Ahad, Februari 02, 2020

Pengumuman Pertis 30 Januari Khamis.

pengumuman-pengumuman pertis. Assalamualaikum wbt. Berikut adalah pengumuman-pengumuman daripada PERTIS: 1. Maklumat mengenai talian tele info PERTIS. Talian tele info PERTIS hanya boleh digunakan pada waktu pejabat sahaja atas sebab-sebab tertentu. Sebagai alternatif, maklumat PERTIS boleh diperoleh melalui: A. SMS TM INFO BLAST. Segala pengumuman akan dihantar melalui SMS. Kepada ahli yang berminat untuk mendapatkan pengumuman melalui SMS, sila hubungi Encik Firdaus Hairi di Pejabat PERTIS Brickfields di talian : 03-22762634 pada waktu pejabat. B. talian whatsapp teli info. Segala maklumat boleh diperoleh melalui whatsapp. C. facebook page persatuan orang-orang cacat penglihatan islam malaysia-PERTIS D. youtube channel: pertismalaysia E. blog pertis: http://www.pertispusat.blogspot.com F. Melalui e-mail. Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat melalui e-mail, sila hubungi pejabat pertis cawangan brickfields di talian 03-22762634 dan nyatakan alamat e-mail yang akan digunakan sebagai penerima maklumat. 2. . PERTIS melalui Biro Pendidikan dan dakwah akan mengadakan Kelas Bahasa Arab pada setiap bulan pada hujung minggu selama 2 jam setiap kelas. Untuk pendaftaran, sila hubungi Cik Raihah Pauzi di Pejabat PERTIS Brickfields di talian: 03-22762634. Yuran komitmen akan dikenakan sebanyak RM 10 bagi setiap peserta. 3. PERTIS akan menganjurkan Ceramah dan pendaftaran Mengenai caruman PERKESO bagi individu yang bekerja sendiri. Berikut adalah maklumat mengenai program ini: Tarikh: 17 Februari 2020, Isnin. Masa: 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Tempat: Dewan MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Yuran: RM 15.00. Dokumen untuk pendaftaran: Salinan kad Pengenalan, Salinan Kad OKU dan Surat pengesahan bekerja. Makan tengah hari disediakan. 4. Biro Kesenian dan Belia akan menganjurkan program berkuda dan memanah. Pada ketetapan seperti berikut. Tarikh 1. Mac 2020.(Ahad) 8:00 Pagi kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Puan Ruslina di talian. 03-40212631 di pejabat pertis gombak. Sekian terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog