Rabu, April 05, 2017

Pengumuman Mingguan SBM 3 April, 2017

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 3 April, 2017
   
Terdapat Tiga pengumuman baru untuk minggu ini.  Satu dari Ibu pejabat, satu dari Cawangan
Melaka dan satu dari SBM Cawangan Terengganu.  Yang selebihnya adalah pengumuman
ulangan atas permintaan.


     Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM

Majlis Kebangsaan Orang Buga Malaysia menjemput SBM untuk menghantar dua wakil untuk
menyertai bengkel
stragiji advokasi yang akan diadakan di Hotel Grand Season pada 6 haribulan April ini.  Mereka
yang akan mewakili SBM adalah Saudara Peter Gumbah dari SBM Kawasan Sabah dan Saudara
Moktar Bin Soon.  SBM mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang keemasan ini.


     Pengumuman Ulangan:

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Belia (JPB)
 

Perhatian kepada belia cacat penglihatan berumur antara 18-34 tahun
 
Korean Society for Rehabilitation of Persons with Disabilities (KSRPD)
kini membuka permohonan untuk mengikuti Program Pengajian
Antarabangsa, Cabaran Global bagi Belia Kurang Upaya 2017.
 
Tarikh program: 2 - 14 Julai 2017
Lokasi: Seoul, Korea Selatan
kos: segala perbelanjaan berkaitan program termasuk tiket penerbangan,
penginapan, makan minum dan pengangkutan semasa program akan
ditanggung oleh pihak penganjur
Tarikh tutup permohonan: 12 April 2017
 
untuk mendapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut, sila hubungi
Dr. Ahmad Shamsuri Muhamad di talian 012-282 9575.
 

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)
 
Berikut adalah senarai pemenang bagi pertandingan video anjuran bersama Majlis Kebangsaan
OKU dan SBM melalui JPMI SBM pada bulan Disember 2016:--
 
tempat pertama, Marcos anak Joel
Tempat kedua, Lim Yew Yi
Tempat ketiga, Sharifah Zubaidah binti Wan Abu Bakar
 
Mereka masing-masing akan menerima wang hadiah rm350, rm250 dan rm150. 
 
Tahniah diucapkan kepada mereka.
 


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

    Pengumuman dari Zon Utara:

PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam Sejahtera. Saya mewakili
ahli jawatankuasa SBM Cawangan Kedah ingin membuat dua pengumuman, iaitu:-

Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Kedah Kali Ke 7 akan diadakan
pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 15hb April 2017 (Sabtu;

Tempat: Pejabat SBM Cawangan Kedah.

Pada mesyuarat agung kali ini akan diadakan pemilihan bagi ahli jawatankuasa untuk
penggal 2017-2019. Pada mesyuarat agung ini juga, minit mesyuarat agung yang lalu
akan dibentangkan dan disahkan. Selain itu, ahli-ahli juga akan membentangkan usul.
Sehubungan itu, bagi ahli yang ingin menawarkan diri bagi pencalonan pemilihan ahli
jawatankuasa tersebut, anda dikehendaki mengambil dan mengisi borang pencalonan
di Pejabat SBM Cawangan Kedah bermula pada 1 April 2017 dan menghantarnya
selewat-lewatnya pada 15 April 2017, sebelum jam 11.00 Pagi.

Manakala bagi ahli-ahli yang ingin membentangkan usul, anda dikehendaki
memanjangkan usul anda ke Pejabat SBM Cawangan Kedah sebelum 23 Mac 2017.
Bagi ahli-ahli yang ingin menghadiri mesyuarat agung ini, anda kehendaki membuat
pengesahan dengan cara menelefon Pejabat SBM Cawangan Kedah di talian 04-
7302568 atau datang terus ke pejabat. Anda juga dikenakan membuat pembayaran
sebanyak RM 5 bagi ahli biasa dan ahli bersekutu dan RM10 bagi bukan ahli.

Yuran Keahlian

Kepada semua ahli-ahli SBM Cawangan Kedah, anda dikehendaki menjelaskan
bayaran yuran tahunan bagi tahun 2017 sebelum 30 Mac 2017. Hal ini kerana, bagi
melancarkan lagi perjalanan program bagi tahunan ini sama ada di peringkat
Cawangan ataupun Ibu Pejabat.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Mohd Hazani bin Abdullah
(Pengerusi) 012-4422507 atau Encik Lim Yew Yi (Setiausaha) 019-4817369 atau
Pejabat SBM Cawangan Kedah 04-7302568

Pengumuman Dari SBM Cawangan Pulau Pinang

1.  MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM CAWANGAN PULAU PINANG 2017

Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Pulau Pinang akan diadakan pada tarikh, masa
dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 30hb April 2017 (Ahad);
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang;
Tempat: Dewan Dato’ Arif Shah Bin Haji Omar Shah, SBM Cawangan Pulau Pinang, No.29,
Lorong Inang 2, Taman Bunga Raya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa (BRANCO) yang
akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019.  Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisi
borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat Cawangan.  Borang pencalonan akan
dikeluarkan pada hari Rabu, 1hb Mac 2017.  Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah
dikembalikan ke Pejabat Cawangan selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi hari Ahad, 23hb April
2017.  Borang pencalonan yang tidak lengkap atau yang lewat dikembalikan ke Pejabat
Cawangan tidak akan dilayan.

Mana-mana ahli Cawangan yang ingin mengemukakan sebarang usul atau cadangan, anda
boleh menghantar usul atau cadangan tersebut secara bertulis atau dalam bentuk audio kepada
Setiausaha Cawangan  tidak lewat dari hariKhamis, 30hb Mac 2017.  Sebarang usul atau
cadangan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

2.  Yuran Keahlian.

Ahli-ahli SBM Cawangan Pulau Pinang adalah diingatkan agar dapat menjelaskan yuran
keahlian tahunan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 31hb Mac 2017.  Kerjasama ahli
Cawangan dalam hal ini amatlah dihargai.

3.  Yuran Keahlian Seumur Hidup

Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan di bawah umur 60 tahun yang ingin memohon
keahlian seumur hidup, anda boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan
yuran keahlian selama lima tahun secara berterusan tanpa sebarang tonggakan.  RM60.00
akan dikenakan terhadap
permohonan tersebut. 

Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan yang telah mencapai usia 60 tahun ke atas dan
ingin memohon keahlian seumur hidup, anda juga boleh berbuat demikian dengan syarat
anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun tanpa sebarang tonggakan.  Tiada
sebarang bayaran akan dikenakan kepada permohonan tersebut.

Bagi kedua-dua maksud tersebut dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Norfaezah
Binti Jaafar, Pembantu Tadbir SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 04-3838437 pada
waktu pejabat.


      Pengumuman dari Zon Selatan:

pengumuman dari sbm melaka

Salam SBM,

Pertandingan Sukan Dalaman SBM Melaka akan diadakan pada 15 April 2017(Sabtu) bermula
jam 9 pagi hingga 5 petang. 4 acara akan dipertandingkan iaitu dominos, dam, dart dan catur.
Hadiah tempat pertama RM200, kedua RM150 dan ketiga RM100. Yuran yang akan dikenakan
RM10 setiap seorang. Seorang peserta hanya boleh menang 2 sukan sahaja.

Notis mesyuarat agung dwi tahunan SBM Cawangan Melaka 2017 telah dihantar pada 20 Mac
2017 kepada semua ahli.  Sila lihat ke dalam peti surat anda untuk mendapatkannya.  Jika tiada,
silalah berhubung dengan pejabat Cawangan.  Nombor telefon pejabat Cawangan adalah 06-
281 5893.


    Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Ahli yang ditimpa musibah
 
Seorang ahli SBM Cawangan KL/Selangor sedang menerima rawatan di HUKM.

Pn. Norhayati Binti Muhamad Telah dimasukkan ke HUKM pada 22 Mac 2017. Beliau
mengalami masalah ketumbuhan di bahagian otak dan telah menjalani pembedahan
pada 25 Mac 2017.
 
Sama-sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan
seperti biasa.

Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke-2.

SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali
Ke-2 pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 21 Mei 2017 (Ahad)
Lokasi: Dewan Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields.
Masa: 8.30 hingga 2.00 Petang.
Yuran penyertaan ke Mesyuarat Agung ini ialah:
i.         Ahli: RM5.00
ii.       Bukan ahli:            RM10.00

Tarikh akhir untuk menjelaskan yuran penyertaan ialah pada 5  Mei 2017 (Jumaat)
Notis mesyuarat telah diedarkan pada 21 Mac 2017 ke alamat masing-masing.
 
Yuran Tahunan Keahlian 2017

Tarikh akhir untuk pembayaran yuran tahunan 2017 ialah pada 28 April 2017 (Jumaat)
i.                     Ahli biasa: RM10.00
ii.                  Ahli bersekutu: RM5.00

Keahlian Seumur Hidup

Kepada yang ingin memohon menjadi ahli seumur hidup tetapi belum mencapai 60 tahun, anda
perlu membayar yuran sebanyak RM60 dengan syarat tiada tunggakan yuran keahlian selama
lima tahun berturut-turut. Bagi yang telah mencapai usia 60 tahun pula, anda perlu mengisi
borang permohonan di samping tiada tunggakan yuran keahlian selama lima tahun berturut-
turut. 

Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7.

Pada tahun ini SBM KL/Selangor telah dipileh menjadi tuan rumah kepada program Sambutan
Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7. Program tersebut akan
dijalankan pada 14 dan 15 Oktober 2017 (Sabtu dan Ahad)
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
i. Ahli biasa dan bersekutu: RM100.00
ii. Bukan ahli: RM200.00
iii. Anak ahli yang berumur 12 tahun ke bawah: RM100.00
iv. Bagi yang memilih untuk tidak menginap: RM30.00

Untuk sebarang pertanyaan atau mendaftar, sila hubungi:
i.                    pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 /  012-288 7676 atau
watsap 012-638 3354 atau 
ii.                  En. Muhammad Adha Shamsuri, Pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di
talian pejabat: 03-2276 5276 pada waktu pejabat.
Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 2  Mei 2017 (Selasa)


     Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Terengganu

Salam sejahtera.
Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa baru sbm cawangan terengganu bagi penggal
2017/2019:--
pengerusi encik wan kamaruzzaman bin wan kadir;
timbalan pengerusi encik muhammad mustaqim bin ramlan;
setiausaha encik muhd khairuddin bin abdul wahab;
bendahari encik ibrahim bin muda;
Lima Ahli Jawatankuasa adalah:--
encik asmadi bin abdul wahab;
encik mohd imranfaisal bin zulkifli;
encik mohd khairi bin abdullah;
encik mohd tahir bin ismail dan
encik zainuddin bin mat ali.

Pengumuman dari sbm cawangan pahang

Pemberitahuan pembatalan program ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan.
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 

Program ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya akan di adakan pada 8
April 2017 , telah di tunda ke suatu tarikh yang akan
Di beritahu kelak. Kami memohon maaf Di atas segala kesulihatan.
 

Mesyuarat agung dwi tahunan SBM Cawangan Pahang 2017 
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sbm cawangan pahang akan mengadakan mesyuarat agung dwi tahunan 2017 seperti
ketetapan berikut:
Tarikh: 9 april 2017
Masa: 10 pagi
Tempat: sbm cawangan pahang.
 

Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM5 seorang. Bagi ahli-ahli yang berhasrat
untuk bertanding pada kali ini, borang pencalonan boleh diperolehi dari pejabat sbm cawangan
pahang atau sila berhubung terus dengan kerani Cawangan. Pencalonan boleh dibuat mulai
pukul 9 pagi dari 1 April 2017 sehingga 9 April  2017.
notis mengenai mesyuarat agung ini akan diedar kepada semua ahli.
 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296
4197 pada waktu pejabat.
 

Kepada semua ahli sbm cawangan Pahang yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan,
sila berbuat demikian di pejabat sbm cawangan Pahang atau berhubung terus dengan kerani
cawangan di talian 09-296 4197.
Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31/3/2017.
 

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197 
Pada waktu pejabat.


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Pengumuman Dari SBM Kawasan Sabah

KARNIVAL SUKAN DALAMAN SBM KAWASAN SABAH

Sbm Kawasan Sabah akan mengadakan Karnival Sukan Dalaman pada
hari jumaat 28hb April 2017.  Antara permainan yang akan
dipertandingkan adalah ten pin bowling, ping-pong, catur, Dam dan
dominos. Yuran penyertaan adalah RM5.00 seorang. Pemenang bagi
acara sukan ini akan mewakili Negeri Sabah ke Karnival Sukan SBM
tahun 2017.

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM KAWASAN SABAH 2017

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM Kawasan Sabah akan diadakan pada
hari sabtu 29 April 2017 mulai pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah
1, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Negeri
Sabah, 88994 Kota Kinabalu Sabah.

Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 seorang. Pada
Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa
Kawasan Sabah yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019.  Bagi ahli-ahli
yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh
diperolehi dari Pejabat SBM Kawasan Sabah pada waktu pejabat. Borang
pencalonan dikeluarkan pada hari isnin, 6hb Mac 2017.  Borang-borang
yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke pejabat SBM Kawasan
Sabah sebelum atau pada 15 April 2017. 

YURAN KEAHLIAN

Kepada semua ahli SBM Kawasan Sabah yang masih lagi belum menjelaskan
yuran tahunan, sila berbuat demikan di pejabat SBM Kawasan Sabah pada
waktu pejabat. Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31hb
Mac 2017.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani Kawasan di talian 088-
495675 pada waktu pejabat.


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang
juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang
berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda
boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog