Rabu, Mei 10, 2017

Pengumuman Mingguan8 Mei, 2017.

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan8 Mei, 2017
   
Terlebih dahulu kami meminta maaf kerana tidak dapat menghantar pengumuman kami melalui emel
untuk minggu bermula 1 Mei kerana telah gangguan pada perkhidmatan jalur lebar di Ibu Pejabat.
Terdapat lima pengumuman baru untuk minggu ini.  Satu dari Ibu Pejabat, Satu dari Cawangan Johor,
Satu dari Cawangan Melaka, Satu dari Cawangan kelantan dan satu dari Cawangan Pahang.  Yang
selebihnya adalah pengumuman ulangan.

Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Belia (JPB)

Jemputan Untuk Menyertai Program Mind Discovery Transformasi Nasional
2050 (TN50) Belia Cacat Penglihatan
 
Jawatankuasa Pembangunan Belia, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan
Malaysia (SBM) akan menganjurkan Program Mind Discovery Transformasi
Nasional 2050 (TN50) Belia Cacat Penglihatan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 21 Mei 2017 (Ahad);
Masa: 2.30 petang – 5.30 petang;
Venue: Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
 
program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada belia cacat
penglihatan mengenai TN50 dan mengumpulkan aspirasi para peserta bagi
disalurkan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Dr. Aizan
Sofia Amin, salah seorang Duta TN50 akan memberi taklimat dan
berdialog dengan para peserta dalam program tersebut.
 
bagi belia cacat penglihatan yang berminat untuk hadir, sila berdaftar
dengan Cik Uma Mageswary, Pembantu Tadbir, SBM Ibu Pejabat di talian
03-22746162 sebelum jam lima petang, 17 Mei 2017.
 


     Pengumuman Ulangan:

Pengumuman dari Ibu pejabat

DIMAKLUMKAN BAHAWA PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)  SEDANG
MENCARI PENYEWA BAGI PREMIS YANG BERALAMAT NO. 40A JALAN PADANG BELIA, 50470
BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR. KADAR SEWA YANG AKAN DIKENAKAN ADALAH RM 2,000.00 SEBULAN
DENGAN KONTRAK 1 TAHUN. OLEH YANG DEMIKIAN, SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH TERUS
MENGHUBUNGI PRESIDEN SBM, TUAN HAJI MOHAMMED NAZARI BIN HAJI OTHMAN DI TALIAN 013–
340 0710 atau Puan Farahin Jaafar, Setiausaha Eksekutif SBM di talian 03-2274 6162.


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

    Pengumuman dari Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Pulau Pinang

Salam ceria dari kami di SBM Cawangan Pulau Pinang.
Sukacita dimaklumkan bahawa SBM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi
tahunan (Edisi 2 Bilangan 37 Tahun 2017) pada hari Ahad, 30hb April 2017 di Dewan Dato’ Arif Shah Bin
Haji Omar Shah, Pulau Pinang, Pulau Mutiara.  Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan
Presiden SBM, Encik Mohd. Fekkeri Bin Mat Jusoh.  Berikut adalah dimaklumkan barisan Ahli
Jawatankuasa SBM Cawangan Pulau Pinang bagi sesi 2017-2019:--
Pengerusi: Encik Mohd. Rodzi Bin Ariffin;
Timbalan Pengerusi: Encik Haszeemee Bin Abdul Hamid;
Setiausaha: Cik Esah Binti Hussin;
Bendahari: Encik Ng Eu Khoon dan
Lima Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:--
Encik Asrul Affendi Bin Azizan;
Encik Awang Bin Mamat;
Encik Johari Bin Saad;
Cik Fadilah Binti Ahmad dan
Puan Kanibibi Binti Abdul Karim.

Sekalung tahniah dan syabas kepada mereka.  Semoga mereka akan terus cemerlang dalam
menjalankan tugas.

PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KEDAH

Saya mewakili ahli jawatankuasa Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
Cawangan Kedah ingin membuat beberapa pengumuman.

1.      Kepada ahli-ahli SBM Cawangan Kedah yang masih belum menjelaskan yuran tahunan
bagi tahun 2017, anda dikehendaki menjelaskannya sebelum atau pada 31 Mei 2017.
Kegagalan anda menjelaskan yuran keahlian tersebut akan menyebabkan keahlian
anda tergantung.

Senarai Ahli Jawatankuasa Penggal 2017-2019
Pengerusi : Encik Mohd Hazani Bin Abdullah
Timbalan Pengerusi : Encik Lim Yew Yi
Setiausaha : Encik Mohd Nazrol Bin Ibrahim
Bendahari : Encik Mohd Kassim Bin Md Ludin
5 orang Ahli Jawatankuasa:
Encik Kim Nain Teong
Encik Remli Bin Abbas
Encik Zakrial Bin Ismail
Encik Mohd Syafiq Riayatuddin Bin Hashim

Ahli Jawatankuasa kelima Akan dilantik kemudian.


      Pengumuman dari Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Cawangan Johor

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM Cawangan Johor

SBM Johor telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM Cawangan Johor Kali Kedua
pada hari Sabtu, 6hb Mei 2017. Masa 10.00 pagi sehingga 2.30 petang di premis SBM Cawangan
Johor beralamat No 24 A Jalan Meranti 2, Taman Sri Pulai, 81300 Skudai, Johor.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Dr. Zaini bin Abu Bakar.

Seramai 29 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut. Berikut senarai ahli jawatankuasa
baru 2017- 2019:--
Pengerusi:  Zainoh bin Jawahir;
Timbalan Pengerusi:  Siti Rotiah binti Ekwan;
Setiausaha:  Nurul Aini Nageswari binti Abdullah;
Bendahari:  Ismail Judin;
Lima Ahli Jawatankuasa adalah:
Sawiyah Hamdan;
Siti Maimunah binti Abu Talib;
Ramli Talib;
Noh Abdul Rahman;
Nur Adilah binti Zaaba;

Tahniah kami ucapkan kepada barisan Pemimpin-pemimpin bagi penggal baru ini.

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

Salam SBM.

Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Melaka akan diadakan pada 20 Mei 2017 bertempat di
Dewan MBMB Jalan Durian Daun Melaka pada jam 9 pagi. diharap semua ahli SBM Melaka dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat pada kali ini.


    Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

1.       Melanjutkan Tarikh Pendaftaran Untuk Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-8/2017.

Sukacita dimaklumkan bahawa  SBM Cawangan KL/Selangor telah melanjutkan ptarikh
pendaftaran  untuk Program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa, Peringkat Kebangsaan
Kali Ke-7/2017  dari 2  Mei kepada 31 Mei 2017.
Yuran  penyertaan adalah seperti berikut:
1.1    Untuk ahli biasa dan ahli bersekutu RM100.00.
1.2    Untuk bukan ahli RM200.00
1.3    Untuk anak-anak ahli 18 tahun kebawah RM100.00
(Seorang sahaja untuk 1 keluarga. Hanya mereka yang memerlukan pengiring atau pembantu
sahaja yang dibenarkan)
1.4    Untuk yang tidak menginap RM30.00 bagi menampung T.shirt, topi dan makan tengah hari
pada hari tersebut.
Sila berdaftar dengan En. Mohd Ikhwan Bin Md Rejab pembantu sambilan SBM Cawangan
KL/Selangor di talian  2276 5276 pada waktu pejabat.

2. Ahli Meninggal dunia.

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Abdul Rahman Bin Embong telah meninggal dunia pada 26 April
2017 (Rabu) pukul 9.45 Malam di hospital Putera Jaya.
Beliau mengidap berbagai penyakit seperti penyakit buah pinggang, kencing manis, jantung dan
sebagainya. Sama-sama kita doakan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
dan soleh amin.

Mesyuarat Agung DWI Tahunan SBM Cawangan KL/Selangor 2017.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung DWI Tahunan SBM Cawangan
SBM KL/Selangor akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh:            21 Mei 2017 (Ahad)
Lokasi:            Dewan dr Ismail Salleh Kompleks MAB Brickfields.
Masa:            9.00 Pagi.
Tarikh akhir pendaftaran untuk menyertai mesyuarat tersebut ialah pada 5  Mei 2017 (Jumaat)
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
2.1 Untuk ahli dan anak-anak ahli bawah 12 tahun RM5.00
2.2 Untuk bukan ahli RM10.0.
Bayaran tersebut adalah untuk menampung makan tengahari.
Selain daripada diadakan pembentangan minit mesyuarat dan laporan tahunan, mesyuarat akan
mengadakan pemilehan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2017 – 2019.
Lima jawatan akan dipertandingkan iaitu:
Pengerusi, Timbalan pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan lima orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
Pencalunan akan mula dibuka pada 8 Mei 2017 (Isnin)
Borang pencalunan boleh diperolehi di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.
Borang yang telah  lengkap diisi hendaklah dikembali pejabat SBM Cawangan KL/Selangor
selewat-lewatnya pada 19 Mei 2017 (Jumaat)
Sayugia dimaklumkan bahawa mereka yang berhasrat untuk masuk bertanding perlu
menjelaskan semua yuran tahunan ttanpa sebarang tundakan. Tarikh akhir pembayaran yuran
tahunan bagi tahun 2017 ialah  pada 28 April 2017 (Jumaat)


     Pengumuman dari Pantai Timur

PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KELANTAN

Assalamualaikum dan salam SBM.

Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Kelantan kali kedua akan diadakan pada tarikh, masa dan
tempat seperti berikut:
Tarikh:  14 Mei  2017 (Ahad);
Masa: 09:30 pagi hingga 2:00 petang;
Tempat: Dewan SBM Cawangan Kelantan.

pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa (BRANCO) SBM Cawangan Kelantan bagi sesi 2017-2019 akan
diadakan.

Anda yang ingin bertanding perlu mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat
Cawangan.  Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Cawangan
selewat-lewatnya pada jam 11:00 pagi hari khamis 11 Mei 2017.

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Sbm Cawangan Pahang akan mengadakan Kursus
Pengendalian Telefon Pintar seperti ketetapan berikut:-
Tarikh:- 21 Mei 2017 (Ahad)
Masa :- Bermula 10 pagi
Tempat:- SBM Cawangan Pahang
 
Penyertaan dibuka kepada Ahli-ahli Sbm Cawangan Pahang yang baru pertama kali memiliki telefon
pintar dan tidak tahu langsung untuk mengendalikan telefon pintar.
 

Yuran penyertaan bagi setiap peserta adalah RM5.00 seorang.
 

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pembantu tadbir Sbm Cawangan Pahang di talian 09-
2964197.
 


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Pengumuman dari SBM Kawasan Sabah

Salam SBM.

SBM Kawasan Sabah telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunannya pada 29 April 2017,
bertempat di Asrama Kinabalu, Likas, Sabah.
 
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan tersebut telah bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.
Ia telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamed Nazari Bin Othman, presiden SBM sendiri.
 
Keputusan Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Kawasan Sabah adalah seperti berikut:
 
Pengerusi: Puan Catherine Ringingon
Naib pengerusi: Puan Siti Jineh Jaimun
Setiausaha: Puan Jusmeh Basrin
Bendahari: Encik Herbert Koh Guo Hiung
 
Lima orang ahli jawatankuasa biasa:
Puan Zaleha Matali
Encik Basri Dulah
Encik Khir Johari Abdullah
Encik Gumba Agaram
Cik Harziah Khalid Yunus.
 
Tahniah kami ucapkan kepada barisan pemimpin Cawangan Kawasan Sabah bagi penggal 2017 – 2019. 

Pengumuman dari SBM Cawangan Sarawak

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kedua SBM Cawangan Sarawak

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kedua SBM Cawangan Sarawak Telah diadakan pada 2 haribulan April
yang lalu.  Inilah SENARAI PENJAWAT SBM CAWANGAN SARAWAK 2017-2019:
Pengerusi: Isak Ngau;
Timbalan Pengerusi: Libau Tegung;
Setiausaha: Ata Nyuga;
Bendahari: Sa Senabong;

Berikut adalah lima orang ahli jawatankuasa untuk 2017-2019:--
Shariffah Zubaidah;
Ranggung Unggang;
Mit Seridin;
Sadun Julin;
Una wan;

Syabas kami ucapkan kepada barisan kepimpinan ini.

Pengumuman Dari SBM Kawasan Sabah

KARNIVAL SUKAN DALAMAN SBM KAWASAN SABAH

Sbm Kawasan Sabah akan mengadakan Karnival Sukan Dalaman pada
hari jumaat 28hb April 2017.  Antara permainan yang akan
dipertandingkan adalah ten pin bowling, ping-pong, catur, Dam dan
dominos. Yuran penyertaan adalah RM5.00 seorang. Pemenang bagi
acara sukan ini akan mewakili Negeri Sabah ke Karnival Sukan SBM
tahun 2017.

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM KAWASAN SABAH 2017

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM Kawasan Sabah akan diadakan pada
hari sabtu 29 April 2017 mulai pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah
1, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Negeri
Sabah, 88994 Kota Kinabalu Sabah.

Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 seorang. Pada
Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa
Kawasan Sabah yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019.  Bagi ahli-ahli
yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh
diperolehi dari Pejabat SBM Kawasan Sabah pada waktu pejabat. Borang
pencalonan dikeluarkan pada hari isnin, 6hb Mac 2017.  Borang-borang
yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke pejabat SBM Kawasan
Sabah sebelum atau pada 15 April 2017. 

YURAN KEAHLIAN

Kepada semua ahli SBM Kawasan Sabah yang masih lagi belum menjelaskan
yuran tahunan, sila berbuat demikan di pejabat SBM Kawasan Sabah pada
waktu pejabat. Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31hb
Mac 2017.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani Kawasan di talian 088-
495675 pada waktu pejabat.


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut
lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang
urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian
012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog