Selasa, Disember 20, 2016

Pengumuman Mingguan SBM 19 Disember, 2016.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 19 Disember, 2016

Terdapat tiga pengumuman baru pada minggu ini. Dua daripada SBM Cawangan KL/Selangor dan satu daripada SBM Cawangan Terengganu. Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

Pengumuman Ulangan:

Pengumuman Dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan SBM (JPMI)

Pertandingan menghasilkan klip video

Majlis Kebangsaan OKU melalui SBM akan mengadakan satu pertandingan menghasilkan klip video tentang mobiliti oku penglihatan. Durasi Klip video ini hendaklah antara dua hingga empat minit. Ia hendaklah mempunyai mesej kesedaran kepada masyarakat. Contohnya cara yang betul memimpin OKU penglihatan melintas jalan, penggunaan komputer oleh OKU penglihatan untuk bekerja dan penggunaan pengangkutan awam oleh OKU Penglihatan untuk bergerak.

Klip video ini boleh mempunyai audio seperti muzik latar, dialog dan penerangan dalam bentuk audio serta tulisan. klip video tersebut hendaklah merupakan klip video baharu yang original. Klip video yang telah pernah diterbitkan atau dimuat naik ke mana-mana laman sesawang internet tidak diterima. Ia hendaklah dihantar dalam bentuk vcd (sebanyak dua keping).

hadiah pertama bernilai RM350, 

kedua RM250 dan

ketiga RM150

serta dua hadiah saguhati bernilai RM50 setiap satu.

Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 30 disember 2016.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi dr. Wong di talian bimbitnya: 012-2766750 atau e-mailnya:

wonghueysiew@oum.edu.my

Projek - "impian kerja saya"

Satu projek bernama impian kerja saya akan dilancarkan pada
23-desember 2016. Projek ini bertujuan membantu OKU penglihatan yang
ingin mencari pekerjaan. Bagi maksud ini, satu majlis makan bersama
dengan press akan diadakan. Projek ini hanya akan diadakan jika mendapat sambutan daripada rakan-rakan
yang sedang mencari kerja. Cv dan satu muka surat tentang profile diri
termasuk 3 jenis pekerjaan yang diidamkan perlu ditulis dan die-mail
kepada
wonghueysiew@oum.edu.my
tarikh tutup adalah 14-december 2016.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi dr. wong di talian 012-2766750.

Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman daripada Zon Utara:

Tiada Pengumuman

Pengumuman daripada Zon Selatan:

Tiada pengumuman

Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penutupan sementara Pejabat SBM Cawangan KL/Selangor

En. Mohamad Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor akan mula bercuti pada 21 Disember 2016 Rabu hingga 2 Januari 2017 isnin. Pada masa yang sama, pejabat Cawangan SBM KL/Selangor akan ditutup. Ianya akan dibuka semula pada 3 Januari 2017 Selasa.

Kepada mereka yang mengalami sebarang masalah sila SMS atau hubungi pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 / 012-288 7676. Jika SMS sila tuliskan nama penuh dan beliau akan hubungi anda dengan secepat mungkin. Anda boleh juga menghubungi timbalan pengerusi iaitu En. Esa Bin Hj Taib di talian 013-364 1557.

Pihak SBM Cawangan KL/Selangor memohon kemaafan di atas segala kesulitan yang dialami.

2. Borang Tambang Percuma Untuk Balik Kampung

Pengumuman ini ditujukan khas kepada mereka yang berketurunan Cina bukan beragama islam yang akan balik ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 28 dan 29 Januari 2017.

Kepada mereka yang telah mengambil borang tambang percuma balik kampung, dari pejabat SBM Cawangan KL/Selangor, anda dikehendaki mengembalikan borang yang telah siap diisi ke ibu pejabat di no. 24 Jalan Tun Sambathan 3 Brickfields sebelum 31 Disember 2016.

Jika menghadapi sebarang masalah sila hubungi ibu pejabat di talian 2274 6162 pada waktu pejabat.

Program Kraf tangan Untuk Wanita

Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakan, program kraf tangan berasaskan manik untuk wanita yang dijadualkan pada 3 dan 4 Disember telah ditunda kepada suatu tarikh

yang akan dimaklumkan kelak. Pihak penganjur memohon ribuan kemaafan di atas segala kesulitan yang telah dialami.

Kad keahlian seumur hidup

Kepada mereka yang telah memohon dan telah mendapat kelulusan keahlian seumur hidup, kad anda telah berada di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor. Sila semak status permohonan anda di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.

Ini ialah kerana masih banyak kad ahli seumur hidup yang belum dituntut atau diambil

di pejabat. Sila berbuat demikian dan harap maklumkan atau panjangkan kepada ahli-ahli yang berkenaan.

Pengumuman daripada Pantai Timur

Pengumuman Daripada SBM Cawangan Terengganu

Salam sejahtera

SBM Cawangan Terengganu akan mengadakan Majlis Jamuan Tahunan pada 24 Disember 2016 bermula jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang bertempat di SBM Cawangan Terengganu. Turut memeriahkan majlis itu nanti adalah Pengarah JKM Negeri Terengganu dan Yang Berhormat Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat SBM Cawangan Terengganu di talian 09-666 1320.

Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman

Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,

menuju ke hadapan,

Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,

Teguhkan,

semangat yakin diri,

Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,

tiada jurang membeza,

Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,

Tunjukkan,

agar mereka tahu,

Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:

Ayuh SBM,

bersatu membawa kejayaan,

Satu tekad sama bergandingan,

Impian yang menggunung segenggam harapan,

Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,

SBM pasti akan gemilang,

Berkat doa,

usaha dan kurnia dari Tuhan,

Lakukan bersama,

Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog