Rabu, April 26, 2017

Pengumuman Mingguan 24 April, 2017.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 24 April, 2017

Terdapat dua pengumuman baru untuk minggu ini. Satu daripada Cawangan Melaka dan satu dari Cawangan KL/Selangor. Yang selebihnya adalah pengumuman ulangan atas permintaan.

Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM

Tiada pengumuman.

Pengumuman Ulangan:

Tiada pengumuman

Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman dari Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Pulau Pinang

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM CAWANGAN PULAU PINANG 2017

Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Pulau Pinang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 30hb April 2017 (Ahad);

Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang;

Tempat: Dewan Dato’ Arif Shah Bin Haji Omar Shah, SBM Cawangan Pulau Pinang, No.29, Lorong Inang 2, Taman Bunga Raya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa (BRANCO) yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019. Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat Cawangan. Borang pencalonan akan dikeluarkan pada hari Rabu, 1hb Mac 2017. Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Cawangan selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi hari Ahad, 23hb April 2017. Borang pencalonan yang tidak lengkap atau yang lewat dikembalikan ke Pejabat Cawangan tidak akan dilayan.

Mana-mana ahli Cawangan yang ingin mengemukakan sebarang usul atau cadangan, anda boleh menghantar usul atau cadangan tersebut secara bertulis atau dalam bentuk audio kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat dari hariKhamis, 30hb Mac 2017. Sebarang usul atau cadangan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Yuran Keahlian.

Ahli-ahli SBM Cawangan Pulau Pinang adalah diingatkan agar dapat menjelaskan yuran keahlian tahunan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 31hb Mac 2017. Kerjasama ahli Cawangan dalam hal ini amatlah dihargai.

Yuran Keahlian Seumur Hidup

Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan di bawah umur 60 tahun yang ingin memohon keahlian seumur hidup, anda boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun secara berterusan tanpa sebarang tonggakan. RM60.00 akan dikenakan terhadap

permohonan tersebut.

Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan yang telah mencapai usia 60 tahun ke atas dan ingin memohon keahlian seumur hidup, anda juga boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun tanpa sebarang tonggakan. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada permohonan tersebut.

Bagi kedua-dua maksud tersebut dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Norfaezah Binti Jaafar, Pembantu Tadbir SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.

Pengumuman dari Zon Selatan:

pengumuman dari sbm melaka

Salam SBM,

Lawatan jarak jauh SBM Melaka ke Cameron Highlands

SBM Melaka akan mengadakan Lawatan jarak jauh ke Cameron Highlands pada 28 April hingga 30 April 2017. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli dan keluarga masing-masing akan turut serta dalam rombongan tersebut. Peserta akan menginap di Hotel Iris, Brinchang. Yuran yang dikenakan adalah RM120 setiap seorang.

Notis mesyuarat agung dwi tahunan SBM Cawangan Melaka 2017 telah dihantar pada 20 Mac 2017 kepada semua ahli. Sila lihat ke dalam peti surat anda untuk mendapatkannya. Jika tiada, silalah berhubung dengan pejabat Cawangan. Nombor telefon pejabat Cawangan adalah 06-281 5893.

Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Ahli Yang Meninggal dunia.

Dukacita dimaklumkan pada 13 April 2017 hari Khamis,

2 orang ahli SBM Cawangan KL/Selangor telah meninggal dunia. Mereka ialah:

Khalid Bin Johar yang meninggal akibat sakit jantung.

Beliau Meninggal di rumah beliau di Bandar Tun Razak Ceras.

Kuak Yoke Mooi.

Beliau meninggal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga alahyerham Khalid Bin Johar dan mendiang Kuak Yoke Mooi. Semoga keluarga mereka tabah menerima kehilangan ahli keluarga mereka itu.

Waktu Operasi Sementara pada Hari Sabtu

Mulai pertengahan bulan April hingga 31 Oktober 2017, pejabat SBM Cawangan KL/Selangor

akan beroperasi setiap hari sabtu.

Waktu operasi dari pukul 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang.

Untuk minggu pertama, ketiga dan kelima,

En. Muhamad Adha Bin Shamsuri akan bertugas.

Manakala pada minggu kedua dan keempat En. Mohd Ikhwan Bin Md Rejab yang akan bertugas.

pejabat ditutup pada hari Ahad.

Yuran keahlian

Peringatan kepada semua ahli-ahli SBM Cawangan KL/Selangor.

Tarikh akhir menjelaskan yuran tahunan adalah pada 28 April 2017 bersamaan pada hari Jumaat.

Untuk ahli biasa: RM10.00

Untuk ahli bersekutu: RM5.00

Untuk ahli seumur hidup: Mereka yang belum mencapai 60 tahun RM60.00

Kepada yang telah mencapai 60 tahun dikecualikan dari bayaran namun perlu mengisi borang seumur hidup.

Syarat untuk menjadi ahli seumur hidup ialah perlu menjelaskan segala yuran tahunan tanpa sebarang tunggakan selama lima tahun berturut-turut.

Mesyuarat Agung DWI Tahunan 2017

Sebagaimana dimaklumkan SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung DWI Tahunan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Mei 2017 (Ahad)

Lokasi: Dewan dr Ismail Salleh Kompleks MAB.

Masa: 8.30 Pagi – 2.00 Petang.

Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 5 Mei 2017 (Jumaat.)

dimaklumkan juga tahun ini ada pemilehan barisan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2017 – 2019.

Program Lawatan Jarak Jauh Ke Pulau Langkawi

Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakan, Program Lawatan Jarak Jauh ke Pulau Langkawi yang dijadualkan pada 14 – 16 April 2017 terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.

Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7.

Pada tahun ini SBM KL/Selangor telah dipileh menjadi tuan rumah kepada program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7. Program tersebut akan dijalankan pada 14 dan 15 Oktober 2017 (Sabtu dan Ahad)

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:

i. Ahli biasa dan bersekutu: RM100.00

ii. Bukan ahli: RM200.00

iii. Anak ahli yang berumur 12 tahun ke bawah: RM100.00

iv. Bagi yang memilih untuk tidak menginap: RM30.00

Untuk sebarang pertanyaan atau mendaftar, sila hubungi:

i. pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 / 012-288 7676 atau watsap 012-638 3354 atau

ii. En. Muhammad Adha Shamsuri, Pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian pejabat: 03-2276 5276 pada waktu pejabat.

Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 2 Mei 2017 (Selasa)

Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari sbm cawangan pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

pertandingan bakat seni suara 2017 sbm cawangan pahang

Sbm cawangan pahang telah berjaya menganjurkan pertandingan bakat seni suara tahun 2017 pada 8 haribulan April yang lalu. Seramai 8 orang peserta telah mengambil bahagian pada kali ini. Berikut ada keputusan bagi pertandingan bakat seni suara SBM Cawangan Pahang 2017:--
Johan : rosmaria
Naib johan : nur nafisah bt mohd nawi
Tempat ketiga: shereen azura bt abdul rahim

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan. Dengan ini, maka rosmaria akan mewakili sbm cawangan pahang dalam Pertandingan Bakat Seni Suara peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan ogos di negeri sembilan.
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kedua SBM Cawangan Pahang

Sbm cawangan Pahang telah berjaya menganjurkan mesyuarat agung dwi tahunan 2017 edisi ke 2 pada 9 april 2017 yang lalu.

Berikut adalah barisan kepimpinan baru sbm cawangan pahang bagi penggal 2017-2019:--

Pengerusi : cik shereen azura abdul rahim;

timbalan pengerusi : En sudin bin mat yusoff;

setiausaha : cik nornapisah bt mohd nawi;

bendahari : en mansor bin alias;

5 Ahli Jawatankuasa:--

En manap bin ali;

En Muhamad alkudus bin abd manah;

En lsmail bin mamad;

en mohamed jasmi yakob; dan

Yang kelima akan dilantik dalam mesyuarat branco pada 23/4/2017 ini.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru sbm cawangan pahang.

Pengumuman dari SBM Cawangan Terengganu

Salam sejahtera.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa baru sbm cawangan terengganu bagi penggal

2017/2019:--

pengerusi encik wan kamaruzzaman bin wan kadir;

timbalan pengerusi encik muhammad mustaqim bin ramlan;

setiausaha encik muhd khairuddin bin abdul wahab;

bendahari encik ibrahim bin muda;

Lima Ahli Jawatankuasa adalah:--

encik asmadi bin abdul wahab;

encik mohd imranfaisal bin zulkifli;

encik mohd khairi bin abdullah;

encik mohd tahir bin ismail dan

encik zainuddin bin mat ali.

Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Pengumuman dari SBM Cawangan Sarawak

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kedua SBM Cawangan Sarawak

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kedua SBM Cawangan Sarawak Telah diadakan pada 2 haribulan April yang lalu. Inilah SENARAI PENJAWAT SBM CAWANGAN SARAWAK 2017-2019:

Pengerusi: Isak Ngau;

Timbalan Pengerusi: Libau Tegung;

Setiausaha: Ata Nyuga;

Bendahari: Sa Senabong;

Berikut adalah lima orang ahli jawatankuasa untuk 2017-2019:--

Shariffah Zubaidah;

Ranggung Unggang;

Mit Seridin;

Sadun Julin;

Una wan;

Syabas kami ucapkan kepada barisan kepimpinan ini.

Pengumuman Dari SBM Kawasan Sabah

KARNIVAL SUKAN DALAMAN SBM KAWASAN SABAH

Sbm Kawasan Sabah akan mengadakan Karnival Sukan Dalaman pada hari jumaat 28hb April 2017. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah ten pin bowling, ping-pong, catur, Dam dan dominos. Yuran penyertaan adalah RM5.00 seorang. Pemenang bagi acara sukan ini akan mewakili Negeri Sabah ke Karnival Sukan SBM tahun 2017.

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM KAWASAN SABAH 2017

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM Kawasan Sabah akan diadakan pada hari sabtu 29 April 2017 mulai pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah 1, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, 88994 Kota Kinabalu Sabah.

Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 seorang. Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa Kawasan Sabah yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019. Bagi ahli-ahli yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat SBM Kawasan Sabah pada waktu pejabat. Borang pencalonan dikeluarkan pada hari isnin, 6hb Mac 2017. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke pejabat SBM Kawasan Sabah sebelum atau pada 15 April 2017.

YURAN KEAHLIAN

Kepada semua ahli SBM Kawasan Sabah yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikan di pejabat SBM Kawasan Sabah pada waktu pejabat. Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31hb Mac 2017.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani Kawasan di talian 088-495675 pada waktu pejabat.

Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,

menuju ke hadapan,

Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,

Teguhkan,

semangat yakin diri,

Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,

tiada jurang membeza,

Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,

Tunjukkan,

agar mereka tahu,

Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:

Ayuh SBM,

bersatu membawa kejayaan,

Satu tekad sama bergandingan,

Impian yang menggunung segenggam harapan,

Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,

SBM pasti akan gemilang,

Berkat doa,

usaha dan kurnia dari Tuhan,

Lakukan bersama,

Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog