Khamis, Mac 22, 2018

Teley SBM 19 Mac 2018.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 19 Mac, 2018

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat lima pengumuman baru dan satu pengumuman pembetulan pada minggu ini.  Satu dari Jawatankuasa Utama Pembangunan Modal Insan, empat dari SBM Cawangan Pahang dan pembetulan pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor.  Yang selebihnya adalah peringatan-peringatan atas permintaan.

Pengumuman dari Jawatankuasa Utama Pembangunan Modal Insan (JPMI)

Kursus Kejurulatihan Bersijil

Adakah anda berminat untuk menambah nilai dan memperluaskan peluang
dalam bidang kerjaya anda?
sebuah firma perunding berhasrat untuk menawarkan kursus kejurulatihan bersijil kepada warga OKU Penglihatan secara berkolaborasi dengan
SBM.  Yuran sebenar kursus ini ialah RM8500. bagaimanapun, mereka
berhasrat untuk menawarkan kursus ini secara percuma kepada warga OKU
Penglihatan. Sungguhpun begitu, kami akan mengenakan yuran komitmen
dan pentadbiran kepada para peserta sebanyak RM200.00.
kami hanya akan menerima 10 orang peserta berdasarkan
kriteria-kriteria seperti di bawah:
a. Memiliki minat yang bersungguh-sungguh dan gemar menolong orang;
b. Berusia 30 tahun ke atas;
c. Mampu menggunakan komputer untuk membaca bahan kursus atau dokumen;
d. Kursus ini akan dijalankan dalam 8 sesi (pada hujung minggu);
e. Tempat kursus adalah di Ibu Pejabat SBM;
f. Kursus ini akan dijalankan dalam dwibahasa: Bahasa Inggeris dan
Bahasa Malaysia;
g. Sekiranya terdapat sejumlah 10 orang peserta, kursus ini boleh mula
dijalankan pada penghujung april.

sekiranya berminat, sila mendaftar dengan puan fadilah bt. Abdullah di
talian: 03-22746162 pada waktu pejabat. Daftar segera, memandangkan
tempat adalah terhad.  Pengambilan adalah berdasarkan siapa dulu dia
dapat.

      Peringatan dari Ibu Pejabat dan Jawatankuasa Utama

Pengumuman dari Jawatankuasa Utama Pembangunan Modal Insan (JPMI)

JPOKU dengan kerjasama UM melalui pusat pendidikan berterusan telah
melancarkan satu program untuk membantu OKU memperkasakan bakat dan
kemahiran untuk mendapat kerja. terdapat dua bidang yang sesuai untuk
OKU penglihatan yakni:

1. bidang massage (setahun termasuk pratikum)
2. telemarketing

sesiapa yang berminat asalkan mempunyai keinginan untuk belajar
(kelayakan akademik bukan syarat). jika berminat segera mendaftar
dengan puan fadilah Abdullah di ibu pejabat SBM menerusi talian
03-22746162.

jika ramai yang mendaftar dan ingin keterangan lanjut, JPMI boleh
mengadakan satu sesi taklimat khas untuk OKU penglihatan.

sila mendaftar segera.


Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS)

Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian Dan Sosial (JKKS) SBM akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Majlis Rasmi, Etiket Sosial Dan Penampilan Diri pada 4-6 Mei, 2018. Yuran pendaftaran sebanyak RM200.00 dikenakan kepada ahli SBM dan RM300.00 kepada bukan ahli. Manakala pendaftaran di bawah agensi yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM450.00. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 20 April, 2018. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Siti Huraizah Ruslan di talian, 012-958 4197.


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

    Pengumuman dari Zon Utara:

Tiada Pengumuman.


    Pengumuman dari Zon Selatan:

Pengumuman dari Kawasan Negeri Sembilan

Diminta ahli SBM NS yang belum menjelaskan yuran tahunan sila berhubung dengan
Pengurusi En. Abd Hamid Abd Rahman  di talian 019-203 5419
Atau Setia usaha En Mathilagan di talian 013-613 0057.

1.       Program memancing di kolam dan lawatan ke Padang Besar sedang dirancang.
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan AJK Sosial En. Abd Hamid Abd Rahman  di talian 019-2035 419.

2.       Pendaftaran untuk Program Tongkat Putih yang akan diadakan di Sabah pada Oktober masih dibuka.

Sila berhubung dengan AJK JAKAHA En. Shukur di talian, 016-606 9779.


    Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Pembetulan Pengumuman Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Cawangan KL/Selangor 2018.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan, Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Cawangan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 22 April 2018 (Ahad)
Masa: 2:00 – 6:00  Petang.
Lokasi: Dewan Kompleks MAB
Yuran Penyertaan: RM15.00 seorang.
Penyertaan terhad kepada 15 orang peserta sahaja.
  Kepada mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, Sila berdaftar  dengan En. Muhammad Adha Bin Shamsuri di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276pada waktu pejabat.
Sila maklumkan tajuk lagu.

Tarikh tutup pendaftaran  pada 4 April  2018 Rabu. Penyertaan dianggap  sah setelah selesai menjelaskan yuran penyertaan.

Pemenang tempat pertama akan mewakili SBM KL/Selangor ke pertandingan Bakat Seni Suara SBM  peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah pada 20 Oktober 2018.

Sesi Penerangan Peluang Perniagaan Siri 1.

Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi (JPE) Cawangan KL/Selangor,  akan menganjurkanSesi Penerangan Peluang Perniagaan Siri 1pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 21 April 2018 (Sabtu)
Masa: 9:30 pagi – 12:00 tengahari
Lokasi: Pusat Aktiviti Wisma SBM
Yuran Penyertaan: RM5.00 seorang.
Penerangan akan diberikan oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Tenaga Kerja. Penyertaan terhad kepada 30 orang ahli SBM KL/Selangor  sahaja.
Bagi maksud pendaftaran dan pembayaran sila hubungi En. Muhammad Adha Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.
Tarikh tutup pendaftaran pada 30 Mac 2018 (Jumaat).
Penyertaan dianggap  sah selepas urusan penjelasan yuran penyertaan diselesaikan.

Lawatan Jarak Jauh Ke Terengganu.

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan KL/Selangor,   akan menganjurkan  lawatan jarak jauh ke Terengganu pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 11 – 13 Mei 2018 (Jumaat – Ahad)
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Ahli dan anak ahli bawah 12 tahun RM120.00 seorang.
Bukan ahli dan anak ahli 13 tahun ke atas  RM200.00 seorang.
Penyertaan terhad kepada 35 orang sahaja. Bagi maksud pendaftaran dan pembayaran sila hubungi  pejabat SBM Cawangan KL/Selangor di talian seperti yang tertatat  di atas.
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran pada 27 April 2018 Jumaat. Penyertaan dianggap sah setelah urusan penjelasan segala yuran penyertaan diselesaikan.

Yuran Keahlian Tahunan SBM 2018

Pembayaran yuran keahlian tahunan SBM bagi tahun 2018 telah pun dibuka.  
Berikut adalah yuran yang perlu dijelaskan mengikut katagori:
I. Bagi ahli biasa RM10.00;
II. Bagi Ahli bersekutu RM5.00;
III. Bagi ahli seumur hidup RM60.00.
Untuk menjadi ahli seumur hidup, ahli tersebut perlu menjadi ahli selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang tonggakan;
IV. Bagi yang telah mencapai usia 60 tahun, mereka secara otomatik menjadi ahli seumur hidup. Syaratnya ahli tersebut telah menjadi ahli selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang tonggakan. Walau bagaimana pun mereka perlu mengisi borang yang boleh diperolehi di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.

Tarikh akhir pembayaran Yuran Keahlian 2018

Menurut peraturan 6.6 perlembagaan SBM, Tarikh akhir bagi menjelaskan bayaran yuran keahlian adalah pada 31 Mac setiap tahun. Walau bagaimanapun, pihak SBM Cawangan KL/Selangor telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir untuk menjelaskan bayaran kepada 30 April 2018, bersamaan hari Isnin.
Mana-mana ahli yang gagal menjelaskan yuran keahliannya pada tarikh yang telah ditetapkan akan dianggap sebagai mempunyai yuran tertonggak dan akan gugur semua  keistimewaannya selaku  ahli sehingga ahli berkenaan menjelaskan tonggakannya. Mana-mana ahli yang tonggakannya masih berbaki pada 31hb. Mei pada setiap tahun akan dianggap sudah berhenti dari menjadi ahli kepada Pertubuhan ini.


      Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1)     KURSUS KEPIMPINAN SUKAN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa SBM CAWANGAN PAHANG akan menghantar 2 Orang peserta ke program Kursus Kepimpinan Sukan 2018 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh 31 Mac hingga 3 April 2018;
Tempat : Dusun ECO Resort, Bentong Pahang.

2)  LAWATAN JARAK DEKAT KE MUZIUM SG LEMBING dan BUKIT GAMBANG
WATER PARK.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) SBM Cawangan Pahang akan mengadakan Lawatan Jarak Dekat ke Muzium Sg Lembing dan Bukit Gambang Water Park seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 7 April 2018  (Sabtu);
Masa : 7:00 pagi – 7:00 malam;
Yuran Pendaftaran :  RM50.00 seorang (termasuk tiket masuk ke Water Park).

Pendaftaran dibuka kepada semua ahli SBM Cawangan Pahang sehingga 31 Mac 2018.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Radziah Hussain (Pembantu Tadbir) Pejabat Sbm Cawangan Pahang di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat atau En. Ooi Kee Bing (Pengerusi JKKS) di talian 013-921 9776.

3)  MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN 2018.

Seperti yang anda sedia maklum setiap dua tahun Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Makaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi memilih kepimpinan baru yang bakal menerajui pertubuhan ini untuk tempoh 2 tahun akan datang.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 29, 30 Jun dan 1 Julai 2018;
Tempat: Tower Regency Hotel And Apartment Ipoh Perak.
Yuran Pendaftaran: RM120 untuk ahli biasa dan ahli bersekutu.

Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 31 Mei 2018.

Saya selaku Pengerusi SBM, Cawangan Pahang amat mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin Ahli-ahli Sbm Cawangan Pahang ke mesyuarat ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Cik Radziah, pembantu tadbir di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.
 
4) YURAN KEAHLIAN

Pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2018 telah dibuka.
Kepada ahli-ahli yang masih lagi belum  membayar yuran boleh berbuat demikian di pejabat SBM Cawangan Pahang. Pembayaran yuran keahlian hendaklah dibuat pada atau sebelum 31 Mac 2018. Kegagalan ahli untuk membayar yuran membolehkan ahli diberikan surat peringatan. Ahli-ahli juga boleh menyemak status pembayaran yuran dan keahlian mereka dengan menghubungi pejabat SBM Cawangan Pahang di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat. Kerjasama daripada semua ahli amat diperlukan bagi melicinkan perjalanan pentadbiran di SBM Cawangan pahang.


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Pengumuman Dari SBM Kawasan Sabah

YURAN KEAHLIAN

Kepada semua ahli SBM Kawasan Sabah yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikian di pejabat SBM Kawasan Sabah pada waktu pejabat. Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31hb Mac 2018.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani SBM Kawasan Sabah di talian 088-495 675 pada waktu pejabat.


Iklan

Hebahan Judul Baru bagi Koleksi Buku Braille dalam Bahasa Melayu

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia Negaraku,

Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan judul-judul baru bagi Koleksi Buku Braille dalam Bahasa Melayu dan ditempatkan di Sudut Maklumat OKU aras bawah berhadapan di Perpustakaan Kanak-Kanak. Buku-buku tersebut adalah seperti berikut:
1. 10 Tips Mudah berucap di Khalayak Ramai  "tingkatkan keyakinan dan hapuskan fobia berucap"
2. Halal dan haram dalam sedekah
3. Bimbingan Ibadah Puasa
4. Adab Haji, Umrah Ziarah
Sehubungan itu, semua warga OKU penglihatan dialu-alukan untuk merujuk buku-buku baru ini di Sudut Maklumat OKU yang bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Waktu Perkhidmatan kami adalah dari Selasa hingga Jumaat jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang; waktu yang sama pada Sabtu kedua setiap bulan; Sabtu sempena Program Singgah Santai@PNM, #relakslahdulu;
perkhidmatan ditutup pada Sabtu lain, Ahad, Isnin dan Cuti Umum.

Sekian, terima kasih.
En. Lai Sow Woon
Penolong Pengarah
Bahagian Sumber Elektronik
Perkhidmatan
Pusat Hipermedia Dewasa (PHD), Zon Siber (ZS) dan OKU
Tel:  03-2687 1891
Kaunter (PHD): 03-2687 1783
Kaunter (OKU): 03-2687 1867.
Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog