Selasa, Februari 19, 2019

PENGUMUMAN TAMBAHAN.

PENGUMUMAN TAMBAHAN.

Assalamualaikum wbt.


    Berikut adalah pengumuman tambahan.
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

PERTIS melalui Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti dengan
kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) akan
menganjurkan program Pemeriksaan percuma Mammogram Dan Pap Smear untuk
wanita.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran
kepada kaum wanita betapa pentingnya pengesanan awal kanser
terutamanya kanser payudara dan kanser serviks.  Berikut adalah
kriteria yang diperlukan untuk menjalani pemeriksaan ini:

1.      Warganegara Malaysia.
2.      Berumur 40 tahun ke atas untuk mammogram dan 21 tahun ke atas untuk pap smear
3.      Pendapatan isi rumah sebanyak RM 5,000 ke bawah.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pemeriksaan tersebut:

Tarikh:         9 Mac 2019 (Sabtu).
Masa:           8:30 pagi.
Tempat: Klinik Kesihatan dan Saringan Kanser NCSM.
Bas akan disediakan dan akan bertolak dari Kompleks MAB pada pukul 8
pagi.  Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan Ruslina di Ibu Pejabat
PERTIS Gombak di talian 03-40212631.  Program ini terhad untuk 40
orang terawal sahaja.

Terima kasih.


--
*Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin*
*Setiausaha Agung Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)*

0 ulasan:





Arkit blog