan imej dan professionalisma juruurut:

Majlis Kebangsaan OKU akan  bekerjasama dengan SBM untuk mengadakan
satu kursus mengenai peningkatan imej dan professionalisma juruurut OKU
penglihatan. Jika mempunyai sambutan yang baik, ia akan dijalankan pada 20 December
2016 atau 22 december 2016 di SBM.
Sesiapa yang berminat, sila berdaftar dengan puan Noor fadilah binti
Abdullah
di talian 03-22746162. Sila memberikan nama penuh, nombor . telefon bimbit dan sahkan kehadiran dengan bayaran sebanyak RM5 sahaja.
4. Karnival kerjaya OKU:

Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan satukarnival Kerjaya untuk
membantu OKU mencari kerja. Tarikh adalah pada 25 Nov. 2016 (8 AM hingga 4
PM) bertempat di Aloft Hotel KL Sentral.

Pengumuman Ulangan:

Suka diingatkan kepada aktiviti puncak SBM iaitu Pertandingan Membaca Braille SBM Peringkat Zon yang akan dijalankan dalam bulan November. Acara ini akan dijalankan bermulanya pada 17 November dengan Zon Utara di Pustakaan Negeri, Pulau Pinang, diikuti pada 19 November bagi peringkat Zon Tengah di Pusat Aktiviti SBM, Brickfields, Kuala Lumpur. Pertandingan peringkat Zon selatan akan dijalankan pada 20 November di SBM Cawangan Melaka dan pertandingan peringkat Pantai Timur akan dijalankan di SBM Cawangan Terengganu pada 26 November. Berikut penerangan selanjutnya tentang pertandingan ini:--

Pertandingan membaca brail SBM Peringkat Kebangsaan

Perhatian kepada semua pembaca Braille dalam Bahasa Inggeris dan BahasaMalaysia. Anda dijemput untuk menyertai pertandingan membaca Braille SBM Peringkat Kebangsaan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Pertandingan ini akan dijalankan sepanjang bulan November melibatkan kesemua Cawangan dan Kawasan SBM mengikut zon-zon masing; iaitu zon Utara di SBM Pulau Pinang, Zon Selatan di SBM Melaka, Pantai Timur di SBM Terengganu, Sabah di SBM Sabah dan Sarawak di SBM Sarawak.

Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu:

1. bacaan dalam bahasa inggeris 24 tahun kebawah.

2. bacaan dalam bahasa Inggeris 25 tahun ke atas.

3. Bacaan dalam Bahasa Malaysia 24 ke bawah.

4. Bacaan dalam Bahasa Malaysia 25 ke atas.

Setiap peserta dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan zon pilihannya sahaja dan adalah ahli biasa SBM.

Johan dari setiap kategori dari setiap zon akan dicalonkan ke pertandingan membaca Braille Bahasa Malaysia dan Bahasa Ingeris Peringkat akhir Majlis Kebangsaan Orang-orang Buta Malaysia pada awal bulan Disember 2016.

Satu pasukan dari NCBM akan ke setiap organisasi yang bernaung di bawahnya untuk merakam bacaan setiap peserta yang dipilih menyertai pertandingan ini. Setiap peserta hanya diberi peluang sekali sahaja untuk merakamkan bacaannya. Hanya atas sebab kegagalan teknikal sahaja bacaan terpaksa diulang. Kesemua rakaman ini akan dimainkan pada peringkat akhir pertandingan bacaan brail yang akan disiarkan melalui radio internet NCBM dari bilik mesyuaratnya. Juri pertandingan akan menilai bacaan setiap peserta melalui rakaman yang disiarkan.

Oleh sebab pertandingan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Radio internet NCBM, setiap organisasi digalakkan mengumpulkan ahli-ahlinya untuk mengikuti pertandingan ini secara langsung dari premis masing-masing dan mengikuti pengumuman keputusan pertandingan ini.

Seperti biasa, 3 hadiah akan diberi kepada 3 peserta terbaik daripada setiap katagori.

Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman daripada Zon Utara:

Pengumuman Dari SBM Cawangan Perak

Tiada Pengumuman

Pengumuman daripada Zon Selatan:

Pengumuman Daripada SBM Cawangan Melaka

1. Pertandingan Membaca Braile peringkat Zon Selatan 2016 membabitkan 2 kategori bahasa melayu dan bahasa inggeris. Keputusan bahasa melayu :

Johan Pn Siti Nurjannah Zamzuri

Naib johan En Xavier A/L K.Peter

Ketiga Cik Tee Hui Sin

Keputusan Bahasa Inggeris:

Johan En Xavier A/l K.Peter

Naib johan Pn Siti Nurjannah binti Zamzuri

Ketiga Cik Tee Hui Sin

2) Mesyuarat AJK Bil 5 akan diadakan pada 26 November 2016(Sabtu) di Pejabat SBM Melaka.

3. Lawatan Jarak Jauh ke Program MAHA, Serdang akan diadakan pada 7 dan 8 Disember 2016. Kami juga akan ke Planeterium Negara, Jalan TAR serta Kedai Rani. Kemudian kami akan menginap di Sun Inns Hotel, Brickfields

Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman daripada SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

1. Pertandingan Membaca Braille SBM Peringkat Zon Tengah 2016.

SBM Cawangan KL/Selangor telah mengadakan pertandingan Membaca Braille peringkat zon tengah pada 19 November 2016 (Sabtu)

Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut.

Untuk kategeori Bahasa Malaysia:

Tempat pertama: Pn. Romainun Binti Zakaria.

Tempat kedua: Cik Norhidayah Binti Abd Halim.

Tempat Ketiga:

Cik Noor Izati Binti Meor Samsudin.

Untuk kategeori Bahasa Ingeris:

Tempat Pertama:

Pn. Chan Sau Yin.

Tempat Kedua:

Pn. Romainun Binti Zakaria.

Tempat Ketiga:

Cik Tan Boon Kim.

Sehubungan dengan itu, Pn. Chan Sau Yin akan mewakili SBM peringkat Zon Tengah untuk kategeori bahasa inggeris Manakala Cik Norhidayah Binti Abd Halim untuk kategeori bahasa malaysia

Ini ialah kerana Pn. Romainun Binti Zakaria telah dipileh mewakili MAB ke peringkat kebangsaan anjuran NCBM. Kepada yang berjaya tahniah dan kepada yang tak berjaya

jangan putus asa, cuba dan cuba lagi di masa hadapan.

2. Program Pertandingan Bakat Seni Suara 2016.

Tarikh: 27 November 2016 (Ahad)

Tempat: Dewan Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: 2.00 – 6.00 Petang.

Semua di jemput mengikuti program tersebut.

3. Program Tiga Dalam Satu.

SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan program Tiga Dalam Satu iaitu Hari Sambutan Wargamas, Hari Keluarga dan Penyampaian Bantuan persekolahan Untuk Anak-anak ahli 2017.

Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 17 Disember 2016 (Sabtu)

Tempat: Perkarangan Kompleks MAB Brickfields Kuala Lumpur.

Masa: 10.00 Pagi – 05.00 Petang.

Untuk program Hari Keluarga yuran penyertaan akan dikenakan seperti berikut:

1. Untuk ahli: RM05.00 sahaja..

2. Untuk anak ahli bawah 12 tahun RM03.00 sahaja.

3. Untuk bukan ahli: Rm10.00 seorang.

4. Untuk anak bukan ahli bawah 12 tahun RM05.00 seorang.

Tarikh tutup pendaftaran pada 10 Disember 2016.

Semasa pendaftaran sila nyatakan jumlah kehadiran. Berbagai acara akan diadakan pada hari tersebut.

Berita Kematian

Seorang ahli Cawangan KL/Selangor iaitu Encik Anthony Looi Thong Wah telah meninggal dunia pada hari Khamis, 17 November, 2016. Beliau meninggal akibat penyakit barah tahap empat. Kami ucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Program kraftangan Untuk Wanita.

SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan program kraf tangan berasaskan manik untuk wanita.

Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 3 dan 10 Disember 2016 (Sabtu)

Tempat: Pejabat SBM Cawangan KL/Selangor Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kepada mereka yang berhasrat untuk mengikuti program tersebut sila berdaftar dengan En. Mohd Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.

Atau Puan Rosnah Hj Ahmad pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor ditalian 012-216 3354 atau 012-288 7676.

RM10.00 akan dikenakan kepada setiap peserta.

Pengumuman daripada Pantai Timur

Tiada

Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Pengumuman Daripada SBM Kawasan Sabah

Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI) Kawasan Sabah akan menganjurkan Kursus Telefon Touch Screen pada 26 dan 27 November 2016 bertempat di pejabat SBM Kawasan Sabah. Kursus yang bakal diadakan ini dijalankan dalam tempoh dua hari yakni, kumpulan pertama pada hari Sabtu 26 November 2016 ialah kursus mengakses peranti telefon bimbit Android. Seramai 20 orang peserta akan terlibat dalam kursus tersebut. Manakala kumpulan kedua pada hari Ahad 27 November 2016, seramai 10 orang peserta akan mengikuti kursus mengakses peranti telefon bimbit iPhone. Untuk makluman lanjut sila hubungi pejabat SBM Kawasan Sabah di talian 088-495675 pada hari Isnin, Jumaat dan Sabtu. Atau Puan Mery Catherine Pengerusi SBM Kawasan Sabah di talian 019-2229992.

Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,

menuju ke hadapan,

Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,

Teguhkan,

semangat yakin diri,

Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,

tiada jurang membeza,

Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,

Tunjukkan,

agar mereka tahu,

Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:

Ayuh SBM,

bersatu membawa kejayaan,

Satu tekad sama bergandingan,

Impian yang menggunung segenggam harapan,

Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,

SBM pasti akan gemilang,

Berkat doa,

usaha dan kurnia dari Tuhan,

Lakukan bersama,

Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog